PARADIGMA POLITIK BARU

Pakatan Anwar-Aziz-Khalid Memerangkap Sultan Selangor

Oleh HHalem - 1- Anwar Ibrahim akhirnya dilihat berjaya memerangkap Baginda Sultan Selangor di kacah poltik negara apabila beliau bersama-sama TS Khalid Ibrahim dan Prof Aziz Bari telah berjaya mengelirukan rakyat dengan perancangan teliti mereka.

Anwar Ibrahim sebagai penasihat dibelakang tabir kepada Khalid Ibrahim berjaya mempengaruhi beliau untuk lepas-tangan dengan menyerahkan kepada Baginda Sultan untuk membuat titah mengenai isu DUMC yang amat kontrovesi.

Khalid tahu jika tersilap langkah isu ini boleh menjatuhkan beliau di Selangor, maka jalan yang bijak diambil ialah membiarkannya kepada Sultan, hatta memerangkap Baginda.

“Saya dan juga barisan exco kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor,”

“Kita campurtangan. Tetapi ada adapnya. Baginda ketua agama dan baginda akan memberi titah.” – Khalid dipetik dari Aidc >

Kata Khalid Ibrahim telah mengadap dan membincangkan perkara itu dengan Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada pagi 28 September.

2- Apabila sahaja Baginda Sultan Selangor membuat titah Baginda pada 10 Oktober di sini>, maka tindak balas Prof Aziz Bari amat pantas dan telah dengan hebat dan lancar sekali mempertikaikan ucapan Baginda.

“Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu”

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat – iaitu pembayar cukai – mempunyai hak untuk menilai prestasinya”

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan”

“Pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik”

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” – Lihat di sini >

Hanya kerana Baginda membaca titah yang bercanggahan dengan pandangan politik beliau, iaitu tidak menyebelahi kehendak-kehendak Pakatan Rakyat, terus Aziz Bari mengecop Baginda tidak adil dan campurtangan didalam hal politik negara. Malah beliau dengan angkuh berkata bahawa sebagai pembayar cukai beliau berhak mengkritik Baginda.

3- Sehingga kesaat ini Prof Aziz Bari masih lagi mempertikaikan kenapa Baginda campurtangan wahal beliau mengetahui sebab-sebabnya.

Beliau juga menuduh dalam menangani isu cubaan murtad itu Sultan Selangor telah bertindak mengenepikan peranan Menteri Besar.

Rancangan Anwar yang licik dengan berjaya mempengaruhi Khalid Ibrahim dan Aziz Bari, dalam pengetahuan dan persetujuan mereka sendiri, setakat ini berjaya membuahkan hasil. Lihat video di sini >

2 Comments

  1. apapun…. hamba rakyat tetap bersama rajanya…. ini angkara datuk bendahara suruhan majapahit dan konco2nya

  2. gory says:

    Dah Khalid Gagap yang lepas tangan dan biar Raja buat kerja. Kemudian cakap pula Raja langgar kuasa Menteri Besar.

    Lagipun, Sultan bertitah tindakan JAIS betul, itu sahaja. Mana politiknya Aziz oi?

Leave a Comment

 

— required *

— required *