Siapakah Aziz Bari ?

AIDCNews – 22/10/11- Apabila akademimerdeka memperkenalkan Professor Abdul Aziz Bari sebagai Felo Kanan ‘Institute for Democracy & Economic Affairs’ (IDEAS)  sudah pastinya akan membuka satu persoalan baru; siapakah Aziz Bari ? Apa hala tuju pemikirannya dan apakah visi dan misi yang sedang diusahakan di negara ini ?

Sebelum ini, ramai juga yang keliru yang mengatakan Aziz adalah aktivis ‘gerakan Islam’, dikatakan pernah menjadi Presiden PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Presiden ABIM pada era 1970-an.

Ketika Aziz menjadi Presiden PKPIM, timbalannya adalah Khalid Jaafar, individu yang dilantik Anwar sebagai setiausaha akhbarnya, semasa bekas Presiden ABIM itu memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Malah semasa Aziz melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK), beliau disebut-sebut sebagai salah seorang penaung HIZBI (Al-Hizbul Islami UK), satu organisasi underground yang dikatakan satu gerakan Islam pelajar-pelajar Malaysia di UK.

Tetapi, latar belakang yang berasaskan ‘gerakan Islam’, tidak semestinya pemikirannya akan menjurus kepada pemikiran Islam berasaskan Al Quran dan As Sunnah.

Ramai juga kumpulan zionis yang menyusup masuk dan menaja organisasi berlabel Islam untuk merosakkan Islam dari dalam.

Carl Gerhman yang menyusup masuk dalam CSID (Center for the Study of Islam and Democracy) misalnya. Klik di sini

Anwar Ibrahim adalah bekas Presiden PKPIM dan ABIM, akhirnya menjadi seorang humanisme dan pluralisme bertuhankan kemanusiaan. Klik di sini

Ustaz Ismail Mina, sahabat Anwar dari zaman pelajar di UM, tidak pernah menyangka sama sekali, akhirnya pemikiran Anwar sama dengan Nurcholish Madjid, tokoh pelopor Islam Liberal dan Pluralisme Agama Indonesia. Klik di sini dan sini

Khalid Jaafar pun bekas Timbalan Presiden PKPIM, tetapi akhirnya beliau kini sering disebut-sebut sebagai salah seorang tokoh pelopor Islam Liberal dan Pluralisme Agama di Malaysia.

Menariknya, Anwar juga yang lantik Khalid memegang jawatan sebagai Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), badan pemikir Ketua Umum PKR itu yang mendapat tajaan penuh dari yayasan Kristian, Jerman, Konrad Adenauer Stiftung (KAS). Klik di sini dan sini

Sebagai de facto dan diktator yang berkuasa penuh, Anwar boleh pilih tokoh lain jika beliau tidak gemar dengan pemikiran Khalid yang ‘Liberal’ itu.Klik di sini dan sini dan sini

Wan Saiful Wan Jan, editor AkademiMerdeka.org dan Ketua Eksekutif IDEAS itu juga adalah bekas Presiden HIZBI UK, tetapi dalam masa sama menerima dana dari Atlas Global Initiative, dan yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF) untuk menggerakkan organisasinya.

Bagaimana pula dengan Aziz yang dikatakan bekas Presiden PKPIM dan penaung HIZBI UK itu ?

Pemilihan Aziz sebagai Felo Kanan di IDEAS pun bukan secara kebetulan. Sudah tentu ia dipilih berdasarkan aliran pemikiran yang sama dengan matlamat kumpulan itu.

Apakah matlamat IDEAS ?

Menurut ideas.org.my matlamat kumpulan mereka ada empat. Pertama, mendaulatkan undang-undang (Rule of Law); kedua, mewujudkan kuasa kerajaan yang terhad (Limited Government ); ketiga, mewujudkan ekonomi dan perdagangan bebas (Free Market) dan keempat, menuntut hak individu yang lebih bertanggungjawab (Individual Liberty and Responsibility).

Jika diteliti keempat-empat matlamat di atas ianya di bawah kerangka Liberalisme yang bermatlamat untuk menubuhkan ‘Negara Liberal’ atau lebih tepat lagi ‘Negara Sekular’ yang tulin yang dipelopori oleh Marthin Luther, John Locke dan Adam Smith.

Pemikiran Aziz boleh dikenali melalui cerminan latar belakang individu-individu yang dilantik sebagai felo dalam IDEAS.

Antaranya, Barun Mitra, seorang warganegara India, merupakan Presiden Institut Liberty dan Julian Simon Center di New Delhi, India yang telah dianugerahkan Anugerah Sir Anthony Fisher Memorial pada mesyuarat Yayasan Atlas, di San Francisco.

Professor James Chin adalah profesor sains politik dan ketua Pusat Pengajian Kesenian dan Sains Sosial di kampus Monash, Sunway Monash Malaysia.

Beliau juga ahli penasihat the Centre for Public Policy Studies yang projek ‘Dialogue on Islam and Democracy‘ anjuran badan itu ditaja oleh Asia Foundation.

Di Indonesia, Asia Foundation disebut-sebut sebagai penaja utama penyebar fahaman Islam Liberal dan Pluralisme Agama.Klik di sini dan sini

Aziz, Barun Mitra dan James Chin dilantik sebagai felo kanan IDEAS.

Jika dilihat dari segi latar belakang ketiga-tiga felo kanan IDEAS itu, kelayakannya lebih hebat dari Ketua Eksekutif IDEAS, apakah Wan Saiful Wan Jan sekadar proksi ?

Selain itu, terdapat tujuh orang lagi felo IDEAS, iaitu Dr Helmy Haja Mydin, Mohd. Hafiz Noor Shams, Wan Hamidi Hamid, Keith Leong, Jeevan Rasanayagam, Noor Amin Ahmad dan Wan Fadzrul Wan Bahrum.

Menariknya, ada di kalangan felo di atas juga turut terlibat aktif dalam IKD, MEGC, the rocket dan sentiasa berusaha menyebarkan pemikiran mereka dalam media alternatif termasuk di Malaysian Insider dan thenutgraph.com.

Wan Hamidi Hamid adalah Ketua Pengarang The Rocket, media milik DAP yang pernah satu ketika dahulu disebut-sebut bakal Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau juga merupakan kolumnis portal Malaysia Insider.

Noor Amin Ahmad adalah kader IKD sejak dari zaman mahasiswa, terlibat aktif dalam penulisan di Jalan Telawi, terbitan IKD dan turut menyumbang idea di The Malaysian Insider dan Mstar.

Khabarnya Noor Amin sekarang juga bekerja dengan kerajaan Selangor.

Hafiz Noor Shams turut mendedahkan bahawa beliau pernah mengikuti perbincangan-perbincangan pencerahan di MEGC (Middle Eastern Graduate Centre), Jalan Telawi, iaitu anak syarikat kepada IKD.

MEGC dan IKD sering disebut-sebut sebagai agen permurtadan di Malaysia. Klik di sini, sini, sini, sini dan sini

Lebih menarik lagi, sokongan latang kepada Aziz datang dari kelompok yang sama sealiran dengannya.

Misalnya, sokongan oleh Azmi Sharom, Prof Madya undang-undang dari Universiti Malaya. Azmi yang dikenali sebagai ‘prof rambut berekor itu’ sudah dikenali umum di kampus itu sebagai penganut fahaman liberalisme.

Begitu juga dengan sokongan Lawyers for Liberty(LFL), iaitu satu kumpulan peguam kebebasan yang semakin dominan selepas Anwar dilantik Ketua Pembangkang.

Apatah lagi dengan pelantikan N.Surendran, pengasas LFL sebagai Naib Presiden PKR.

Menurut ideas.org.my, terdapat empat badan luar yang menaja operasi badan mereka di Malaysia iaitu, Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity,
Friedrich Naumann Foundation for Liberty, Greville Trust dan International Policy Network.

Apakah Aziz termasuk dalam salah seorang proksi tajaan Barat untuk membawa idea Liberal Barat ke Malaysia ?

Siapa Di Belakang Aziz Bari Bersama IDEAS ?

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE