PARADIGMA POLITIK BARU

Demokrasi Apa Sedang Dikerjakan Anwar & NGO BERSIH ?

AIDCNews – Demokrasi apa yang sedang dikerjakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pakatan bersama dengan NGO-NGO BERSIH ?

Pertanyaan ini dibuat berasaskan kenyataan Anwar Ibrahim di New York (2005) dan dua orang kuat BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah (2011) yang memberitahu bahawa demokrasi yang mereka sedang kerjakan tidak sama dengan yang difahami oleh rakyat biasa di Malaysia.

Lebih menarik lagi demokrasi yang diusahakan oleh ketiga-tiga tokoh Malaysia itu direstui dan dibiayai oleh yayasan dana Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) khususnya, NED (National Endowment for Democracy), milik kumpulan neocons AS dan OSI (Open Society Institute), milik George Soros.

Jadi ini akan menimbulkan satu persoalan yang lebih menarik, demokrasi apa yang dikerjakan Anwar, Ambiga dan Maria yang direstui dan dibiayai oleh dana Yahudi itu ?

Anwar Ibrahim pada 1 Disember 2005 telah dijemput oleh FPA (The Foreign Policy Association) dan NED (The National Endowment for Democracy) berceramah tajuk “The Future of Muslim Democracy” di Forum Demokrasi, New York.

Dalam ceramah Anwar yang dipengerusikan oleh Carl Gershman, seorang Yahudi yang menjadi Pengerusi NED, Ketua Umum PKR itu mendakwa beliau sedang melaksanakan kerja-kerja demokrasi di Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh NED di seluruh dunia.

“Di negara saya, Malaysia apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, ia telah dinyatakan dalam pengisytiharan kemerdekaan bahawa negara baru yang makmur berasaskan prinsip keadilan dan kebebasan.

“Malangnya prinsip keadilan dan kebebasan (itu) dilupakan dan peruntukan kebebasan asas yang termaktub dalam perlembagaan secara progresifnya telah dikompromi dan dihakis oleh kumpulan pemerintah”, kata Anwar.

Sila rujuk video di atas dari minit 0.14 hingga 0.55.

Menyentuh tentang kebimbangan masyarakat Barat tentang Parti Islam Malaysia (PAS) yang sedang didampingi Anwar, Ketua Umum PKR itu memberi jaminan bahawa parti PAS di bawah kawalannya di Malaysia telah mengubah prinsip dari teokrasi kepada teo-demokrasi.

“Sekarang sudah tentu terdapat kebimbangan yang akan dibincangkan kerana sesetengah Parti Islam yang telah menyertai proses demokratik (yang dahulunya) dikenali umum sebagai pendokong teokrasi (Negara Islam) dan kemudian mereka (Parti Islam) telah mengubahnya kepada teo-demokrasi.

“Dan mereka sedang melalui kematangan dalam proses tersebut..pengalaman saya yang terhad di Malaysia, saya bekerja dalam satu pakatan, (satu pihak) yang Liberal (DAP), (satu pihak lagi) Parti Islam (dan saya pula mewakili) Parti Keadilan,” katanya.

“Jadi paling penting adalah penglibatan…Kita mesti ada keberanian, keyakinan untuk terlibat”, katanya.

Rujuk minit minit 1.26 hingga 2.53.

Anwar memberitahu kepada kelompok Yahudi pembuat dasar luar Amerika Syarikat itu bahawa dengan keberaniannya terlibat dengan Parti Islam, maka Parti Islam itu telah membuang prinsip yang dipegangnya selama ini.

“Pada fikiran saya ianya (penglibatan) perlu kerana dalam pengalaman saya yang terhad dengan Parti Islam yang sebelum ini cukup dikenali sebagai penyokong kuat yang bercita-cita untuk mempratikkan Undang-Undang Islam juga sebuah Negara Islam..

“Sekarang (perjuangan menegakkan) Negara Islam bukan lagi agenda kami”, katanya.

Rujuk minit 3.11 hingga 3.25.

Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo’ bererti rakyat atau masyarakat dan `cracy’ bererti pemerintahan atau undang-undang.

Abraham Lincoln menyatakan bahawa demokrasi merupakan kerajaan yang dipimpin oleh rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan setiap individu mendapat hak yang sama.

Persoalan Murtad

Sebaik sahaja Anwar menghabiskan ceramahnya, seorang peserta bangkit membuat ulasan bahawa ‘perjuangan demokrasi dan kebebasan’ berkait rapat dengan kebebasan beragama dan menukar agama.

Menurutnya, isu kebebasan menukar agama merupakan persoalan asas dalam demokrasi dan kebebasan, namun di negara Turki yang Anwar sebut sebagai model Negara Muslim Demokrasi juga tidak mampu mempratikkan amalan tersebut.

Anwar berkata, Turki sebenarnya dalam proses menuju kematangan dalam proses demokrasi.

“Khusus berkenaan soalan (anda) tentang menukar agama (murtad), saya fikir terdapat perdebatan di kalangan kelompok Muslim berkenaan perkara ini (murtad).

“Maksud saya terdapat debat di Malaysia, Indonesia, Turki dan Timur Tengah. Sebenarnya terdapat satu penerbitan (yang dilakukan oleh) IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang (ditulis oleh) Sheikh Taha (Jabir al Alwani) yang membahaskan hukuman mati kepada Muslim (yang murtad) tidak dapat dipertahankan melalui undang-undang”, katanya.

Menurut Anwar, beliau tidak boleh menghuraikan lanjut berkenaan isu murtad kerana dibimbangi akan mengorbankan agenda perubahan dan kebebasan yang akan dilakunya dalam masyarakat Islam.

“Secara bijaknya, anda harus bergerak mengikut cara anda dan timbulkan polemik debat itu berlaku supaya muslim di Turki dan negara-negara (Muslim) lain akan sedar,”katanya.

Rujuk minit ke 3.54 hingga 4.52


Kebebasan Beragama

Mengikut kaca mata Barat makna demokrasi amat berkait rapat dengan hak kebebasan individu khusus dalam mempraktikan amalan kebebasan beragama.

Perkara ini semakin jelas apabila peserta seterusnya masih mengaitkan pergertian demokrasi dengan kebebasan beragama.

Peserta itu meminta komen Anwar tentang langkah-langkah yang paling berkesan khususnya dalam bidang penerbitan (kebebasan bersuara) dalam menjayakan misi demokrasi itu.

Menurut Anwar, beliau telah bekerjasama memberi idea kepada pelbagai pihak khusus CSID (Center for the Study of Islam and Democracy) dan NED untuk menjayakan misi demokrasi di negara Islam itu.

“Terdapat banyak usaha ke arah itu. Saya telah ditunjukkan penerbitan terbaru oleh CSID di Amerika Syarikat dalam cadangannya melaksanakan isu perubahan tentang media, pilihanraya, badan kehakiman yang bebas.

“Sebenarnya, saya juga turut mencadangkan kepada NED menaja perterjemahan karya agung oleh Tocqueville (Alexis de Tocqueville) atau Jefferson (Thomas Jefferson, Bekas Presiden Amerika Syarikat yang dianggap bapa kebebasan beragama) kerana jika Muslim membaca teks ini, walaupun tidak setuju sepenuhnya..Vox Populi, Vox Dei (maksudnya Suara Rakyat adalah Suara Tuhan)..Isu ini perlu diketahui oleh dunia Islam”, katanya.

Rujuk minit 0.41 hingga 1.44

Menurutnya perkara seperti itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik di negara Islam kerana tidak ada kebebasan media di negara-negara Islam kecuali di Indonesia dan Turki.

Pemerintah di negara-negara Islam itu telah mengawal supaya idea-idea demokrasi itu tidak sampai kepada rakyat.

“Jadi ia perlu dipengaruhi dari luar. Tetapi kaedahnya tidak boleh dibuat secara kasar, memaksa atau bersifat imperalistik. Kaedahnya secara halus, idea demokratik yang boleh dikongsi oleh orang lain”, katanya

Rujuk minit 2.04 hingga 2.14

Carl Gershman, Presiden NED yang bertindak sebagai pengerusi majlis turut menjelaskan lagi apa itu CSID yang telah ditajanya.

“Maklumat tambahan, apabila Anwar Ibrahim menyebut tentang CSID, mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bahawa organisasi ini berpengkalan di Amerika Syarikat yang dipanggil sebagai The Center for the Study of Islam and Democracy. Anda boleh layari laman webnya dan akan dapat lihat banyak hasil karya dan subjek yang telah kita bincangkan di CSID”, katanya.

Kes Murtad Lina Joy

Sementara itu Pengerusi BERSIH 2.0, Ambiga Sreenevasan pernah dianugerahkan “International Women of Courage” oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2009 kerana sumbangannya melaksanakan kerja-kerja demokrasi di Malaysia khususnya dalam memperjuangkan kedaulatan undang-undang, memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama.

“Datuk Ambiga telah muncul sebagai suara yang kuat untuk toleransi dan keadilan, dan telah memberi kesan langsung kepada pembaharuan kehakiman di Malaysia, yang menyumbang kepada pengukuhan peranan wanita dalam masyarakat sivil,” kata kenyataan itu. Klik di sini

Bekas pelajar Convent Bukit Nanas itu merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007-2009 dan merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia.

Ambiga merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan individu yang terlibat dalam guaman kes murtad di Malaysia khususnya dalam kes Lina Joy.

Beliau pernah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah “Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan”, dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.

Semasa menjadi Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang mendesak 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut. Klik di sini dan sini dan sini

Hak Sama Rata

Maria Chin Abdullah sering kelihatan bersama Ambiga ketika penganjuran BERSIH 2.0.

Walaupun BERSIH 2.0 mendakwa mendapat dokongan daripada pelbagai NGO, namun yang banyak kedepan dan sering menjadi jurucakap BERSIH 2.0 adalah Ambiga atau Maria.

Ramai di kalangan aktivis NGO berpendapat, jika dikatakan BERSIH 2.0 adalah anjuran NGO atau masyarakat sivil, maka individu yang paling tepat diletakkan sebagai ketua adalah Maria, berdasarkan latar belakangnya serta keaktifannya dalam akvitisme NGO di Malaysia khususnya yang berkaitan dengan feminisme, Islam Liberal (Renaissance) dan hak asasi manusia.

Jaringan NGO yang dikawal Maria pelbagai bentuk serta mempunyai networking yang luas sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2007, Maria melalui NGOnya, CDW (Women’s Development Collective) menerbitkan satu buku bertajuk “Working for Democracy”.

Buku ini ditulisnya bersama dengan beberapa penulis dan aktivis iaitu Anil Netto, Cecilia Ng Choon Sim, Jac sm Kee, Shaila Koshy dan Susanna George yang terlibat dalam aktivisme masing-masing

Misalnya Anil Netto adalah aktivis Kristian yang juga seorang penganalisis serta penulis di Malaysiakini, Aliran Monthly, Inter Press Service, Asia Times, dan The Herald.

Dr. Cecilia Ng Choon Sim, aktivis feminisme yang merupakan antara pengasas penubuhan NGO AWAM (All Women’s Action Society) dan CDW.

Manakala Jac Sm Kee pula salah seorang tulang belakang dalam aktivisme LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) Malaysia yang merupakan pengasas KRYSS (Knowledge & Rights with Young People through Safer Spaces), salah satu NGO LGBT Malaysia dan Pengarah CIJ (Centre for Independent Journalism).

NGO EMPOWER yang dipimpin oleh Maria sinonim dengan perjuangan feminisme dan LGBT. Selain itu, Maria juga merupakan tulang belakang di sebalik NGO NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity) dan SIS (Sister In Islam).

Jadi, jika Anwar, Ambiga dan Maria sedang bekerja keras ke arah mendemokrasikan Malaysia, apakah makna sebenar demokrasi mengikut kaca mata mereka ?

Agenda Rahsia Anwar-Ambiga

Apakah Sekarang Era NGO Feminism & Islam Renaissance ?

Carta : Dana Asing Taja BERSIH ?

13 Comments

  1. anon says:

    demokrasi anjuran NED kumpulan pemikir yahudi zion :: pandai anwar memberi idea dalam CSID supaya PAS beralih kpd perjuangan teo-demokrasi :: kerajaan rakyat bertuhan triniti > kerajaan kristian dambaan sosialis agama samarata DAP yg terperangkap dgn muslihat tipu daya anwar alat kepada NED yahudi zion makam 33 :: kita nak tahu apa hukuman kpd alat yg gagal dlm misinya
    teo-demokrasi bertuhankan makhluk

  2. CT.Kudin says:

    Demokrasi Barat aka Demokrasi Dajjal namanya ini. Telah menjadi kenyataan satu demi satu peringatan Rasululllah SAW kepada ummah bahwa di akhir zaman berwaspadalah dengan segolongan manusia yang sangat pandai membuat tipu daya dan helah atas nama kebaikan untuk memesongkan akidah ummat Islam dari jalan dan ajaran Allah. Mereka ini sebenarnya tidak beriman kepada Allah yang Maha Esa tetapi adalah munafikun yang berpura-pura beragama dan berakhlak mulia semata-mata demi mencapai kepentingan dunia dan nafsu mereka menguasai manusia lain.

  3. backdoor says:

    Dia nak total demokrasi. contohnya kalau seorang anak itu memilih untuk menjadi gay, so keluarga kena terbuka dan menerima. Mcm tu lah jugak dalam kes anwar. So kalau anwar suka meliwat, isteri, anak dan keluarga serta masyarakat kena terima dan berfikiran terbuka. Mcm tu juga lah dalam kes murtad dan sebagainya. Tak ade bantahan dan tak ade kekangan. Semua atas dasar demokrasi dan hak asasi manusia. Bodoh punya manusia nih….senang cerita siapa yang menyokong baruah nih.,,makna nya dia menyokong apa yg saya komen tadi….memang islam tak halang demokrasi dan hak asasi tetapi Allah telah menggariskan panduan dalam Al-Quran yakni demokrasi yang ade kawalan dan bukannya total demokrasi sembrono anwar ibrahim ciptaan amerika….fikirlah dalam2……

  4. DADDY WANT TO KNOW says:

    Demokrasi pada pandangan Anuar hanyalah dari segi nak jadi murtad saja, supaya dia boleh tutuh depan belakang la tu….. Anuar hang tak mau tutuh ambiga ke, dia kemut kuat tu…

  5. basry says:

    Ini anwar bukannya peduli tentang jenis dan konsep pemerintahan.
    Yang penting bagi dia ialah dia mahu menjadi ketua kerajaan walapun disebalik tabir hanya menjadi barua kepada kuasa asing.

  6. melayuraya says:

    Dia ni memang pemusnah bangsa Melayu!!!

    • THE WATCH says:

      Dengan wang yang dia perolehi dari pihak Yahudi dia gunakan untuk mempengaruhi orang2 Pas sehinggakan pemimpin Pas terpaksa akur supaya mereka tak disingkirkan.Alhamdullillah Mufti Selangor pun dah mula membuka mulut untuk menyokong Hasan Ali dan tindakan Jais.Yang benar tetap benar.

  7. usop wilcha says:

    WOI BEBUDAK HINGUSAN M’SIA YG BERDEMO BERSIH KONON TIME NAJIB KAT LONDON DULU…LU WORANG APA CERITA SEKARANG??? APA LAGI…KASI KELUAR LAH DEMO SAMA-SAMA KAT LONDON…ADA BERANI KA?? DEMOKRASI APA….BELAKANG SATU WORANG BUDAK M’SIA SUDAH KENA BELASAH DAN DIROMPAK OLEH DEMONSRATOR, KELUAR GAMBAR DALAM BERITA KAT TV TADI….ITULAH…NAK BERDEMO SANGAT…AMBIK KAU….

    • dirk says:

      kalau puak hingusan ni berdemo kat london kompon menangis kena bedal ngan polis london…tgk mcam mana polis london buat kat budak berdemo tu ..kalu kat melaysia…em puak2 ni melalak la konon polis kejam..

  8. labu says:

    Wei ambigalegam. Jom kita pergi London. Sana tengah ada Bersih 3.0. Siap ada anachy, loothing lagi. Baru thrill. Padan muka pada Rakyat Malaysia di UK yang berdemo masa lawatan PM Najib. Sekarang anda dapat rasa “people’s power”, samapi takut keluar rumah.

  9. usop wilcha says:

    INGAT!!! KALAU TAK TIPU BUKAN ANWAR IBRAHIM NAMANYA….

  10. khahar muzafar says:

    Tunggu apa lagi? Sampai dah terbukti Lahanat ini telah
    menghancurkan Islam dan negara baru nak bertindak?
    DAH TERLAMBAT

  11. ooo murtad hukuman mati ya… taktahu plak, cara mcmana ya… kena gantung ke, kena pancung ke, kena rejam ker, kena sula ker

Leave a Comment

 

— required *

— required *