Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar

Oleh Medan Info Kita – Sudah pasti ramai yang cukup mengenali wajah salah seorang pengacara siaran pagi di TV3, Malaysia Hari Ini [MHI]. Wajah wanita bertudung diatas itu adalah Wardina Safiyyah….

Wardina Safiyyah 32 tahun, mula melonjakkan namanya ketika melakonkan watak dalam siri sitcom telivsyen “Spanar Jaya” bersama Opie Zami anak Allahyarham Zami Ismail.

Ketika itu Wardina belum lagi bertudung…, membawa imej gadis seksi dan memiliki wajah kacukan….

Mutakhir ini, kemunculan Wardina hanya boleh kita tatapi setiap pagi menerusi slot MHI di saluran TV3 yang dikuasai pengurusannya oleh Media Prima.

Baru baru ini Wardina pernah menggemparkan pentas politik media maya menerusi perang Facebook, Tweeter dan Blog apabila tercetusnya cerita Wardina secara sinis mahu aktif politik tetapi bukan bersama komponen kerajaan BN….

Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program PKR yang “berselindung” disebalik nama program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat, tetapi… hakikat sebenarnya program untuk mempromosikan BERSIH…

Gambar hadirin yang datang dengan mengenakan warna kuning, lihat dengan teliti beberapa krew penganjur pentas yang memakai T Shirt BERSIH….

Gambar di bawah ini pula…, Wardina sedang berucap dalam majlis tersebut…!!

Manakala gambar di atas ini pula, Wardina bersantai untuk duduk minum minum dengan pimpinan PKR, Azmin Ali dan Nik Nazmi. Malah yang duduk bertentangan dengan Wardina dengan jelas mengenakan pakaian T Shirt BERSIH…

Seronoknya hidup yang sedang dinikmati oleh Wardina! Beliau dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3 tetapi secara terbuka sudah berani menunjukkan sokongannya terhadap Pakatan Pembangkang. 

Apakah Wardina akan menjejaki tapak tapak kaki Ustaz Bob Lokman tak lama lagi..? Dengan segala bukti ini, adakah pihak Media Prima dan TV3 hanya akan berdiam diri…??

Semoga apa yang berlaku sewaktu siaran Maharajalawak tidak berulang… Masih ingat lagi bagaimana ketika itu Bob Lokman hadir dengan memakai jubah membuat pengumuman secara live yang tidak ada langsung dalam skrip penerbit….

Mana tahu nanti tiba tiba Wardina Safiyyah akan lakukan perkara yang serupa..?

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE