PARADIGMA POLITIK BARU

Kes Liwat II : Ada ‘Benda Menarik’ Dalam Hujah Bela Diri Anwar..

AIDCNews – 26/11/11 – “Buat pertama kali mendengar keterangan dari kandang tertuduh, saya tidak tahu sama ada keterangan tersebut satu ceramah politik atau komentari. Saya perlu membuat sedikit penyelidikan bagi mencari jalan untuk menyoal balas Datuk Seri Anwar kerana terdapat beberapa perkara yang dinyatakan dan saya amat teringin untuk menyoal balasnya atas isu terbabit,” kata Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden , sejurus selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membacakan keterangan ‘bela diri’ dari Kandang Tertuduh, 22 Ogos 2011.

Terdahulu, pada awal prosiding, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menjelaskan kepada Anwar mengenai tiga pilihan dalam memberikan keterangan bela dirinya.

“Datuk Seri ada tiga pilihan, (pertama) memberi keterangan dari kandang saksi yang mana pendakwaan boleh menyoal balas.

“Kedua, memberi keterangan dari kandang tempat Datuk Seri berada sekarang (tertuduh) dan pendakwaan tidak boleh soal balas tetapi mahkamah akan ambil kira bahawa pendakwaan tidak boleh soal balas.

“Ketiga, Datuk Seri boleh berdiam diri dan kalau berdiam diri mahkamah terpaksa membuat keputusan. Saya difahamkan Datuk Seri hendak beri keterangan dari ‘kandang tertuduh’ tersebut,” ujarnya yang dijawab ‘ya’ oleh Anwar.

Tindakan Anwar memilih keterangan dari Kandang Tertuduh disifatkan bacul dan penakut oleh bekas peguambela kes liwat I, YB Datuk Zulkifli Noordin.

Anwar yang selama ini sering melaung-laungkan konsep lawan tetap lawan, ketelusan dan keadilan, tetapi memilih pendekatan sebaliknya, apabila beliau menutup ruang pasukan pendakwa menyoal balasnya untuk menguji sejauh manakah kebenaran tuduhan-tuduhannya.

“Kerana ia tidak dibuat melalui sumpah, tertuduh (yakni Anwar) langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh mahkamah.

“Kalau bahasa kasarnya, tertuduh sekadar baca kenyataan syok sendiri. Perumpamaannya macam burung kakak tua bercakap, atau lebih canggih lagi, macam pasang CD saja dalam mahkamah.

“Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh tertuduh sebab tiada nilai perundangan”, kata Zulkifli.

Anwar memberi keterangannya dengan membacakan pernyataan bertaip setebal 32 muka surat, kira-kira satu jam 45 minit mulai 9.50 pagi dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran yang diselang seli dengan bidalan Latin dan kata-kata falsafah dari Nelson Mandela (bekas Presiden Afrika Selatan), Jean Racine (penyair agung Perancis) dan Shakespeare (penyair besar Inggeris),

Secara keseluruhan seperti dirumuskan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof, konsep ‘bela diri’ Anwar lari dari konsep perundangan yang memerlukan fakta yang tepat, ringkas dan menjawab persoalan, dan bukannya ucapan bombastik yang tidak berfakta yang memasukkan unsur retorik, emosi, luahan kemarahan, tuduhan semborono dan unsur simpati persis ceramah politik.

Kandang Tertuduh

Pada awalnya, Anwar mengambarkan dirinya seorang yang berani yang mahu memberi keterangan dari ‘Kandang Saksi’ iaitu melibatkan acara bersumpah dan disoal balas oleh pihak pendakwa, namun beliau menukar pendirian saat-saat akhir memberi keterangan dari ‘Kandang Tertuduh’ dengan alasan perkembangan terbaru yang tidak berpihak kepadanya.

“Keputusan Yang Arif itu memaksa saya untuk tidak memberi keterangan secara bersumpah. Saya tegaskan sesungguhnya saya telah bersedia dan sanggup memberikan keterangan bersumpah, akan tetapi kecacatan yang dipaksakan ke atas saya, di mana tatacara Yang Arif mengendalikan perbicaraan ini dan bagaimana penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Julai 2011 yang telah sampai ke pengetahuan Yang Arif berkenaan perkara yang telah saya nyatakan sebelum ini.

“Apakah munasabah untuk saya memberi keterangan bersumpah apabila Timbalan Pendakwa Raya memiliki penghakiman yang sama yang boleh digunakan terhadap saya dalam pemeriksaan balas?”, kata Anwar memberi justifikasi kenapa beliau tidak mahu memberi keterangan di kandang saksi.

Mahkamah Rayuan Sebut Anwar Berperibadi Buruk

Dalam keterangannya, Anwar menyebut keputusan Mahkamah Rayuan secara lisan pada 6 Julai 2011 yang disusuli dengan keputusan bertulis 11 Ogos 2011 mengambarkan dirinya sebagai seorang yang berperibadian buruk.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu hakim Dato’ Hasan Bin Lah, hakim Dato’ Hj Abdul Malik Bin Haji Ishak, dan Dato’ Haji Ahmad Bin Maarop, bersidang untuk mendengar permohonan Anwar untuk melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kesnya.

Ini merupakan permohonan kali ketiga yang dilakukan Anwar untuk menggugurkan hakim Mohd Zabidin.

Dalam keputusan secara sebulat suara itu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan hakim dan turut menolak permohonan seterusnya dari Ketua Umum PKR itu untuk menangguhkan keterangan bela dirinya sementara menunggu rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan.

Anwar tidak berpuas hati dengan kenyataan bertulis salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Malik bertarikh 11 Ogos 2011 dan disampaikan kepada peguamnya, Karpal Singh pada 15 Ogos 2011.

Keputusan penghakiman Abdul Malik pada perenggan 5, 6, 15, 18, 50, dan 75 disifatkan Anwar sebagai menyerang peribadinya dan disifatkannya satu percubaan menggambarkan dirinya seorang yang berperibadi buruk.

Kenyataan bertulis hakim Abdul Malik pada perenggan-perenggan tersebut adalah seperti berikut:

[5] Kes ini akan tercatat dalam sejarah. Ia akan tersenarai sebagai satu-satunya kes di dalam negara kita atau dalam lingkungan negara-negara Komanwel di mana perayu selaku tertuduh (yakni Anwar) secara berterusan dan konsisten memfailkan satu demi satu permohonan untuk menggugurkan hakim perbicaraan daripada terus mendengar dan menyambungkan pendengaran perbicaraan liwat yang sedang berlangsung.

[6] Si perayu seolah-olah mencuba sedaya upaya melengahkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, ini mengecewakan pihak pendakwa dan menimbulkan kejengkelan masyarakat awam.

[15] Ia merupakan suatu kritikan yang tidak munasabah [terhadap hakim yang arif] bermaksud untuk menipu dan mengelirukan masyarakat awam. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi sentiasa sukar untuk mewajarkan.

[18] Adalah amat sukar untuk kami menerima Notis Usulan yang difailkan berdasarkan kepercayaan tulen bahawa hakim perbicaraan bersikap tidak adil terhadap perayu.

[49] Pertuduhan diperihalkan secara jelas apa yang dilakukan perayu kepada Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan (SP1).

[50] Perbicaraan ini dilengah-lengahkan tanpa kewajaran. Ia mendapat liputan luas media.

[75] Permohonan penarikan diri yang disebut di dalam Notis Usul mengambil kira perbicaraan panjang yang dan memperlihatkan muslihat si perayu di setiap sudut dan sisi dalam usahanya untuk menjejaskan perjalanan kes perbicaraan jenayah pihak perayu bagi suatu kesalahan meliwat SP1. Kes ini adalah ibu kepada semua perbicaraan di Malaysia.

“Seperti yang dirujuk sebelumnya dalam kenyataan ini, Yang Arif pastinya berpeluang membaca penghakiman ini setelah ia diedarkan melalui surat bertarikh 11 Ogos 2011.

“Ini bermakna Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak mendakwa saya sebagai berperibadi buruk“, katanya.

Mengaku Bersama Saiful di Unit 1151

Tindakan Anwar membaca semula keterangan-keterangan, Mohd Saiful di mahkamah, tanpa penafian mengukuhkan lagi kredibel keterangan pengadu yang menjadi saksi utama kes liwat tersebut.

Kata Anwar; “Pengadu (Mohd Saiful) menyatakan dalam keterangannya pada 26 Jun 2008, beliau tiba di Kondominium Desa Damansara pada jam 2:45 petang untuk membincangkan urusan kerja dan menyerahkan dokumen yang dikirimkan Ibrahim Yaakob (Ketua Staf saya) kepada saya.

“Katanya lagi dia memberhentikan vannya di pos keselamatan dan menyebut nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal kondominium sebelum dibenarkan masuk.

“Dia meletakkan kenderaannya dan mengambil lif untuk ke Unit 11-5-1 di mana saya dikatakan berada di meja makan di ruang tamu. Dia mengatakan bahawa dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Beliau memberitahu mahkamah tentang bagaimana kesatnya saya meminta seks.

Kenyataan semula apa yang diperkatakan Mohd Saiful dalam mahkamah, tanpa bantahan itu mengesahkan pengakuan Anwar bahawa beliau berada bersama-sama pengadu di Unit 1151 seperti tarikh, masa dan tempat yang dituduh di mahkamah.

Anwar tidak pertikaikan aspek tarikh, masa dan tempat, tetapi yang dipertikaikan adalah aspek psikologi dan menyoal kembali kenapakah Mohd Saiful tidak melarikan diri daripadanya.

“Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 (Mohd Saiful) merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur.

“Perlu diperhatikan pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama, (dia boleh) meninggalkan bilik (Unit 1151) kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam.

Anwar juga turut mengesahkan tidak ada saksi lain, selain mereka berdua dalam bilik Unit 1151 itu, tetapi mengunakan logik akal berdasarkan teori lari dan faktor usia untuk menafikan berlakunya aktiviti seks luar tabie itu.

Teori kemampuan untuk melarikan diri yang sering diulang-ulang dan faktor usia tidak kukuh untuk menafikan berlakunya aktiviti seks luar tabie, jika dibandingkan dengan bukti saintifik penemuan air mani milik Anwar dalam lubang dubur pengadu.

Manakala aspek ‘ketakutan’ yang cuba ditekankan oleh Anwar hanyalah aspek psikologi yang abstrak yang tidak disokong oleh bukti saintifik.

“Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walau bagaimanapun dia tidak berbuat demikian.

“Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Alasannya kerana beliau takut. Namun alasan tersebut itu bertentangan dengan segala fakta. Beliau adalah seorang lelaki di awal dua puluhan, enam kaki, mempunyai fizikal yang sihat serta cergas…(selebihnya Anwar memburuk-buruk Saiful dengan dakwaan di luar skop pertuduhan)….Manakala saya seorang lelaki berusia 60 tahun, mempunyai sejarah kecederaan belakang dan telah menjalani pembedahan belakang yang besar dan juga tidak memegang apa-apa posisi kuasa”, katanya.

Bahan Pelincir

Walaupun pada satu peringkat, Anwar cuba menafikan berlakunya aktiviti seks, dengan hujah-hujah logik akal, namun dalam masa sama, beliau turut mengakui perlakuan seks itu berlaku dengan mengesahkan wujudnya bahan pelincir (KY Jelly).

Keterangan Anwar saling kontradik antara satu sama lain yang disifatkan oleh portal Asia Sentinel sebagai ‘Bercakap Terlalu Banyak‘, hingga tanpa disedari membuat pengakuan berlakunya aktiviti seks luar tabie tersebut.

“Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Beliau mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya .

“Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan.

“Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya“, katanya.

Hujah tiada koyakan di dubur pengadu dijawab Anwar sendiri dengan menyebut berkenaan penggunaan ‘alat pelincir’.

Empat doktor pakar yang memeriksa pengadu dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan walaupun tanpa koyakan, penetrasi aktiviti seks berlaku dengan penemuan bukti penting iaitu air mani, milik Anwar dalam lubang dubur pengadu. Klik di sini

Hujah Anwar tentang kelewatan Mohd Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan tidak kukuh kerana ia merupakan merupakan alasan berdasarkan logik dan bergantung kepada pilihan pengadu untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan sama ada cepat atau lewat.

Pujukan Anwar

Berkenaan dengan dakwaan Anwar mengatakan Mohd Saiful menghadiri program parti dan program AIC (AnwarIbrahimClub), selepas kejadian liwat itu, telah pun dijawab secara terperinci oleh pengadu dalam mahkamah sebelum ini.

Mohd Saiful dalam keterangannya memberitahu bahawa pada 27 Jun 2008 (Jumaat), dia telah menghantar notis berhenti kerja melalui email kepada Anwar.

Tidak lama selepas itu, katanya, Anwar telah menelefonnya dan bercakap dengan nada marah yang tidak bersetuju dengan hasratnya itu untuk meletak jawatan dan mengarahkan pengadu untuk datang berjumpanya dengan kadar segera.

Dalam pertemuan secara bersemuka di pejabat Seksyen 16, PJ, kata pengadu, Anwar telah mengunakan kaedah psikologi, iaitu marah, tunjuk kekesalan, tawarkan janji dan memujuknya supaya tidak meletakkan jawatan.

Anwar telah menawarkan janji akan menajanya melanjutkan pelajaran di mana sahaja dengan gaji dan elauan penuh.

Mohd Saiful mengakui, dia ‘malu alah’ dengan pujukan dan tawaran Anwar itu, jadi ketika itu, dia terpaksa bersetuju, walaupun hati kecilnya menyatakan dia sudah tidak lagi berminat dengan Ketua Pembangkang itu.

Kali terakhir Mohd Saiful bersama Anwar, hadir dalam pertemuan AIC di rumah Anwar, petang 27 Jun 2008

Pada sebelah petang 27 Jun 2008, Anwar turut menjemput Mohd Saiful hadir dalam majlis Kelab Anwar Ibrahim (AIC) yang diadakan di rumah kediaman peribadinya, di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Itulah kali terakhir Mohd Saiful menghadiri program yang berkaitan dengan Anwar kerana pada sebelah malam 27 Jun 2008, pengadu bersama kawan baiknya, Mohd Rahimi telah menemui Senator Ezam Mohd Nor dan pada keesokan harinya, 28 Jun 2008, pengadu membuat laporan polis diliwat oleh Anwar. Klik di sini

Fakta yang dikemukakan pengadu di mahkamah turut disokong dengan pengakuan bersumpah Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar, individu atau ‘kunci’, kemasukan Mohd Saiful bekerja dengan Anwar di pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, Petaling Jaya.

Pengakuan bersumpah Rahimi membongkar fakta-fakta sebenar berkenaan latar belakang kes liwat II tersebut. Klik di sini

Kredibel Saiful

Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, secara keseluruhannya hujah-hujah bela dirinya gagal untuk melemahkan kredibel keterangan Mohd Saiful, bahkan keterangan bela diri tertuduh itu lebih mengukuhkan kredebiliti hujah pengadu.

Anwar memarahi Hakim Mohd Zabidin kerana mempercayai keterangan pengadu sebagai kredibel dan boleh dipercayai yang menjadi asas kepada keputusan hakim untuk mengarahkan Anwar membela diri.

“Yang Arif (hakim Mohd Zabidin) sepatutnya hanya memutuskan keabsahan keterangan akan siapakah yang bercakap benar pada saat penggulungan pembelaan, di mana saya dijangka akan memberi keterangan secara bersumpah”, kata Anwar, namun apabila Anwar diberi peluang membela diri, beliau sendiri gagal membuktikan dirinya di pihak benar apabila memilih beri keterangan secara tidak bersumpah dan tidak boleh disoal balas (keterangan dari kandang tertuduh).

Sedangkan pengadu memilih memberi keterangan dari kandang saksi, dengan bersumpah dan memberi peluang yang luas kepada barisan peguambela Anwar untuk menyoal balasnya. Klik di sini

Selain Anwar yang lebih cenderung untuk mengesahkan berlakunya aktiviti seks berasaskan faktor suka sama suka, hanya seorang sahaja saksi pembela, Mohd Najwan Halimi ditampilkan untuk melunturkan kredibiliti pengadu.

Namun, Mohd Najwan juga gagal melemahkan kredibiliti Mohd Saiful, malah menjadi liabiti kepada Anwar, apabila saksinya itu mengesahkan bahawa pengadu adalah pekerja kepada Anwar.

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan yang kini merupakan staff Anwar di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini dan mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu.Klik di sini dan sini

Mengaku Tiada Alibi

Sebelum ini, Anwar mewar-warkan kepada jentera partinya, bahawa sekurang-kurang tiga individu, iaitu Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER), dan pasangan suami isteri pemilik kondominium itu, Hassanuddin Abd. Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid bakal ditampilkan sebagai alibinya.

Namun semasa bela diri, Anwar secara tersirat memberitahu bahawa beliau sebenarnya tidak ada alibi.

Alasan ‘ganguan polis’ terhadap ‘alibi-alibinya’ tidak cukup kukuh untuk membuktikan beliau memiliki alibi.

“Malah pemilik unit 11-5-2, Haji Hasanuddin Abd Hamid telah diganggu secara berterusan di mana kenyataan beliau telah dirakam selama tiga puluh jam.

“Perkara ini dijelaskan apabila beliau telah ditemubual oleh para peguam di hadapan saya. Siasatan polis telah dengan sengaja merencat pembelaan saya”, katanya.

Anwar mengalihkan topik kepada seorang pembantu rumah Hassanuddin, Fitria yang gagal ditemui polis, seolah-olah sebagai saksi alibi, sedangkan seorang lagi pembantu rumah pemilik kondo itu, Suliati yang bersedia dipanggil memberi keterangan digugurkan pada saat akhir.

“Ianya suatu persendaan tatkala pihak pendakwaan menawarkan pada penggulungan kes mereka seorang saksi alibi bernama Fitria binti Dipan tetapi menurut pengakuan mereka sendiri tidak dapat dikesan!”, katanya.

Selain pembantu rumah Hassanuddin, Suliati digugurkan saat-saat akhir, tiga lagi saksi yang sebelum ini turut disapina turut digugurkan.

Mereka adalah Yazihan Jusoh (jururawat di hospital swasta Pusrawi), Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka). Klik di sini dan sini dan sini

Seperti dijangkakan Anwar juga turut menggugurkan tiga saksi ‘alibi’, Prof Arif, Hassanuddin dan Noor Sham daripada tampil sebagai saksi. Klik di sini

Dan akhirnya, Anwar hanya bertahan dengan 8 saksi serta menggugurkan hampir kesemuanya saksi-saksi yang telah ditemu bual sebelum ini. Klik di sini, sini dan sini

Kes Liwat II : Antara Dakwaan & Fakta

Kes Liwat Anwar : Pengakuan Bersumpah Muhamad Rahimi Osman

10 Comments

  1. Nazran says:

    Memang benarlah Slogan Anwar “Harapan Baru Untuk Malaysia” – Malaysia dan rakyatnya akan terus aman tanpa Anwar si Putar Alam membuat kacau lagi. Kini, solat hajat yang puak2 haram ini lakukan telah menampakkan “kebenaran” sebenarnya. Kesimpulannya, Anwar memang merupakan duri dalam daging dalam kesejahteraan Malaysia. Dia memburuk-burukan negara ini agar komuniti antarabangsa mengutuk Malaysia, mengutuk kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat, dan secara tidak langsung kutukan tersebut akan memakan rakyat negara ini juga. Oleh itu, kita wajib menegak yg benar dan menyingkirkan yg bathil. Allah masih sayangkan negara ini, itu sebabnya segala angkara buruk Anwar ditunjukkan secara khusus dan jelas agar rakyat tahu siapa si Anwar ini yang hanya ingin menjadi Perdana Menteri. Jangan biarkan dia dan gengnya jahanamkan negara ini. Kita hanya ada Malaysia, tapi dia dan gengnya yg kaya raya boleh bermastautin di luar negara dgn senang lenang apabila negara ini kucar kacir kelak dik angkara geng lanun-lanun ini. Merekalah yg sebenarnya musuh negara ini. Fikir-fikirkan lah… tapi saya percaya rakyat telah tahu tembelang Anwar dan geng.

  2. seluangmelaut says:

    Anwar dah check mate … dia tiada jalan keluar lagi selepas bukti2 liwat yang sangat nyata dan tiadanya pembelaan yang kukuh … masa awal2 dulu siap kata UMNO punya hal … fitnah laa … ada sokongan antarabangsa ….

    Itu dulu! … sekarang semua pertahanan dah hancur … semua kekuatan antarabangsa dah dineutralisekan .. thanks Anifah Aman yang telah menjalankan tugasnye dengan cemerlang .. thanks bro for keeping the record straight .. and helped Bro Najib.

    Anwar check mate? … what next? … knowing Anwar .. he will not go quietely …. for him to run away … now is very slim as there is less and less support from there the west … and Jews …

    Having no strength to determine his fate any longer … it is more likely that he will follow the events that ubfolded in his sodomy and sex video … and try to make a contact / attract attention of DS Najid … which will not come …. not durign this time at least …

    SeluangMelaut : Counting the days … Sungai Buluh Prison a stone trow away from Seluang base ..

  3. Pengkritik bebas says:

    Bang Non,apa ke jadah nama tu,tukar jadi bang nonok,muka pun macam nonok,itu yang paling sesuai,asyik putar alam je,makin lama tengok muka bang nonok makin naik loya dan benci amat sangat,aku doakan semoga Allah Taalla turunkan bala terhadap SI putar alam ini.

  4. tini says:

    tu dia..akhirnya..i think this time kakzah kena consider utk cari jalan keluar demi utk kebahagiaan beliau dan anak2.,,kalau tak aduhai,sian dia..taktahulah berapa keturunan orang akan keji dan bila rakyat sedar selama ni dia perbodohkan semua orang..alahai,mcmnla dia dan anak2 nak survive mengadap masyarakat.suh kakzah tendang je bang Non tu,bangunkan parti tu dengan sebenar2nya utk rakyat.This time doa dan sembahyang hajat seluruh jentera dia makan Tuan.itulah dia suka sangat main2kan agama,Puak2 dia suka sangat sembahyang hajat,bukan takboleh kalau betul caranya tapi dorg ni semua gunakan utk kepentingan peribadi.Macam buat bahan lawak.Kali ni bukan saja dia malah pekung geng hamPAS pun terbuka skali.Maha suci Allah…sekarang sape kena?buat kata Nabil..Lu Pikirlah sendiri…

  5. naw says:

    Gara2 Anwar untuk impress rakyat yang dia tak bersalah dalam kes liwat 2 ini tidak mendapat sambutan semacam dalam kes liwat 1 dulu. Dalam kes liwat 1, dia dapat memutarbelit kes dengan pelbagai pembohongan dan andaian sehingga dia mendapat sokongan dari rakyat dan banyak pula yang menyalahkan Dr M pada masa tu. Masa sudah berlalu zaman sudah berubah dan pemikiran rakyat pun juga matang, tambah2 lagi dengan ledakan maklumat dihujung jari, segala isu mengenai rendah moral Anwar sudah dapat ditatapi dan dianalisa dan tambah lagi dapat disahkan. Anwar sudah tidak dapat lari dari ledakan maklumat ini yang datang bagaikan ombak bertubi2. Anwar juga tidak dapat menafikan maklumat ini hanya dengan berceramah kosong tanpa bukti dan logik. Anwar juga agak ketinggalan untuk mengejar maklumat pasal moralnya yang datang begitu cepat…lambat untuk menangkis dan menafikannya. Semenjak terserlahnya internet di Malaysia, sejak itu juga populariti Anwar juga merundum kerana hanya dengan hujung jari rakyat sudah dapat gembaran sebenar keletah, gelagat, kerenah dan personaliti Anwar. Dalam kes liwat 2 ini rakyat sudah dapat segala fakta kes sebenar, rakyat sudah faham akan putar belit Anwar dan rakyat juga sudah dapat membuat penilian dan keputusan akan nasib Anwar penyudahannya…cuma masa saja yang menentukan. Demikianlah hukum karma…dan Anwar juga tidak dapat lari dari hukumannya…ini belum lagi balasan sebenar dari Allah SWT…

  6. Bedah Lepatpisang says:

    Hheheheh….Bang Non oiiii!!! Awat jadi laguuuu nihhhhhh!!! Awat suka sangat pesen laguuu tuuuuhhh!! Berobat laa Bang Non oiii..!!! Dalam apa bab sekali pun suka/tak suka Kak Zah memang tauuuuuu,tok sahmuhong laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Yang kata bini nih dia boleh cium kelaku laki diaaaa.kan kaaaa!!

  7. tontojr says:

    Bang non dah kecut teloq
    Kah! Kah! Kah!

  8. Najis says:

    hehehe…anuwar sial nk slhkan hakim. mcm la dia ada saksi alibi 28 org.

  9. wmwi says:

    Penjara Sungai Buluh masih ada kekosongan bagi pesalah @banduan.

    Good bye.

  10. basry says:

    Slogan `lawan tetap lawan` Anwar itu kena dibaca sebagai `lari tetap lari`

Leave a Comment

 

— required *

— required *