PARADIGMA POLITIK BARU

Bahaya Gelombang Hak Asasi

Oleh dtenggara – Ramai yang terkedu bila TS Rahim Noor semeja dengan Perkasa. Maka ucapannya di majlis Perkasa telah diambil dan difahamkan sebagai fasis. Mungkin kerana tak faham Bahasa Melayu, maka ramai yang tidak dapat menilai antara menuntut hak asasi dan mempertahankan hak asasi.

Apa salahnya Rahim Noor mengingatkan kita akan bahayanya gelombang menuntut hak asasi manusia?….tiada salahnya. Ianya sebagai mengingatkan terutamanya NGO-NGO yang bergempita melaungkan hak asasi. Ini kerana gerakan menuntut hak asasi ini sekiranya tidak dikekang memang bakal mencetuskan pelbagai ketegangan.

Rahim mungkin punya asas dalam menyampaikan pandangannya. Terutamanya kalau dilihat dalam suasana hari ini, dimana penggerak hak asasi bukan sahaja mempertahankan hak asasi mereka, tetapi dalam menuntut hak asasi mereka, mempersoalkan hak asasi pihak lain yang mana hak-hak tersebut telah termaktub dalam sejarah.

Banyak berlaku perlanggaran sempadan oleh pejuang hak asasi. Perlanggaran sempadan inilah yang akan membahayakan keharmonian dan keutuhan sesebuah masyarakat. Ada hak asasi yang boleh diperjuangkan dan ada yang perlu dibataskan.

Lebih-lebih lagi dalam situasi Malaysia yang berbilang kaum ini. Hak untuk hidup mungkin sama, tetapi nilai-nilai lain seperti budaya dan agama tidak sama. Maka apabila kaum lain atau agama lain cuba untuk mengusik kononnya kebebasan dan hak asasi manusia yang menyentuh kepada sentimen agama dan perkauman, tentunya akan mendatangkan kecelakaan yang besar terhadap keharmonian.

Sesiapa sahaja boleh untuk mempertahankan hak asasi masing-masing tetapi tidak sampai kepada melanggar hak asasi orang lain, tidak mempersoalkan hak asasi orang lain. Ini kerana terkadang dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama ini, terdapat hak-hak asasi segolongan yang lain bertentangan dengan hak asasi segolongan yang lain.

Maka sebab itulah adanya kebimbangan akan adanya NGO-NGO buta yang yang menganut fahaman hak asasi ini menuntut semberono tentang hak asasi hanya untuk satu pihak sahaja dan menafikan satu pihak yang lain.

3 Comments

  1. Hamba ALLAH says:

    SALAM YBGH TAN SRI…

    Semangat Sang Saka Biru sentiasa menebal dijiwa

    TABEK SSPRING YBGH TAN SRI!

  2. tengok… baru je umum bajet yg pemurah dan naik gaji sikit…. harga ayam pun meletop…. mcm main saham…. patut kena buat penternakan ayam 1 malaysia dan patut dijual pd harga patut di kedai 1 malaysia…. siapa kah itu golongan pencekik darah rakyat malaysia… anak2 murid? fikir2kan…..

    iyaaa…. penyangak penyamun darah keringat rakyat adalah kapitalis-komunis-xionis-fremasonry @ dajjal-ajaran setan-liberalisasi-kristianisasi- hak asasi disebalik napsu napsi

  3. warisatuliman2011 says:

    A.w.w. handai taulan. Tun Dr M pernah kecewa dgn sikap lembut Pak Lah ketika jadi PM. Inilah yg berlaku skrg kesan drp kelembutan Pak Lah tu. Cuba tanya pada pendatang dan penumpang itu adakah negeri asal mereka sama ada di China, India dan lain2 lagi berikan keadilan setara kpd golongan minoriti di negara2 itu? Malah, kalau golongan2 pendatang ni hidup terus di negara mereka sampai skrg, nasib mereka tetap spt dulu. Tapi, di M’sia ramai yg jadi profesional atau usahawan berjaya. Apakah itu tidak cukup dan mereka mahu tuntut lebih bagaikan beri betis hendak paha? Sikap keterlaluan spt itu pernah mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei. Belajarlah dari sejarah. Hak bangsa Melayu-Islam sbg kaum-agama dominan dan bumiputera harus dihormati atau kalau mereka tidak setuju, pulang sahajalah ke negara asal masing2. Inilah teras keharmonian dan penakatan negara. Usaha cuba digugat atau menggugat kerana mereka juga akan rugi. Bagi, pengkhianat2 bangsa yg sanggup menggadai maruah agama, bangsa dan negara bertaubatlah sebelum terlambat. Semangat juang pembela tanahair yg tidak mahu keharmonian dan kemajuan yg dicapai selama ini hancur musah sebenarnya cukup tinggi. Mereka masih senyap tetapi tidak bermakna mereka tidak peduli. Merek menyepi diri tetapi tidak bermakna mereka akan lari. Sebagaimana nenek-moyang mereka gigih mempertahankan hak daripada percubaan penjajah lalu utk memperkotak-katikkan mereka, semangat yang serupa masa membara. Tapi, ia bagaikan api dlm sekam, yg akan membara semula jika angin kederjunaan semakin bertiup kencang. Pasti musuh2 durjana, pengkhianat dan penderhaka akan lari lintang-pukang kerana keimanan pd Islam dan semangat cintakan tanah pusaka tidak pernah luntur atau kendur. Jangan dicabar kami wahai petualang! Salam.

Leave a Comment

 

— required *

— required *