Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (7) – Konspirasi Soros & Al Gore

tedturner-billgate-soros-davidrockerfellar

Godfather Yahudi Rothschild : Dari kiri, Ted Turner, Bill Gates Sr, George Soros dan David Rockefeller

Dari egroup AIDC

Perjumpaan Anwar dan Desmond Tutu [baca artikel sebelumnya, klik di sini] adalah rentetan daripada dua peristiwa besar yang berlaku ke atas Anwar iaitu komplot Soros-Anwar merundumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 dan Anwar dipenjarakan kerana bersalah menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi kesalahan seks dan homoseksual pada tahun 1998.

Susur galur dua peristiwa penting tersebut adalah saling berkait di antara satu sama lain :

Komplot Anwar-Soros :Merundumkan ekonomi Malaysia : Ketika Krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997, Anwar merupakan Menteri Kewangan Malaysia. Mike Billington, wartawan EIR (Executive Intelligence Review) mendedahkan memang wujud komplot di antara Soros-Anwar dalam meruntuhkan ekonomi Malaysia. Tulis Mike Billington : “Anwar mempertahankan spekulator (Soros), mengakui bahawa beliau (Anwar) telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, serta mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri matawang (penyangak) yang bebal”. Klik di sini

Bukan rahsia lagi, sekitar tahun 1997/98, Soros sangat berpengaruh di Bank Dunia dan IMF melalui proksi-proksinya iaitu James Wolfensohn (Presiden Bank Dunia) dan Michel Camdessus (CEO IMF) dan kedua-dua individu ini orang yang bertanggungjawab melantik Anwar di Bank Dunia dan IMF. Anwar dilantik sebagai “Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank” semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank di Hong Kong pada 23-25 September
1997. Klik di sini

http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SYh23mT1nJI/AAAAAAAADEM/HDq3YOwu7n8/s320/AnwarCamdesssusTV3.jpg

Anwar adalah ‘anak emas’ Bank Dunia & IMF. Kelihatan Anwar sedang berpelukan dengan Michel Camdessus. Pengarah Urusan IMF, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pusat pentadbiran Soros adalah London dan Hong Kong. Dari kedua-dua pengkalan ini Soros akan memanipulasikan matawang Asia untuk meranapkan ekonomi Asia Tenggara pada tahun 1997/1998. Anwar sebagai Menteri Kewangan turut berkomplot dengan agenda kemusnahan ini dengan tidak bertindak apa-apa apabila kemelesetan ekonomi melanda Malaysia. Mungkin dengan kemelut ekonomi tersebut sebagai satu kaedah terbaik untuk menggesa pengunduran Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Menurut Dr Mahathir seperti yang dilaporkan didalam blognya(chetdet.co.cc), sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema “IMF tanpa IMF”. Ekoran daripada itu Dr Mahathir telah melantik semula bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi MTEN  pada 24 Jun 1998 sebagai mengambilalih kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan.Klik di sini

Fakta ini diperkukuhkan dengan laporan businessweek.com. Krisis ekonomi Malaysia berlaku ketika Dr Mahathir bercuti selama dua bulan dan Anwar menjadi pemangku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Selaku pemangku PM dan Menteri Kewangan, Anwar telah mengadakan mesyuarat dengan Pengarah Urusan IMF di Langkawi dan Anwar bersetuju dengan formula IMF untuk menaikkan kadar bunga. Dan sebagai pemangku PM, Anwar telah meminta persetujuan formula IMF itu daripada kabinet. Tetapi sekembalinya Dr Mahathir daripada ‘percutian’  beliau terus ‘memukul’ spekulator antarabangsa termasuk George Soros dan pedagang matawang Yahudi berusaha merosakkan ekonomi Malaysia dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh Anwar sebelum ini. Klik di sini

Laporan businessweek.com yang pro Soros turut mendedahkan Anwar selaku Menteri Kewangan turut membocorkan rahsia ekonomi Malaysia kepada badan elit Amerika Syarikat, CFR (Council on Foreign Relations) yang dikuasai oleh kumpulan Zionis pada April 1998. Anwar mendakwa dalam perjumpaan CFR itu, beliau menggesa Dr Mahathir supaya melakukan perubahan ekonomi di Malaysia, tetapi Dr Mahathir menolak.

Dua orang anggota CFR ketika itu adalah Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat dan Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Anwar_AlGore2
Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Foto ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group di London 2010, sebuah
organisasi korporat kepunyaan Al Gore, yang melabur dana sebanyak $10 million kepada  GreenRoad
Technologies Ltd
., sebuah organisasi korporat di Israel.
Klik di sini . Di dalam organisasi itu Al Gore
telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan
gaji dan elaun yang amat lumayan.Klik di sini

ThomasPickering-Soros

George Soros merupakan godfather zionis yang menaja ICG. Anwar dilantik ahli jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006 [klik di sini], ketika menjadi pensyarat pelawat di Saints Anthony’s College,
Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern. Chris Pattern merupakan kroni Soros yang dilantik menjadi Pengerusi Bersama ICG. Foto: Dari kiri Thomas R Pickering, bekas duta Amerika ke Israel, pengerusi bersama ICG; Maria Cattaui, Naib Pengerusi ICG dan penaja utama ICG, George Soros dalam satu mesyuarat ICG, di Doha, Qatar, 2007

Mike Billington, wartawan EIR pula turut membongkar pakatan Al Gore-Soros dalam menumbangkan Dr Mahathir “Dua hari selepas kecaman Al Gore di Kuala Lumpur pada tahun 1998, Asian Wall Street Journal memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dalam muka surat editornya, untuk Anwar menunjukkan kesetiaan kepada IMF dan dasar penjajah” :

Tulis Anwar, “Selain menuding jari kepada spekulator (Soros) dan menyalahkan ‘desakan yang tidak realistik’ yang diatur oleh agensi antarabangsa bertindak sebagai peminjam yang merupakan usaha terakhir, pertama sekali negara- negara Asia perlu meletakkan parlimen mereka dalam kawalan. Negara-negara Asia perlu menamatkan “rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil,” menyatakan komitmen mereka “untuk membersihkan rasuah dan nepotisme,” menamatkan jurang tarif dan membasmi subsidi, monopoli dan pilih kasih…Terlalu banyak kepentingan menjadi taruhan. Melainkan angin kencang kemusnahan kreatif dilepaskan terhadap aktiviti korporat yang parasit, ekonomi Asia tidak lagi akan mencapai perkembangan seperti sebelumnya.”

Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu “kroninya” dengan membelanjakan ekonomi:

“Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata George Soros. Klik di sini

Dari pendedahan wartawan Barat ini dapat disimpulkan di belakang Anwar ketika beliau menjadi Menteri Kewangan adalah rangkaian Yahudi yang diketuai oleh Soros (United Kingdom) dan Al Gore (Amerika Syarikat).

Komplot Anwar-Mary Robinson : Membebaskan Anwar dari penjara : Pada tahun 1998, terdapat dua perbicaraan Anwar. Pertama; perbicaraan  menyalahgunakan kuasanya sebagai TPM dan Menteri Kewangan untuk melindungi salah laku seksnya yang dihadapkan ke mahkamah pada 29 September 1998 dan dibicarakan bermula pada 3 November 1998. klik di sini. Setelah perbicaraan  memakan masa 78 hari, akhirnya pada 14 April 1999, Hakim Datuk S. Augustine Paul, Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara enam tahun berkuatkuasa pada tarikh tersebut. Klik di sini dan lihat video klik di sini

Ketika Anwar dipenjarakan, Al Gore kecam Malaysia dengan mengatakan ‘Anwar adalah rakan saya’. Klik di sini

Itu merupakan perbicaraan pertama dan Anwar telah menjalani hukumannya tanpa bantahan. Dalam perbicaraan pertama itu juga terbongkar kisah seksnya bersama isteri Azmin Ali, Shamshida Taharin dan skandal homoseksualnya bersama bekas pemandu Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.

Ketika Anwar masih menjalani hukuman penjara salah guna kuasa, pada 16 Jun 1999, sekali lagi beliau dihadapkan ke mahkamah dibicarakan bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang menghadapi dua tuduhan bersubahat dengan Anwar dan meliwat Azizan Abu Bakar. Azizan merupakan bekas pemandu peribadi Wan Azizah Wan Ismail (isteri Anwar) dan Shamshida Taharin (isteri Azmin Ali).

Ketika membuka tirai kes itu, Mohtar Abdullah, Peguam Negara yang mengetahui barisan pihak pendakwa berkata, Anwar yang disenaraikan tertuduh pertama dan Sukma tertuduh kedua dibicarakan atas tuduhan melakukan persetubuhan sejenis yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan, di dalam apartmen milik Sukma di Tivoli Villa di Bangsar, Jalan Medang Tanduk, Bangsar pada satu malam, jam 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.  Klik di sini

Perbicaraan yang memakan masa 15 bulan itu, berakhir dengan kekalahan Anwar. Pada 8 Ogos 2000, Hakim Datuk Ariffin Jaka, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar dihukum penjara sembilan tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Hakim memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa selepas Anwar selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan tetapi Anwar dikecualikan hukuman sebat kerana melebihi had umur 49 tahun ke bawah.Klik  di sini

Bagaimana komplot Mary Robinson untuk membebaskan Anwar ?

Ketika Anwar dipenjarakan di atas kedua-dua kesalahan ini (salahguna kuasa dan meliwat), Mary Robinson merupakan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB).

Robinson merupakan kroni Al Gore, semasa masih menjadi Presiden Ireland. Ketika itu Al Gore merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Salah satu faktor pelantikan Robinson  sebagai Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di PBB kerana pegangan perjuangannya menyokong kebebasan kumpulan homoseksual antarabangsa. Falsafah perjuangan ini dipegang sejak beliau menjadi Profesor di Reid Law, Trinity College lagi dengan bergiat aktif menjadi penasihat undang-undang untuk Kempen Perubahan Undang-undang Homoseksual. Klik di sini

Sebagai menyokong hasrat Al Gore, Mary Robinson telah menjalankan kempen-kempen untuk membebaskan Anwar dari penjara. Selain kempen, bantuan kewangan,  beliau juga turut melobi yayasan-yayasan Amerika Syarikat (melalui NED -National Endowment for Democracy dan NDI - National Democracy Institute) untuk memberi bantuan kewangan kepada beberapa NGO yang pro Anwar di Malaysia untuk meningkatkan tekanan kepada kerajaan Malaysia.

Antara NGO yang disalurkan bantuan kewangan tersebut adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) Transperancy International Malaysia (TIM) dan lain-lain. Klik di sini dan di sini, di sini

Nama-nama aktivis NGO-NGO itu adalah Elizaberth Wong, Tian Chua, Cythia Gabriel, Chang Lih Kang, Amiruddin Saari dan lain-lain yang kesemuanya adalah aktivis hak asasi pro PKR.


Foto : Cythia Gabriel, Nurul Izzah, Sivarasa Rasiah dan wakil Madeline Al Bright, di KLIA


Pada April tahun 2000, NGO Malaysia tajaan Hak Asasi Manusia di PBB itu telah bekerjasama dengan NDI (yayasan Amerika) menghantar Nurul Izzah, anak Anwar ke Geneva berjumpa dan berbincang dengan Mary Robinson. Turut sama dalam rombongan Nurul Izzah itu adalah Cythia Gabriel, Pengarah Urusan SUARAM, Sivarasa Rasiah dan wakil Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang turut menjadi Pengerusi NDI.

Pertemuan Nurul Izzah dan Mary Robinson itu diadakan di pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, di Geneva, Switzerland. Dalam pertemuan itu, Nurul Izzah membangkitkan soal pembebasan ayahnya (Anwar) dan meminta campur tangan pihak-hak luar untuk campur tangan dalam kempen tersebut. Nurul Izzah juga juga membangkitkan soal ayahnya menderita di penjara (yang didakwa diracun arsenik) dan meminta agar pihak asing melobi untuk membenarkan ayahnya mendapat rawatan di Jerman.

Mary Robinson telah menggunakan networkingnya untuk membawa Nurul Izzah berkempen dan melobi kepada Kumpulan Demokrat, Amerika Syarikat. Nurul Izzah diberi ruang untuk mengemukakan kempennya semasa Konvensyen Kumpulan Parti Demokrat di Boston, Amerika Syarikat. Turut hadir dalam konvensyen itu adalah John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Anwar.

Dalam kempen itu Nurul Izzah berkata, ayahnya bakal lumpuh jika tidak dibedah, tetapi dia tidak mahu ayahnya dibedah di Malaysia kerana bimbang sabotaj daripada kerajaan Malaysia, sebaliknya dia memilih pembedahan itu diadakan di Jerman.

Mary Robinson juga turut mengatur pertemuan Nurul Izah dengan pegawai Rumah Putih, Jabatan Negara dan anggota Kongres dalam menjayakan siri kempen antarabangsa itu. Klik di sini

Konspirasi Soros, Al Gore di United Kingdom

Mary Robinson adalah kroni Al Gore, manakala Desmond Tutu pula merupakan kroni George Soros. Dalam masa sama Mary Robinson dan Desmond Tutu merupakan ‘rangkaian sahabat’ dalam Illuminati. Robinson menyertai Trilateral Commission, manakala Desmond Tutu pula menyertai Truth and Reconciliation Commission.

Desmond Tutu bekerjasama dengan Mary Robinson dalam organisasi yang dikenali ‘Realizing Rights The Ethical Globalization Initiative’. Organisasi itu ditubuhkan oleh Mary Robinson pada tahun 2002. Selain Desmond Tutu, Jimmy Carter, bekas Presiden Amerika Syarikat juga turut terlibat. Pengkalan organisasi ini adalah Madison Avenue, Suite 1007 · New York. Klik di sini

Dari organisasi ini kemudiannya dikembangkan menjadi satu organisasi lain yang dikenali sebagai The Elders yang ditubuhkan pada tahun 2007. Organisasi ini diketuai oleh Desmond Tutu dan berpusat di London. The Elders disponsor oleh Soros melalui orang kanannya bernama Princess Mabel van Oranje. Klik di sini dan di sini

Paderi Desmond Tutu dan Mary Robinson serta organisasinya merupakan penyokong kumpulan homoseksual antarabangsa [Klik di sini ] Dalm isu kontroversi seorang lelaki gay bernama Gene Robinson dilantik sebagai Paderi Besar di New Hampshire Amerika Syarikat pada tahun 2003, Desmond Tutu, di antara paderi-paderi yang menyokong pelantikan tersebut. Klik di sini dan Klik di sini

Selain dari menjadi paderi di Afrika Selatan, pengkalan utama Desmond Tutu adalah London. Beliau pernah berkhidmat selama 3 tahun di UK pada tahun 1972 sebagai Timbalan Pengarah the Theological Education Fund of the World Council of Churches. Selain itu, beliau juga mempunyai yayasan sendiri berpengkalan di UK yang dinamakan The Tutu Foundation. Klik di sini

Mary Robinson juga berpengkalan di London. Robinson merupakan penasihat syarikat Al Gore yang berpengkalan di London yang dinamakan Generation Investment Management. Klik di sini

Jadi berdasarkan latar belakang di atas, adakah kita masih belum dapat menjejaki hubung kait Soros dan Al Gore melalui dua orang perantaranya Mary Robinson dan Desmond Tutu ?

Sekarang kita imbas kembali, kenapa selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh Anwar bersusah payah ke Afrika Selatan menemui Desmond Tutu pada 1 Disember 2004 ? Kenapa tidak berjumpa Dr Yusof Al Qaradawi, ulamak Islam yang sering diwar-warkan Anwar di Malaysia ? Klik di sini

Bagi Anwar Desmond Tutu merupakan tokoh yang lebih penting berbanding dengan Dr Yusof Qaradawi kerana paderi itu mempunyai rangkaian antarabangsa yang meluas di United Kindom dan Amerika Syarikat. Lagi pun ketika itu hasrat Anwar adalah untuk berhijrah ke negara Barat, jadi ‘restu’ daripada paderi pro homoseksual amat penting.

Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review mendedahkan dalam rencananya “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” [klik di sini] membongkar bagaimana peranan tiga tokoh Yahudi (Soros. Al Gore & Wolfowitz) yang membantu penjenamaan semula imej Anwar Ibrahim, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Tokoh yang mula-mula membawa Anwar ke luar negara adalah George Soros. Hasil jaringan Soros, Anwar telah ditempatkan ke United Kingdom, menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford.

St Anthony College merupakan salah satu kolej di bawah Universiti Oxford yang dipengerusikan oleh rangkaian Soros bernama Christopher Patten. Christopher Pattern terlibat dalam dalam dua organisasi tajaan Soros iaitu ECFR (European Council on Foreign Relations) dan ICG (International Crisis Group). Klik di sini dan di sini

Sekarang kita kembali bertanya soalan, kenapa Al Gore melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group semasa pertemuan di One Vine Street, London (pejabat Al Gore) pada 22 Februari 2005 ? Klik di sini

Bukankah ini maksud ‘perkongsian aset’ seperti yang ditulis Mike Billington ? Berkongsi aset yang sama, seorang muslim yang pernah didakwa melakukan aktiviti homoseksual oleh tiga orang Yahudi iaitu Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

[Nota : Siri ‘Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat’ ditamatkan di sini, kerana selepas ini Anwar akan menetap di Amerika Syarikat.  United Kingdom hanya transit sementara, selepas ini, beliau meneruskan perjalanan yang panjang di Amerika Syarikat.  Beliau berada di sana selama dua tahun, bermula dari penghujung 2005-hingga pertengahan 2007.  Apa yang Anwar lakukan di sana ? Di sini bermulalah episod baru yang bakal ditulis bertajuk ‘Menjejaki Lingkaran Anwar & Zionis “]

Anda ingin membaca artikel-artikel lain, sila daftar di egroup AIDC. Klik di sini

1. Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat

2. Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (2) – Risikan CIA

3. Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (3) – Desmond Tutu

4. Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (4) – Bermula di United Kingdom

5. Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (5) – Al Gore

6. Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (6) – Soros

Trackbacks/Pingbacks

  1. Irshad Manji Buka Networking Anwar.. | MINDA AIDC - May 27, 2012

    […] bermastautin di Amerika Syarikat. Bacaan lanjut sila klik di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan […]

  2. Setiap Kali Hampir Kes Liwat, John Mallot Akan Muncul | AIDC - February 11, 2011

    […] jawatan Timbalan Perdana Menteri sehingga dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini di sini, sini, dan di […]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE