Siapa Di Belakang Agenda Aziz Bari & IDEAS ?

AIDCNews – 08/11/11 – Prof Dr Abdul Aziz sudah sampai peringkat meniru stail Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendiamkan diri tentang isu yang diperkatakan kepadanya, tetapi menganggap dirinya serba pandai mengalahkan semua bijak pandai di negara ini.

Dari awal lagi, penglibatannya bersama satu badan yang dinamakan ‘Institute for Democracy & Economic Affair‘ atau IDEAS dicurigai.

Badannya beroperasi di Malaysia, namun, selain Aziz, dua felo kanan IDEAS bukan warganegara Malaysia.

Selain itu, terdapat 4 orang warga negara asing yang turut menjadi penasihat antarabangsa badan tersebut.

Walaupun pada zahirnya beroperasi di Malaysia, dengan menonjolkan Wan Saiful Wan Jan dan Aziz Bari, tetapi hakikatnya dinasihati oleh aktivis-aktivis pihak luar dan dibiayai oleh dana asing, bolehkah organisasi itu dipercayai yang konon mahu mendidik dan menukar rupa bentuk baru negara Malaysia ?

Aziz juga berkepentingan dalam organisasi itu. Mungkin beliau mendapat elaun tertentu apabila dilantik sebagai felo kanan IDEAS, tetapi dalam masa sama badan itu juga turut menerbitkan bukunya bertajuk ‘Perspektif Perlembagaan’.

Buku yang hampir sama pernah diterbitkan oleh badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar).

Pendedahan blog macamoranggila.blogspot.com amat mengejutkan, di mana penulis blog itu mendakwa Aziz menerima bayaran royalti yang tinggi daripada IKD melebihi daripada harga jualan buku yang sebenar di pasaran.

Apakah penerbitan buku Aziz di IDEAS juga menerima royalti yang tinggi hampir sama seperti di IKD ?

Berikut disertakan pendapatan badan yang dianggotai Aziz dari 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010.

Rujuk bukti laporan kewangan di sebelah kiri.

Daripada laporan itu membuktikan IDEAS mendapat suntikan dana daripada enam badan asing iaitu AkademiMerdeka.org Atlas Economic Research Foundation (USA), Friedrich Naumman Foundation (Germany), Grivelle Trust (UK), International Policy Network (UK) dan International Property Right Index (USA).

Daripada enam badan asing itu, akademimerdeka.org beroperasi khusus di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

“AkademiMerdeka.org ialah projek pendidikan ide-ide libertarianisme yang diusahakan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

“Misi AkademiMerdeka.org ialah untuk menjadi platform penyebaran faham libertarianisme di Nusantara, terutama di negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei”, lapor laman akademimerdeka.org.

Dalam ruangan buku, buku-buku berkaitan dengan liberalisme dan ‘pencerahan’ terbitan IDEAS, IKD dan MEGC (Middle-Eastern Graduates Centre) turut dipromosi bersama yang menunjukkan hala tuju organisasi tersebut.

Berdasarkan kombinasi akademimerdeka.org mempromosi jualan buku-buku itu, seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa 4 badan, IDEAS, IKD, MEGC dan akademimerdeka.org bergabung tenaga memperjuangkan satu matlamat yang sama.

Dalam pertemuan tertutup sahabat-sahabat Anwar awal tahun ini, Dr Yusri Mohamad dan Ustaz Ismail Mina mengkritik tindakan Ketua Umum PKR itu yang sengaja mendiamkan diri yang bermakna merestui penerbitan buku-buku pro murtad oleh IKD dan MEGC yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

Bacaan lanjut berkenaan pertikaman lidah antara Anwar, Yusri dan Ismail berkenaan buku-buku terbitan IKD dan MEGC, sila klik di sini, sini, sini dan sini

Di akademimerdeka.org, Aziz dilantik sebagai ‘pengendali utama‘ dalam satu unit khas yang dinamakan ‘Akademi Merdeka’.

Akademi Merdeka ( Malaysia) dan Freedom Institute (Indonesia)

Akademi Merdeka adalah nama lain kepada Freedom Institute di Indonesia yang digerakkan oleh pendokong-pendokong Islam Liberal, termasuklah; Ulil Abshar Abdalla dan Luthfi Assyaukanie.

“Program akan dipimpin oleh Professor Abdul Aziz Bari, Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) yang merupakan pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, berdasarkan modul yang beliau hasilkan khas untuk Akademi ini.

“Topik-topik yang akan dibincangkan secara kritikal termasuklah; Demokrasi, keperlembagaan, dan perlembagaan; Pengasingan kuasa berdasarkan Perlembagaan Malaysia; Hak asasi manusia dan perlembagaan; Kedudukan istimewa Islam dan Melayu; Federalisme dalam Perlembagaan Malaysia dan Mendepani cabaran keperlembagaan.

“AkademiMerdeka.org menawarkan biasiswa untuk membolehkan seramai mungkin peserta menyertai Akademi Merdeka. Semua yang berminat digalakkan memohon biasiswa yang kami tawarkan untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan yuran penyertaan dan kos penginapan”, lapor laman itu.

Pada 5 November lalu, The Malaysian Insider memetik kata-kata daripada Wan Saiful Wan Jan berkaitan dengan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tentang NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

“Perbincangan semalam sangat penting, membawa hasil perbincangan yang sungguh baik. Kami telah menggariskan banyak isu, ia akan dilaksanakan selepas ini, kata Naib Presiden Amanah, Wan Saiful Wan Jan yang turut mengakui perkembangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan digunakan dengan baik untuk menggerakkan aktiviti dan matlamat penubuhan Amanah.

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang telah melancarkan Amanah, sebuah badan bukan kerajaan bagi membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia pada 29 Julai lalu.

Enam Timbalan Presiden Amanah terdiri daripada bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis dan Datuk Seri Daniel Tajem.

Selain Wan Saiful, naib-naib presiden Amanah terdiri daripada Datuk Mohd Azmi Razak, Tan Sri Simon Sipaun, Ragunath Kesavan, Mohd Lukhman Ghani, Ong Hock Siew dan Dr Patau Rubis.

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE