PARADIGMA POLITIK BARU

Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar

Oleh Medan Info Kita – Sudah pasti ramai yang cukup mengenali wajah salah seorang pengacara siaran pagi di TV3, Malaysia Hari Ini [MHI]. Wajah wanita bertudung diatas itu adalah Wardina Safiyyah….

Wardina Safiyyah 32 tahun, mula melonjakkan namanya ketika melakonkan watak dalam siri sitcom telivsyen “Spanar Jaya” bersama Opie Zami anak Allahyarham Zami Ismail.

Ketika itu Wardina belum lagi bertudung…, membawa imej gadis seksi dan memiliki wajah kacukan….

Mutakhir ini, kemunculan Wardina hanya boleh kita tatapi setiap pagi menerusi slot MHI di saluran TV3 yang dikuasai pengurusannya oleh Media Prima.

Baru baru ini Wardina pernah menggemparkan pentas politik media maya menerusi perang Facebook, Tweeter dan Blog apabila tercetusnya cerita Wardina secara sinis mahu aktif politik tetapi bukan bersama komponen kerajaan BN….

Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program PKR yang “berselindung” disebalik nama program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat, tetapi… hakikat sebenarnya program untuk mempromosikan BERSIH…

Gambar hadirin yang datang dengan mengenakan warna kuning, lihat dengan teliti beberapa krew penganjur pentas yang memakai T Shirt BERSIH….

Gambar di bawah ini pula…, Wardina sedang berucap dalam majlis tersebut…!!

Manakala gambar di atas ini pula, Wardina bersantai untuk duduk minum minum dengan pimpinan PKR, Azmin Ali dan Nik Nazmi. Malah yang duduk bertentangan dengan Wardina dengan jelas mengenakan pakaian T Shirt BERSIH…

Seronoknya hidup yang sedang dinikmati oleh Wardina! Beliau dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3 tetapi secara terbuka sudah berani menunjukkan sokongannya terhadap Pakatan Pembangkang. 

Apakah Wardina akan menjejaki tapak tapak kaki Ustaz Bob Lokman tak lama lagi..? Dengan segala bukti ini, adakah pihak Media Prima dan TV3 hanya akan berdiam diri…??

Semoga apa yang berlaku sewaktu siaran Maharajalawak tidak berulang… Masih ingat lagi bagaimana ketika itu Bob Lokman hadir dengan memakai jubah membuat pengumuman secara live yang tidak ada langsung dalam skrip penerbit….

Mana tahu nanti tiba tiba Wardina Safiyyah akan lakukan perkara yang serupa..?

296 Comments

  1. symsudin says:

    Tok sah gaduh2… mari renung firman2 Allah di bawah: -

    Taha : 132
    Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

    Al Mu’minuun : 19
    Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

    Al Mu’minuun : 21
    Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

    Az Zumar : 52
    (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).

    Asy Syuraa : 27
    Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata

    Adz Dzaariyaat
    [56]
    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
    [57]
    Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
    [58]
    Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

    At Tallaq : 3
    Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu

    Al Fajr : 15
    (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”
    [16]
    Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”

  2. Abu Qawi says:

    “Seronoknya hidup yang sedang dinikmati oleh Wardina! Beliau dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3 tetapi secara terbuka sudah berani menunjukkan sokongannya terhadap Pakatan Pembangkang. ”

    Maka benarlah kata2 Anwar bahawa TV3 sebenarnya bukan media bebas sebaliknya alat picisan kerajaan BN untuk memburukkan lawan…tak gentleman langsung…kalau menang, menang bangsat.. kalau kalah, kalah dgn penuh aib…

Leave a Comment

 

— required *

— required *