Siapa Di Belakang Aziz Bari Bersama IDEAS ?

AIDCNews – 19/10/11 – Laman akademimerdeka.org memperkenalkan Professor Abdul Aziz Bari sebagai Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).

Apa itu Akademi Merdeka ? IDEAS ? Siapa di belakang mereka ?

“AkademiMerdeka.org ialah projek pendidikan ide-ide libertarianisme yang diusahakan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

“Misi AkademiMerdeka.org ialah untuk menjadi platform penyebaran faham libertarianisme di Nusantara, terutama di negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Editor AkademiMerdeka.org ialah Wan Saiful Wan Jan“, lapor laman itu. Klik di sini

Menurut laman ideas.org.my, IDEAS ditubuhkan oleh 3 sahabat, Wan Saiful Wan Jan, Tunku ‘Abidin Muhriz, dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd fuaad pada tahun 2006 bertujuan untuk membentuk sebuah Negara Liberal di Malaysia serta menerapkan nilai-nilai liberal di kalangan rakyat negara ini. Klik di sini

Pada asalnya dinamakan ‘Malaysia Think Tank London’ (MTTL), kemudian ditukar kepada Malaysia Think Tank (MTT) dan akhirnya ditukar kepada Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) pada 14 Disember 2009. Klik di sini

Aziz Bari dilantik sebagai felo utama IDEAS. Klik di sini

Menurut wikipedia, IDEAS adalah rakan kongsi kepada ‘the Atlas Economic Research Foundation’ di Washington, D.C. yang menerima dana daripada ‘the International Policy Network’ dan ‘the Friedrich Naumann Foundation’.

Jadi siapa sebenarnya di belakang Aziz Bari dan apa agendanya di Malaysia ?

Awas ! Yayasan Kristian Di Belakang Dr Aziz Bari ?

7 Responses to “Siapa Di Belakang Aziz Bari Bersama IDEAS ?”

  1. HAMSOR

    Oct 20. 2011

    Siapa di belakang Aziz Bari?? Harap2 bukan Anwar OMEGAY…kang tak pasal2 ada kes Liwat III pulak…

    Reply to this comment
  2. naw

    Oct 20. 2011

    Umat Islam jangan mudah perangkap dengan ‘tokoh2′ ini yang bertopengkan Islam, yang memperjuangkan fahaman pluralisma-liberalisma agama…tambah2 lagi apabila arus aliran ini akan diserapkan kedalam ideologi parti2 politik seperti Pas yang sewenang2nya menukarkan slogannya dari Islam kepada ‘berkebajikan’. Apakah bentuk kebajikan Pas? Dari mana dana Pas yang bakal digunakan untuk menabur kebajikannya kepada rakyat. Kalaulah sekarang ini banyak dana2 yang disalurkan oleh agen2 dan yayasan2 Kristian kepada puak2 tertentu bagi sebarang penganjuran, tak mustahil mereka2 ini dengan senang untuk mengecek puak2 yang tak berapa cerdik dalam Pas untuk menerima habuan dari dana2 ini…tambah2 lagi Pas memerlukan dana yang banyak untuk PRU13 nanti. Inilah jarum yang sedang dimainkan oleh musuh2 Islam. Helah Pas dan Anwar tidak menyertai Perhimpunan Sejuta Umat sudah dapat dibaca dan tambah2 lagi akan mendapat kemarahan dari puak Kristian apabila Anwar sendiri yang menyokongnya. Pas yang memang pak turut, tiada pilihan melainkan mengikuti telunjuk Anwar dan DAP. Inilah hakikatnya apabila pak2 lebai Islam Pas sudah jadi Pak Pandir dan sedia menerima cucukan hidung…amat malang sekali apabila pak2 lebai ini sudan jadi Lebai Malang…parti sendiri jadi tergadai…

    Reply to this comment
  3. ron95

    Oct 20. 2011

    IDEAS = fahaman pluralisme & atheisme

    Reply to this comment
  4. Robin

    Oct 19. 2011

    Terima kasih AIDC…pemikiran dan fatwa Islam Liberal boleh di ikuiti melalui articles “Cabaran Aqidah : Pemikiran Islam Liberal” (http://www.anwaraidc.com/?p=5487) bertarikh 2-2-2011

    Reply to this comment
  5. warisatuliman2011

    Oct 19. 2011

    A.w.w. handai taulan. Sudah pasti puak2 pluralisme-liberalisme agama yg bergayut pada Anwar akan cuba ambil kesempatan dlm apa bentuk sekalipun. Memang pihak penganjur perlu waspada dan pastikan juak2 Anwar dan suku-sakatnya tidak rosakkan nama baik Islam ketika perhimpunan itu diadakan kelak. Salam.

    Reply to this comment
  6. basry

    Oct 19. 2011

    Pihak Penganjur Himpunan Sejuta Umat harus kenalpasti puak-puak yang menyebarkan faham agama pluralisma seperti ini terlebih dahulu untuk memelihara aqidah umat Islam di Malaysia.
    Mereka ini lebih bahaya kerana mereka terdiri dari orang Islam sendiri tetapi menganut fahaman yang bertentangan dengan aqidah Islam. Mereka bergerak aktif dengan bantuan dana dari pihak musuh Islam atau dengan lain perkataan, mereka dibayar untuk merosakkan Islam.
    Mereka ini bergerak dengan berselindung atas nama demokrasi, memperjuang hak asasi manusia, kebebasan berfikir, keadilan untuk semua, kebajikan untuk semua; yang mana semuanya menjurus kepada fahaman agama pluralisma dan menjauhkan umat Islam dari pegangan Islam yang sebenar.
    Mereka mengganggap diri mereka pemikir Islam tetapi mereka sebenarnya ialah pemusnah Islam.

    Reply to this comment
    • kakak

      Oct 20. 2011

      AIDC harus sibarkan fakta-fakta ini di saluran perdana untuk menyedarkan semua. Biar berusaha sebelum terlambat

      AIDC- tq..guna saluran termampu..

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE