Apabila Anwar mula minum teh bersama Najib..

Najib dan Anwar

Oleh Lebah Kota, Malaysia Instinct

Sebelum ini pernah tersebar bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi bertemu Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak di kediaman beliau untuk merayu agar perbicaraan
kes liwat dirinya ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan digugurkan.

Walaupun banyak pihak yakin pertemuan itu adalah benar, tetapi Anwar menafikannya.

Najib bagaimanapun tidak melayan permintaan itu kerana beliau tidak mahu mencampuri urusan mahkamah.

Namun hari ini di Parlimen memang telah berlaku pertemuan antara kedua mereka.

Tidak boleh dinafikan kerana ia disaksikan terlalu banyak pihak dan ada bukti bergambar.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira 15 minit dengan kedua pemimpin
kelihatan berborak dan minum bersama di ruang rehat yang dikhaskan
untuk para Ahli Parlimen.

Apa diperbincangkan agak sukar untuk dipastikan. Namun sekali sekala
kedua pemimpin itu kelihatan ketawa besar bersama sehingga menarik
perhatian orang-orang yang berada di Lobi Parlimen.

Turut bersama ketika pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Di satu sudut berhampiran, kelihatan Azmin Ali rancak berbual dengan
R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof tanpa
mempedulikan pertemuan antara Najib dan Anwar.

Bagaimanapun pertemuan bersejarah itu menyebabkan ramai ahli-ahli
Parlimen dan jurgambar media lain berebut-rebut mengambil gambar.

Perkara yang bermain di fikiran semua orang kini ialah apa yang rancak dibual kedua pemimpin itu.

Mungkin Anwar berbisik sekali lagi kepada Najib bahawa dia akan
bersara daripada politik dan berhijrah ke luar negara bersama
keluarganya dengan syarat kesnya digugurkan.

Perkara tersebut sebenarnya bukan lagi menjadi rahsia kerana ia
diperbualkan oleh orang-orang kanan Anwar sendiri dan bukannya oleh
orang UMNO.

Apa pun, Lebah Kota tabik Najib dalam hal ini.

Walaupun difitnah bertalu-talu oleh Anwar dan para balacinya, namun Najib masih tetap cool dan relax melayan Anwar.

Kalau Lebah Kota kena fitnah gaya Najib kena, jangan kata minum
semeja, mahu silap hari sepak terajang yang hingga kat muka orang yang
menabur fitnah tu.

Tapi itulah Najib, seorang yang penyabar dan seorang yang lebih berminat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Jarang kita hendak mendengar Najib mengutuk personaliti lawan
politiknya. Kalau ada pun, Najib akan mengutuk parti lawan secara
keseluruhan, bukan individu seperti yang diamalkan oleh orang-orang
bermoral rendah seperti Anwar.

sumber – malaysia instinct

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE