PARADIGMA POLITIK BARU

Semua Dijemput Hadiri Wacana Siyasah Syar’iyyah – Religio-Politik Semasa Malaysia


AIDCNews – 08/11/11 – Semua dijemput menghadiri Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia.

Wacana anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini akan berlangsung pada 12 November ini di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Pembentang kertas kerja terdiri daripada; Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA), Dato’ Hj. Mohd Nakhaie Ahmad (Presiden Pertubuhan Persahabatan Dakwah Global), Prof Datuk Dr. Yusoff Mohamad (Pensyarah Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama UIA), Dr. Yusri Mohamad (Pensyarah Undang-Undang UIA) dan Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (Felo Amat Utama ISTAC).

Orang ramai yang ingin mendaftarkan diri ke program ini boleh menghubungi Sdr. Nasrul (012-6506404) atau Sdr. Wan Burhan (016-3956497). Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman web rasmi MUAFAKAT.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *