Aziz Bari Perlu Jawab Persoalan Lingkaran Dana Asing

AIDCNews – 24/10/11 – Pada mulanya, satu blog menimbulkan persoalan royalti yang diterima oleh Prof Dr Abdul Aziz hasil jualan bukunya, ‘Politik Perlembagaan : Satu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang’, yang dianggap tidak munasabah melebihi daripada jualan.

Buku itu diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD), 2006, badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah diketahui umum dibiayai oleh sebuah Yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenauer Stiftung (KAS).

“Jika difikirkan royalti RM20,000 amat berlebihan dibandingkan dengan jualan buku Aziz Bari itu yang tidak memberansangkan.

“Adakah ini dijadikan sebagai alasan untuk IKD menyuntik dana kepada Aziz Bari?

“Kedua, adakah Aziz Bari juga adalah pembawa mesej Islam Liberal dengan kaitan rapatnya dengan IKD?”, soal blog macamoranggila.blogspot.com. Klik di sini

Penulis blog itu menimbulkan persoalan tentang bayaran royalti RM20,000 daripada IKD pada tahun 2008 yang didakwa sebagai usaha untuk menyuntik dana kepada Aziz yang berselindung di sebalik royalti penjualan buku.

Kemudian, laman ini mempersoalkan peranan tiga badan asing, Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity, Friedrich Naumann Foundation for Liberty, Greville Trust dan International Policy Network dalam penajaan badan yang dianggotai Aziz di Malaysia.

Aziz Bari merupakan satu-satunya anggota dari Malaysia yang dinobatkan sebagai felo kanan dalam badan yang dikenali sebagai ‘Institute for Democracy & Economic Affairs’ (IDEAS).

Selain itu, IDEAS yang beroperasi dan beralamat di Malaysia, (D6, Taman Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia) juga mempunyai empat orang penasihat dari luar negara.

Mereka adalah; Professor Julian Morris, Executive Director, International Policy Network, London; Dr Tom G Palmer, Vice President, Atlas Economic Research Foundation & General Director, Atlas Global Initiative For Free Trade, Peace and Prosperity; Dr Mark Pennington, Fellow, Institute of Economic Affairs, London dan Linda Whetstone, Chairman, International Policy Network and Board Member, Mont Pelerin Society.Klik di sini

Untuk apa badan yang dianggotai Aziz yang kononnya berjuang untuk negara Malaysia mempunyai penasihat antarabangsa dari luar negara ?

Apa peranan penasihat-penasihat antarabangsa itu dalam penajaan dana badan yang dianggotai Aziz di Malaysia ?

Julian Morris adalah Naib Presiden Penyelidikan, Reason Foundation, sebuah yayasan disebut-sebut ditaja oleh George Soros yang berpengkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga terlibat dalam kumpulan pemikir yang dinamakan “Reform” dan kumpulan Mont Pelerin Society.

Tom Gordon Palmer adalah fello kanan di Cato Institut, Pengarah Bahagian Pendidikan Universiti Cato Institut, Naib Presiden Untuk Program Antarabangsa, ‘Atlas Economic Research Foundation’, dan Pengarah Urusan kepada ‘Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace, and Prosperity’.

Cato Institute yang disponsor oleh The Koch family dan Lynde and Harry Bradley Foundation juga dikaitkan dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Palmer juga adalah penyokong kuat kumpulan Gay yang terlibat aktif dalam the Independent Gay Forum dan menjadi Ahli Lembaga Penasihat Human Rights Foundation satu yayasan hak asasi yang menyokong kuat pergerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Dr. Mark Pennington adalah pensyarah tamu di Institute for Humane Studies, George Mason University yang pernah menerima sumbangan $10,000 daripada the Atlas Institute for Economic Research pada tahun 2007.

Linda Whetstone adalah anak kepada Sir Antony Fisher, salah seorang dalang paling berpengaruh dalam mengerakkan gelombang liberalisme di seluruh dunia.

Antony Fisher merupakan the Institute of Economic Affairs dan the Atlas Economic Research Foundation.

Menerusi Atlas, beliau menaja lebih 150 lagi badan pemikir di seluruh dunia antaranya; Fraser Institute, Manhattan Institute, Pacific Research Institute, National Center for Policy Analysis, Centre for Independent Studies dan Adam Smith Institute.

Anak perempuannya, Linda Whetstone mewarisi aset perjuangan ayahnya dengan terlibat sebagai Pengarah dalam organisasi Mont Pelerin Society.

Menariknya, badan-badan yang disenaraikan di atas kebanyakan juga merupakan lingkaran Anwar Ibrahim.

Penulis Barat Anton Chaitkin mendedahkan Anwar turut terlibat dalam organisasi elit yang dinamakan ‘Mont Pelerin Society’ [Klik di sini] dan Anwar juga pernah dilaporkan ada perjanjian rahsia dengan Cato Institute pada tahun 2006. Klik di sini

Anwar juga pernah mendapat jemputan daripada Human Rights Foundation yang mengadakan Oslo Freedom Forum 2010 di Norway.

Kenapa lingkaran dana penajaan Anwar dan Aziz hampir sama ?

Siapakah Aziz Bari ?

6 Responses to “Aziz Bari Perlu Jawab Persoalan Lingkaran Dana Asing”

  1. Tinie

    Oct 25. 2011

    ahli2 IDEAS ni bukan ke di kalangan international graduates ie sponsored students? mereka ni ckp bukan main hebat lagi kritik2 kerajaan tp bile pulang ke malaysia they were offered strategic positions in government sector n etc. nasib local graduates pulak x terbela huhu..

    Reply to this comment
  2. anti triniti

    Oct 25. 2011

    jika snouke hergronje peluk islam dan jadi shekh ul uslam bagi memesong pegangan umat, si aziz bari ni belajar perlembagaan PBB terutama HAM untuk melenyapkan ikatan maqasid syariyah kepada kesempitan hak kebebasan total peribadi individual dan PAS terhijab drp musyahadah kerana silauan kuasa.Hak tetap hak batil tetap batil Islam Ya’lu wala Yu’la – selamat berjuang liberalis reformis aziz bari – sabas

    Reply to this comment
    • warisatuliman2011

      Oct 25. 2011

      A.w.w. handai taulan. Sangat benar pemerhatian anti triniti. Itulah sebabnya musuh2 Islam ini berusaha merekrut org2 spt Ismail Farouqi, Nurcholis Madjid, Gus Dur, Anwar Ibrahim dan ramai lagi. Mereka tlh pun gunakan Attaturk di Turki dan ramai org2 yg digelar cendekiawan Islam utk lemahkah Islam dari dlm khususnya di Indonesia dan kini di M’sia. Hati2lah dgn misi dahsyat ini. Memang Allah tetap bersama kita, tetapi kita semua berkewajipan membela agama yg mulia ini daripada pencemaran pengkhianat agama, bangsa dan negara. Salam.

      Reply to this comment
  3. antibelit

    Oct 25. 2011

    Ahli akademik yang bawa agenda politik, patut letak jawatan akademik dan terjun lombong politik.

    Reply to this comment
  4. Akuaqutum

    Oct 25. 2011

    Ahli-ahli akademik yang pro pembangkang memang ramai di universiti-universiti tempatan ni terutama sekali IPTA. Mereka ini kadang-kadang memegang jawatan-jawatan yang stratergik seperti pengetua kolej, Felow kolej, Timbalan naib canselor hal ehwal pelajar, dekan, timbalan dekan bahagian hal ehwal pelajar dan sebagainya. Mereka-mereka inilah yang menghasut pelajar secara halus untuk membenci kerajaan. walaupun apa yang mereka lakukan tidak jelas di mata kasar tetapi hasilnya kita boleh lihat sekarang di mana ramai dikalangan pelajar-pelajar IPT yang pro-pembangkang dan menguasai pilihanraya kampus. Dan yang lebih sayang sekali rata-rata pelajar ini adalah pelajar melayu dan pencapaian mereka di dalam akademik memang tidak boleh dibanggakan kerana sibuk nak berpolitik. Mereka-mereka ini jugalah dikalangan yang liat membayar balik pinjaman PTPTN. Gejala ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan institusi-isntitusi pendidikan kita. Pembangkang tak peduli semua ni, asalkan dia orang dapat sokongan yang diperlukan.

    Reply to this comment
  5. rtawil

    Oct 25. 2011

    AZIZ BARI KENA JAWAB SEMUA PERSOALAN INI.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE