PARADIGMA POLITIK BARU

Kerana BERSIH Gagal, Disebar Pula Berita Anwar Cedera ..

AIDCNews – 09/07/11 – Rata-rata pemerhati menyifatkan perancangan BERSIH untuk menimbulkan impak seperti tahun 2007 telah menemui jalan buntu dan berakhir dengan kegagalan.

Dato Ambiga Sreenevasan, pengerusi BERSIH terpaksa mengaku kalah dan tidak berjaya sampai ke Stadium Merdeka sepertimana yang dihajatinya.

Beliau ditahan polis di KL Sentral semasa bersama para penyokongnya berusaha merempuh benteng polis pukul 2.20 petang tadi.

“Ambiga tidak dapat apa-apa hari ini, kecuali kena semburan gas pemedih mata dan ditahan polis”, kata pemerhati di KL Sentral

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula lebih banyak berkurung di KL Hilton.

Ketika sidang media BERSIH di Hotel KL Hilton 3.30 tadi, Anwar tidak hadir, sebaliknya anaknya, Nurul Izzah Anwar dan peguam setianya, N Surendran hadir memberikan kenyataan.

Manakala PAS pula diwakili Dr Syed Azman mewakili pihak PAS.

Dalam sidang media itu, ketiga-tiga pemimpin itu tidak bercakap berkenaan pilihanraya, sebagaimana matlamat asal penganjurannya, sebaliknya dijadikan medan untuk mengutuk pihak polis kononnya polis bertindak kejam yang menyebabkan kecederaan kepada Anwar Ibrahim.

Mereka turut memperbesar-besarkan cerita Anwar cedera yang kini kata mereka Ketua Umum PKR itu telah dihantar ke Hospital Pantai.

Menurut blog The Unspinners, Anwar tidak cedera seperti mana yang diwar-warkan, tetapi mastermind BERSIH itu berlakon sakit untuk dihantar ke Hospital Pantai.

Ramai yang berpendapat memperbesar-besarkan berita kecederaan Anwar semata-mata untuk menutup kegagalan demo BERSIH.

Ada di kalangan pemerhati bertanya, penyembur air FRU boleh menyebabkan Anwar cedera kah ?

“Anwar tidak ikut berarak seperti dikatakan. Dia lari masuk balik ke hotel Hilton.

“Polis dah tunggu dan tangkap di luar Hilton. Semasa tangkapan itu, Anwar tak cedera tapi dikatakan cedera oleh Spin Master. Yang nampak dalam gambar berikut adalah sedikit semburan pada bodyguard dia.

“Tapi kaki penipu dan auta ni berlakun sakit dan di hantar ke Hospital Pantai pakai Ambulan. Ini mesti nak dapatkan MC untuk lari dari bicara Julai 13hb”, lapor The Unspinners. Klik di sini

Sementara itu, peserta-peserta demo BERSIH yang ditahan polis tadi telah di tempatkan di Pusat tahanan sementara yang dipercayai bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

kesemua mereka yang ditahan diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.

Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

162 Comments

  1. Halim says:

    Lebih ramai MELAYU yang diperbodohkan oleh si AMBIGA. Cina dan India bijak dan tidak dapat diperbodohkan. Jelas menunjukkan bahawa Melayu sukar untuk bersatu.

  2. bapak tiri says:

    ingat satu jer..siapa AMBIGA? peguam lina joy yang tak reti bahasa dan tak tau apa2 tentang hukum islam…Ini yg org melayu/islam sokong sangat?

  3. HAMSOR says:

    cina semua bersatu dalam DAP..entah2 cina2 dalm MCA dan GERAKAN pun undi DAP masa pilihanraya..yg india pulak akan undi en-bloc mana2 parti yg dorang rasa tolong dorang at that time, but their votes alone don’t count that much..unless campur undi Cina la…

    yg masalah nyer, Melayu…dah berpecah-belah..sapa punca dia?? fikir2 kan lah…kalau nak tukar kerajaan pun tunggu PRU 13…kalau korang dah menang nanti, tunggu la pulak UMNO ke patriot ke buat demo pulak…budaya politik jalanan ni sapa bawak ke Malaysia???? fikir2 kan lah….

  4. kakak says:

    Saya hairan siapa agaknya di antara mereka yang geng baju kuning tu? Mesti ada yg dapat PTPTN/biasiswa/pinjaman, kerja kerajaan, kerja GLC, kerja syarikat swasta yg dapat kemudahan infrastruktur projek mamoth dari GTP, ECER dll, mempunyai majikan yg bergantung kepada projek kerajaan. dapat kesenangan dari DEB, MBE, belanjawan setiap tahun, program TEKUN, barang subsidi, naik LRT, dapat rumah rakyat, ahli FELDA, belajar di IPTA milik kerajaan, pakai kereta negara dan banyak lagi. Kalau tidak dari mereka siapa lagi? Sebab di Malaysia banyak sangat pembanguanan dibuat. Mustahil dia orang tidak menikmatinya !!
    Sampai masa dek nak ikutkan Ambiga dan Anwar, sanggup melonjak-melonjak di jalan raya berarak sambil menjerit. Lepas itu makan/minum free, siap makanan dikateringkan, rihat bawah khemah macam orang tak besalah!
    Kalau betul hendak berjuang, berlaparlah, usah terima makanan itu. Bawa bekal sendiri. Kata kerajaan tak Islamik! Tentu duit bayar katerer tak halal (konon!)
    Tengok pejuang kat India (yg betul-betul pejuang) sanggup berpuasa demi memperjuangkan pentadbiran yang mereka anggap korupsi. Yang baik tak mahu dijadikan contoh!
    Jadi jelas pendemo-demo itu semua plastik sahaja. Bukan ikhlas. Main ikut-ikut aja. (Mungkin ada habuan?. Tak taulah !) Allah Yang Mengetahui isi hati mereka.

    • Inna Lillah says:

      Nampaknya penyokong parti negara berkebajikan mendapat bantuan kebajikan yer kat bawah khemah pulapol..nape tak parti pas buat satu khemah khas utk peserta perhimpunan bersih mendapat kebajikan semasa berdemonstrasi…ada otak kena pakai beb…

Leave a Comment

 

— required *

— required *