Kenapa Muka Anwar Semakin Buruk ?

AIDCNews – 08/09/11 – Sama ada anda perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini raut muka Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak semakin buruk dan terlalu tua hinggakan tidak sepadan dengan usianya yang telah mencecah 63 tahun.

Perubahan muka Anwar semakin ketara apabila beliau memakai pakaian Melayu dan bersongkok, hinggakan malaysiakini tv terpaksa menggunakan audio dengan menggantikan wajah lain yang lebih ceria ketika merakamkan wawancara Anwar sempena dengan sambutan Aidifitri di Permatang Pauh baru-baru ini.

Walaupun Malaysiakini berusaha untuk melindungi rakaman sebenar wajah Anwar ketika wawancara itu, namun channel GPB2020 berjaya merakamkan dan menyebarkan kepada umum.

Persoalannya kenapa Malaysiakini tidak mahu menyiarkan wajah Anwar yang terkini dan diganti dengan wajah Anwar yang tidak bersongkok dan berbaju Melayu ?

Adakah Malaysiakini bertindak sebagai perunding imej kepada Anwar ? Menyiarkan muka-muka Anwar yang nampak ‘berkarisma’ dan membuang serta mengantikan dengan muka lain, jika muka Anwar itu nampak terlalu buruk dan tua ?

Perhatikan raut muka yang dipamerkan oleh Malaysiakini dalam video di atas (kanan) dengan raut sebenar muka Anwar yang terkini seperti yang dirakamkan oleh channel GPB2020 di sebelah kiri.

Dalam mengupas perkara sama blogger azlantaib.blogspot.com berkata muka Anwar kelihatan semakin cengkung. Walau pun beliau cuba untuk mempamerkan wajah ceria, tetapi semakin menyerlah wajahnya hilang seri.

Malah ada di kalangan pengunjung laman ini tidak sanggup melihat wajah terkini Anwar, kerana semakin diteliti semakin terbayang persamaan yang semakin ketara dengan lelaki dalam video yang melakukan adegan seks dengan pelacur sepertimana yang pernah dibongkarkan sebelum ini.

Blogger RBF Online pula turut menyentuh perkara sama ketika membandingkan muka Anwar dengan muka Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, walaupun muka Tun Mahathir berusia menghampiri 90 tahun, namun wajahnya jauh lebih berseri dan tenang berbanding dengan wajah Anwar yang berusia 60 an.

AIDCNews pada 1 Ogos lalu mendedahkan ketika Anwar sedang semakin dimamah usia 63 tahun sudah semakin ramai sahabat-sahabatnya di dalam dan di luar negara yang telah meninggal dunia.

Mereka adalah Datuk Syed Ahmad Jamal, Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Abdurahman Wahid (Gus Dur), Nurcholish Madjid, Muhammad Imaduddin Abdulrahim (Bang Imad), W. S. Rendra dan lain-lain.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE