PARADIGMA POLITIK BARU

Zulkifli Noordin : Kes Saiful Punca Keraguan Saya Pada Anwar

AIDCNews – 16/06/11 – YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen bebas Bandar Baru Kulim mengakui keraguannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca dari kes liwat II yang membabitkan seorang pemuda bernama Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zulkifli mula meragui Anwar semasa melihat reaksi pelik Ketua Umum PKR itu pada 28 Jun 2008, di Quality Hotel, Shah Alam, sebaik sahaja mendapat tahu bekas pembantu, Mohd Saiful telah membuat laporan polis diliwat.

Menurutnya, terdapat perbezaan yang ketara Anwar menghadapi kes liwat I dengan kes liwat II yang menyebabkan di kalangan aktivis-aktivis PKR mula tertanya-tanya di antara satu sama lain.

Katanya dalam kes liwat I, Anwar mengambil pendekatan melawan, manakala dalam kes liwat II, Anwar mengambil sikap terbalik, iaitu berusaha melarikan diri.

Zulkifli, bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) menceritakan secara terperinci kejadian-kejadian yang meragukan itu ketika ditemui di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

AIDC : YB ada mengatakan, kes liwat Saiful telah meragukan ahli-ahli PKR dan termasuk YB sendiri. Kenapa YB berkata begitu ?

Kita kena faham, kes Saiful ni berbeza dengan kes Azizan dulu. Kes Azizan dahulu, saya bertindak sebagai peguam.

(Sebagai) peguam.. membela seseorang dalam kes jenayah ada dua sebab. Sama ada percaya orang itu ataupun walaupun tak percaya, namun tetap membela kerana mahu orang itu (tertuduh) ada pembelaan yang baik.

Barisan peguam bela Anwar kes liwat 1. Dari kiri; Raja Aziz Addruse, Sankara Nair, Gurbachan Singh, Christopher Fernando (Ketua Pasukan Peguam Bela) dan Zulkifli Noordin

Dalam kes Anwar Ibrahim 1998, kami (peguam) sembilan orang. Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria, Christopher Fernando, Pawancheek Merican, Gurbachan Singh, Kamar Ainiah, Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair dan saya.

Saya ingat lagi perbincangan awal iaitu sama ada kita nak bela Anwar atau tidak. Sebab ada antara peguam kat situ, tidak percaya dengan Anwar sebenarnya.

Ada juga (yang tidak percaya) ?

Ya..ya betul. Tak percaya kat Anwar. Raja Aziz dan mendiang Christopher beritahu kepada kami. Saya ingat lagi masa itu.

Saya antara peguam yang paling muda walaupun saya dah bertahun juga dalam praktik dalam guaman, tapi dari segi umur saya yang paling muda. Tapi saya rapat dengan mereka.

Saya ingat lagi mereka kata, kita jangan ambil bayaran guaman daripada Anwar. Saya ingat lagi, jangan ambil satu sen pun.

Maksudnya?

Maknanya, jangan kita ada rasa terhutang budi. Kita bela dia (Anwar) bukan kerana kita percaya pada dia tetapi kerana mahu dia ada pembelaan yang baik.

Pembelaan yang baik masa itu, kerana pertuduhan itu didakwa berlaku pada tahun 1992 di Tivoli Villa. Pertuduhan dibuat tahun 1998, enam tahun (masanya).

Jadi, selepas enam tahun baru nak buat pertuduhan. Dan pertuduhan itu dikatakan berlaku tahun 1992 di sebuah tempat bernama spesifik, Tivoli Villa.

Bila kami peguam Anwar periksa, bangunan Tivoli Villa itu tak siap lagi. Jadi atas alasan itu, kita kata, ‘eh Anwar ni pembelaan dia bagus juga. Walaupun kita tak percaya kat dia tapi dia (pembelaan) bagus.

Yang kedua, memperkuatkan lagi pembelaan itu bila isu DNA timbul. Dalam isu-isu seksual ini, DNA memainkan peranan penting.

Dalam kes Azizan, hanya satu sahaja saksi yang datang untuk mengesahkan DNA itu iaitu pakar kimia, Lim Koon Bong.

Lim dalam keterangannya, menyatakan.. ada 13 tompok (air mani) di tilam. Dia kata bahawa ada DNA di atas tilam itu. DNA Shamsidar, DNA Anwar, DNA Azizan, DNA Sukma, kalau tak silap saya lah.

DNA Sukma pun ada ?

Ada. Dalam 13 tompok air mani itu. Jadi, maknanya DNA ini bercampur. Menunjukkan ada perlakuan seks berlaku di tempat itu. Air mani ke, air belakang ke, semuanya jatuh di situ.

Itu gambaran yang nak diberi oleh Lim Koon Bong. Ada DNA yang bercampur di atas tilam yang bertompok-tompok ini, menunjukkan berlaku aktiviti seksual.

Cuma, bila kami tanya dia (Lim Koon Bong), apa sumber DNA ini ? Sebab DNA ini mesti ada sumber. Sumber mungkin rambut, mungkin bulu, mungkin darah, mungkin peluh, mungkin air liur..

Bila kita tanya dia, dia tak boleh jawab. Dia cuma kata, saya diberitahu oleh polis bahawa ini sumber air mani. Dan bila kita tanya dia, mana sampel itu. Yang 13 tompok itu, yang dikerat sampel itu, (sebab) kita nak hantar untuk uji di pihak kita pula. Dia kata, dia dah buang.

Itulah sebabnya Mahkamah Persekutuan semasa rayuan liwat kes Anwar merayu terhadap keputusan Hakim Datuk Ariffin Jaka, Mahkamah Persekutuan kata, kami percaya berlaku (liwat) tetapi tak ada bukti.

Dia bebaskan bukan sebab tak percaya. Percaya berlaku tapi tak ada bukti. Sumber DNA tak ada.

Dalam kes Saiful berbeza. Dan saya antara peguam yang terlibat secara langsung, dua-dua (kes liwat). Saya nampak perbezaan itu.

Pertama sekali, dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun.

Kedua, DNA yang ditemui dalam lubang dubur Saiful ini disahkan tidak kurang dari tujuh orang. Bukan seorang. Polis, doktor yang memeriksa, pakar forensik (beberapa orang), pakar kimia. Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.

Tak kan tujuh orang (pakar) ini nak menipu. Ketujuh-tujuh orang ini tidak kenal antara satu sama lain. Jadi, nampak beza dengan kes Azizan ?

Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur).

Cuma orang Melayu dia tak faham. Anwar pandai. Dia pergi kat luar, dia kata tak kan lah air mani boleh bertakung.

Air mani bukan air bertakung seketul begitu. Masih melekat kat dinding dubur. Dia ambil swab, cotton bud itu, ambil swab sampel yang ada itu. Bukannya air bertakung dalam karung macam tu.

Maknanya sumber DNA dikenal pasti oleh beberapa orang yang independent, tak ada kena mengena antara satu sama lain.

Jadi kita boleh nampak perbezaannya itu. Itu yang Datuk Zahrain sebut, ‘keraguan mengatasi keyakinan’.

Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak.

Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar pergi ke Kedutaan Turki.

Patutnya kami semua lari ke Kedutaan Turki juga. Nak cabut ni. Dalam kes 1998, kita tak buat macam ni. Kita lawan.

Kenapa jadi begitu?

Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan, kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh.

Ingat lagi kenyataan Wan Azizah dengan Syed Hussin Ali bahawa Anwar nak kena bunuh. Ada snipper nak cari dia.

Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain.

Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.

Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya.

Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya.

Kuncinya dalam insiden pertama, 1998, kesilapan besar yang dibuat kami, tak pernah tanya. Kita terima bulat-bulat apa yang Anwar cerita. Tapi bila kita kena yang kedua ini, kita tanya, sebab kita tengok semua ini.

Kita mula tanya, kenapa Anwar buat macam ni? Kenapa dia nak lari? Polis minta DNA, masih ingat lagi, awal-awal lagi polis dah minta sampel air mani.

Bagilah (DNA) kalau bukan kau. (Tapi) dia tak mahu bagi.

Inilah peluang terbaik saya kata sebab kalau yang ada dalam dubur Saiful itu air mani orang lain, kalau kau boleh bagikan DNA dan buktikan itu bukan kau punya, selesai masalah kita.

Bukan sahaja selesai, silap-silap kerajaan tumbang. Tapi dia tak nak bagi.

Jadi, kita tengok. Kita manusia, akhirnya Allah akan bagi petunjuk juga, campakkan hidayah. Saya ingat lagi, kami sama-sama tanya, dah mula mempersoalkan sampai lah kepada isu 16 September.

Tadi dah ragu dah. Kenapa dia nak lari ke Kedutaan Turki? Kenapa dia bohong kata dia nak kena tembak? Kenapa dia tak mahu bagi DNA? Kita dah ragu dah.

Masuk isu 16 September, dia tipu kita. Dia kata ahli Barisan Nasional (BN) dah setuju, dah tandatangan. Dia tunjuk kertas depan kita tapi tak pernah tunjuk yang tandatangan itu. Semua dah tandatangan (katanya).

Lepas tu, bila kena hantar Tian Chua dan Elizabeth Wong kejar Ahli Parlimen ke Taiwan. Kita pelik. Hari tu, dia kata dah tandatangan. Tapi ini, nak kena ikut pergi Taiwan pula. Kita mula tanya. Kalau dah tandatangan, nak ikut buat apa lagi ke Taiwan ?

Lepas itu dia (Anwar) beritahu kat kita pula. Ok, jom-jom..Yang DiPertuan Agong dah setuju, Panglima Angkatan Tentera dah setuju..jom-jom kita pergi.

Kami ingat lagi, kami berkumpul dekat Kampung Bharu, siap berbaju Melayu lagi (sebab) nak angkat sumpah.

Bila kita tanya, (Anwar jawab) Ala Tuanku… Special Branch (SB) ni jahat, pergi sekat Agong (supaya) jangan jumpa kita.

Jadi, kita ni bukan bodohlah. Manusia boleh fikir benda yang tak kena.

Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong.

Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar.

Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.

Lepas itu, bila timbul isu orang Islam, orang Melayu di Pulau Pinang. Datuk Zahrain sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, sudah tentu bertanggungjawab membawa isu ini. Bincang kenapa DAP buat macam ni.

Bukan sahaja dia tak dibela tapi diheret ke Jawatankuasa Disiplin. Eh..apa ni? Kita nak bela orang Melayu Islam di Pulau Pinang, tanggungjawab dia, tiba-tiba kena (tindakan disiplin).

Disebabkan keraguan pun dah ada, dah tak percaya pun ada, bila kena macam tu, Datuk Zahrain keluar (PKR), orang macam YB Mohsin keluar, orang macam Wee Chee Keong keluar.

Saya (pula) yang keraguan menjadi pecah itu, yang menjadi fullstop itu adalah kerana isu kalimah Allah.

Tapi YB tidak keluar?

Saya tidak keluar. Saya tengok masa tu. Saya kata, rakyat perlu disedarkan. Sejauh mana mereka boleh pergi. Saya tahu saya akan dipecat.

Geng-geng Anwarinas ini dah mula kumpul. Dah mula bincang. Saya tahu dah tu. Mereka adakan strategi supaya tekan saya keluar juga. Macam-macam sebenarnya.

Pada masa tu saya dipanggil mengadaplah..Ingat lagi, saya disuruh kosongkan kerusi Parlimen sebab nak bagi Anwar lah, kononnya.

Jadi saya tengok, saya tahu saya akan dipecat. Apa pun saya akan dipecat. Saya ini dianggap jadi penghalang kerjasama mereka dengan DAP.

Macam Dr. Hassan Ali kena sekarang, macam Datuk Harun Taib kena sekarang. Kalau kamu dilihat menjadi penghalang kepada kerjasama dengan DAP, kamu akan jadi liabiliti.

Jadi, saya tahu saya akan dipecat. Jadi, apa sikap saya. Saya nak keluar macam Tan Tee Beng, macam Datuk Zahrain, Wee Chee Keong?

Saya kata tak. Setelah solat istikarah apa semua, keputusan saya, saya akan lawan mereka.

Bukan nak sangat kekal dalam PKR, tapi nak dedahkan lagi pekung mereka. Nak tunjuk kepada rakyat, ini sebenarnya mereka. Dan saya berjaya, Alhamdulillah.

Contohnya, bila dalam isu kalimah Allah. Saya provoke mereka sampai ke peringkat Khalid Samad boleh buat statement kata, ‘orang Melayu ini otak lembap’. Lepas tu, Anwar pula buat statement kata macam-macam. Jadi, orang nampak.

Eh..korang sampai kalimah Allah pun sanggup bagi Kristian, apa cerita ?

Memang saya sengaja buat. Saja nak tunjuk kepada rakyat terutama orang Islam, ahli PAS, inilah warna sebenar mereka.

Jadi, (kes saya) sampai ke peringkat Jawatankuasa Disiplin. Saya kata ok, bawa ke Jawatankuasa Disiplin, saya akan lawan.

Tapi, sebab sekarang ini, isu kalimah Allah, saya nak jawatankuasa yang Islam.

Tapi saya dah dapat maklumat mereka nak malukan saya. Dia nak tekan saya supaya saya sendiri yang letak jawatan.

Saya dah dapat maklumat daripada kawan-kawan kat dalam, dia akan letak orang bukan Islam sebagai panel. Betul-betul saya masuk bilik jawatankuasa itu, seorang paderi – seorang aktivitis Kristian, orang Hindu dan seorang Melayu, dalam Jawatankuasa Panel.

Saya kata, saya tak iktiraf. You pergi balik pada you punya bos, (beritahu) saya nak jawatankuasa Islam.

Dua tiga hari selepas itu, mereka kata, mereka punya arahan supaya diteruskan. Saya kata saya tak iktiraf. Di situlah saya dipecat.

Saya dipecat kerana tidak iktiraf panel kafir yang nak bicarakan saya dalam isu kalimah Allah.

Bukankah Anwar sendiri mempunyai sentimen persahabatan dengan YB?

Pada saya, Anwar sekarang ini bukan sahaja pengamal politik Machiavelli yang ulung, malahan saya rasa Machiavelli pun akan menangis tengok dia. Sebab (Anwar) lebih daripada apa yang dia (Machiavelli) teorikan.

Anwar ini manusia yang kering.

Dia tak pedulikan siapa?

Pada saya, kalau dia perlu jual anak bini, dia (akan) jual. Kalau perlu dia jual keluarga, dia jual.

Kalau kalimah Allah pun dia boleh jual, Tuhan dia…dia boleh jual, orang macam ini apa pun (dia) boleh buat.

Adakah YB juga berada di Hotel Quality, Shah Alam ketika Saiful buat laporan polis ?

Ada. Hari itu lah Saiful buat laporan polis.

Adakah Anwar gabra masa itu?

Anwar ketakutan di Quality Hotel, 28 Jun 2008

Itu yang saya sebutkan tadi. Saya yang buat kes 1998 dan tengok dia tahun 2008, 10 tahun beza tu. Saya tengok sendiri (perbezaannya)

Eh..1998 bukan main lagi nak berlawan.. tapi tiba-tiba yang ini (2008) jadi kelam-kabut, jadi panik, jadi menggeletar, nampak macam nak demam. Jadi kita nampak semua itu.

Termasuk nak buat surat sumpah palsu, nak lari, nak kena bunuh. Semua ni saya tengok di Hotel Quality pada masa itu.

Jadi, bila kita tengok semua ini, (kita mula berfikir) eh..betul ke ni? Apahal ni? Dia meragukan kita.

Termasuk Wan Azizah ?

Ramai. Ramai yang ada kat situ mula mempersoal. (Azizah) yang mula tanya dia. Kita nampak lah.

34 Comments

  1. Anu Anwar Busuk says:

    Kebenaran macam ni lah yang kita nak daripada politician kita…bukannya putar belit kiri kanan daripada PM wannabe kawan karib Jew fund managers tu…kalaulah semua politician kita ada courage untuk bercakap benar mcm En Zul kita..tak wujud perpecahan antara bangsa2 di Malaysia ni terutamanya orang melayu …habis berantakan hari ni disebabkan orang2 macam Anwar ,LGE , LKS dan Karpal Singh..

  2. saiful says:

    Minta Datuk bukukan kisah-kisah ini seperti Zabidi Mohamed (bekas penasihat undang-undang Al Arqam) bukukan kisah Al Arqam. Ini untuk jadi rujukan kepada seluruh masyarakat.

  3. awatcheq says:

    Alhamdulilah YB Zul..muga pintu taubat terbuka luas buatmu kerana pendedahan ini. Melayu perlu bersatu semula sebelum terlambat. Cukuplah negara kacau bilau selama ini, sejak 1998 lagi..Demi Allah, Demi Agama, Demi Bangsa Melayu dan Negara…teruskan pendedahan ini kerana sudah ramai yang tertipu. Muga Anwar dan penyokong bebalnya yang masih tertipu atau yg masih bersekongkol dengannya akan terbuka hati untuk bertaubat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..selamatkan Tanah Melayu ini dari petualang seperti Anwar. Ameen…Ya Rabbal Alameen..

  4. toknilam says:

    A bit too late YB…..but at least, you find your way back.. I hv never doubt that Anwar is guilty as charged in both Liwat 1 and 2 walaupun Tok tak kenal dia personally. It’s just gut instinct, dari kelamnya wajah dia, dari cara percakapan dia dan tindakan dia, tok tak pernah percaya pada dia. Satu pegangan tok ialah pemimpin Islam yg baik tak mungkin akan menggerakkan rusuhan semata-mata untuk membela diri dari isu peribadinya. Pemimpin Islam yg baik akan sanggup dipenjara dan dihina asalkan negaranya selamat dan rakyat tetap sejahtera!.

  5. ron says:

    YB Zul , tolong bukukan dalam semua bahasa english, bahasa dan mandarin dan jual di semua kedai buku , supaya pencacai pas dan PORK NIK , haji Hadi, KIT SIANG meroyan siang malam….

  6. namsor says:

    Rakyat umum patut tahu kisah-kisah ni. Tanggungjawab besar pihak media untuk siarkan perkara yang benar. Jika tidak rakyat diluar sana terus diperbodohkan. Kesian pakcik makcik yang dikampung tu, dipengaruhi juak-juak yang ada kepentingan lain selain dari membela orang melayu dan Islam. Teruskan berkata benar YB.

  7. tukang tengok says:

    terima kasih….. Sebagai rakyat kedah. aku sangat bangga dgn hang. ingat, kedah telah melahirkan mahathir, daim dan tunku abdul rahman. Dan Zulkifli Noordin.

  8. NT kaki bontot says:

    LAYARI ZUL4KULIM….RASANYE DA LAMA DATO’ STORI CITE NI. APAPUN….. SYABAS DATO’.. BILA NAK JOIN UMNO…. MELAYU MESTI BERSATU….JGN LUPA

  9. basry says:

    Jelas dan nyata. Kebenaran tidak akan dapat ditutup selamanya.
    Wan Azizah dan puak PAS juga sedar hal ini tapi mereka menafikan kebenaran atas kepentingan politik yang songsang.

  10. shuib says:

    Di manakah para pencacai? Tak mahukah membela boss anda di sini? Cubalah tegakkan benang basah anda pula! Takut pada kebenaran? Tak berani bersuara?

  11. backdoor says:

    Azizah yang tanya dulu…memang sah lah istana segambut bergelora sekarang ni…memang sah lah lakonan mereka selama ini…memang sah lah Azizah dah tak de tempat nak mengadu mahu tak mahu teruskan je lah dosa kering acuan suami nya….tapi aku yakin Azizah terlupa bahawa walau tanpa anwar disisi, walau masyarakat mencemuhnya, walau Azizah terpaksa berjalan berseorangan di muka bumi ini, Azizah masih ada lagi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang, ini yang Azizah lupa. Satu apa pun Azizah takkan rugi jika dia kembali kepada Maha Pencita.Pesanan untuk Azizah, kehidupan di Istana Akhirat adalah lebih baik dari kehidupan di Istana Segambut dan azab sengsara Penjara Dunia adalah jauh lebih ringan dari azab siksa api neraka….semoga Azizah mendapat hidayah yang lebih baik….Amin.
    Reply

    • awatcheq says:

      Amin. Demi Agama, Bangsa dan Negara..Azizah harus bertaubat. Allah tidak pernak menyuruh seorang isteri taat kepada suami yang menggadai agama sendiri..Azizah, muga pintu taubat masih terbuka untuk mu dan anak-anak…

  12. begialand says:

    terukskan perjuangan yb zul.
    kami sentiasa menyokong yb

  13. aku says:

    yg pasal isu Allah tu aku ingat lagi masa anwar bangang ni kempen depan masyarakat kristian kat sarawak masa pilihanraya hari tuh…..cakap macam sial lorrr ..bangga diri bongkak lahanat..ptuiii ko anwar…

  14. Along says:

    Dia tak pedulikan siapa?

    Pada saya, kalau dia perlu jual anak bini, dia (akan) jual. Kalau perlu dia jual keluarga, dia jual.

    Kalau kalimah Allah pun dia boleh jual, Tuhan dia…dia boleh jual, orang macam ini apa pun (dia) boleh buat.

    =======================================================================

    Tahun 1997 dan nampak anuar ni buat macam yang diayat atas tuh.

  15. warisatuliman2011 says:

    A.w.w. handai taulan. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! Kebenaran adalah hak. YB Zul yg pd mulanya begitu bertekad bela Anwar menjelaskan mengepa beliau dan ramai peguam2 Islam dlm panel pembelaan manusia munafik yg bernama Anwar memberikan faktor2 sebenar beliau dan ramai lagi keluar dan tinggalkan Anwar kerana tidak mahu kebenaran disembunyikan. Mereka sedar betapa hina dan kotornya perjuangan Anwar mahu bukan saja menjatuhkan kerajaan yg sah malah melemahkan tunjang Islam. Atas nama nafsu serakah Anwar sanggup bersekongkol dgn golongan kafirun laknatullah. Dia memutarbelitkan kemungkaran sehingga ramai tokoh bersarban PAS terkedu dan terpukau hingga sanggup meninggalkan perjuangan menegakkan Darul Islam. Anwar berpakat dgn bajingan Barat dan Zionis utk dapatkan dana menggugat kemantapan dan kedaulatan negara, dgn sokongan kafirun yg lupa daratan dan tidak tahu mengenang budi. Tetapi, Anwar tidak dapat terus menutup tembelang jahatnya kerana insan2 beriman yg masih berpegang kpd Quran dan Hadis spt YB Zul dan rakan2 tidak sanggup menggadai maruah agama hanya semata2 kerana duit dan pangkat. Inilah detik2 kejatuhan manusia mungkar dan engkar spt Anwar. Sangkanya, dgn sokongan musuh2 Islam dan dukungan ‘tokoh2′ benak agama di dlm dan luar negara dia boleh berjaya, segala ketentuan adalah di tangan Allah Azawajalla. Teguhkahlah perpaduan ummah dan bangsa utk menghadapi Anwar dan kroni2nya itu. Insya-Allah, kebenaran akan bersama kita. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!

  16. naw says:

    Syabas YB Zul…saudara berjaya membocorkan cerita2 dalaman parti PKR! SYABAS! Sebagai rakyat dan pengundi saya sudah banyak mendapat feedback dari kawan2 saya yang juga berada dalam politik mengenai karaktor2 Anwar Ibrahim, malah sejak kes Liwat 1 lagi…banyak pandangan yang saya dengar malah dari orang yang rapat dengan Anwar. Saya cuma nak compare pendedahan YB dengan apa yang saya tahu bagi menguatkan hujah saya…memanglah apa yang YB luahkan ada kebenarannya. Terima kasih YB…

  17. PARANGkontot says:

    Walau bagaimana BENAR pun kata-kata YB Zul, PUAK_PUAK Penyokong Anwar akan tetap MENIDAKANYA.
    Kerana itu SAHAJA yang ADA bagi mereka untuk TERPAKSA mengagahkan diri BERDEPAN dengan WAJAH mereka DICERMIN sambil TERPAKSA meyakin diri sendiri :

    ” MUSTAHIL AKU TERSALAH MEMBUAT PERHITUNGAN”

    • PARANGkontot says:

      MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!!!

      MUSTAHIL semua ini PETUNJUK yang aku POHON kerana aku RASA Islam Aku lebih baik dari orang lain.

      MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!!!

      MUSTAHIL, Hati aku TIDAK terdetik PETUNJUK semua ini kerana aku RASA aku telah menjalankan Amal Maaruf Nahi Mungkar seperti apa yang disaran kan oleh ISLAM.

      MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!!!

      MUSTAHIL semua ustaz-ustaz ku yang BERSULAM dengan ayat-ayat Allah GAGAL melihat semuanya ini mainan POLITIK semata-mata.

      MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!!!

      MUSTAHIL ahli politik yang aku SOKONG dengan KEPETAHAN mereka berkata-kata SANGGUP menyembuyikan KEBENARAN dan melaungkan PENIPUAN untuk menutupi kelemahan mereka.

      MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!! MUSTAHIL!!!!

      MUSTAHIL aku TERPAKSA behempas pulas mencari alasan dan MEYAKINKAN diriku bahawa :-
      “Semua PETUNJUK sudah semesti KONSPIRASI, KORUPSI, FITNAH peringkat tertinggi. KERANA itu saja ALASAN yang MASIH ada untuk aku terpaksa MEMPERCAYAI apa yang BERLAKU di sekeliling ku.”

      Dan amatlah MUSTAHIL aku di dalam golongan HATI yang terHIJAB ………!!!
      .
      “Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, (bukankah) mereka mempunyai HATI yang dengan itu mereka dapat MEMAHAMI, atau mempunyai TELINGA yang dengan itu mereka dapat MENDENGAR? MAKA SESUNGGUHNYA BUKANLAH MATA ITU YANG BUTA, TETAPI YANG BUTA, IALAH HATI YANG DALAM DADA.” (Surah Al Hajj Ayat 46 )

  18. bawa bertenang says:

    Zul, anda adalah sebahagian daripada apparatus yang menegakkan Anwar. Untuk membersihkan diri anda, pastikan dia jatuh. Selagi tidak jatuh, tangan anda masih kotor. Inilah jihad anda sekarang. Semoga Allah mengampunkan anda.

  19. backdoor says:

    Azizah yang tanya dulu…memang sah lah istana segambut bergelora sekarang ni…memang sah lah lakonan mereka selama ini…memang sah lah Azizah dah tak de tempat nak mengadu mahu tak mahu teruskan je lah dosa kering acuan suami nya….tapi aku yakin Azizah terlupa bahawa walau tanpa anwar disisi, walau masyarakat mencemuhnya, walau Azizah terpaksa berjalan berseorangan di muka bumi ini, Azizah masih ada lagi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang, ini yang Azizah lupa. Satu apa pun Azizah takkan rugi jika dia kembali kepada Maha Pencita.Pesanan untuk Azizah, kehidupan di Istana Akhirat adalah lebih baik dari kehidupan di Istana Segambut dan azab sengsara Penjara Dunia adalah jauh dari azab siksa api neraka….semoga Azizah mendapat hidayah yang lebih baik….Amin.

  20. HAMSOR says:

    YB Zul, oopps dah dpt Datuk sekarang…berkatalah benar, walaupun ianya pahit..semoga kita semua mendapat hidayah daripada-Nya..

  21. Benor says:

    Station TV patut ada program bersama YB Zul supaya semua raayat Malaysia tahu apa yang berlaku.

  22. aku says:

    wah….tembelang demi tembelang ko anwar…terbongkar jua…memang mau jatuh gila babi anwar ni nanti sbb kes saiful…..

  23. pak jabit kg pisang says:

    yb zol..anda kena betulkan & jelaskan pd rakyat Malaysia…byk dosa anda pada seluruh rakyat malaysia…..

  24. pak tam says:

    brilliant yb zul ! yb telah mengukuhkan kebencian sy kpd juak2 PAKATAN HARAM !!
    isu kalimah Allah, sy belakang yb lah ! apa2 pun, dgr lah ceramah harun din ni http://www.youtube.com/watch?v=vbNqZ-QO3E8

  25. labu says:

    Wow! Finally, the truth from ex right-hand man. Thank you YB. Really appreciate it. You have enlighten us Sir.

    YB selamba jer citer pasal ‘masalah besar’ ni kat rakyat. ‘Masalah besar’ ni dah memang terkenal dengan skim cepat kaya dengan cara saman menyaman. Anyway YB, be strong. Saya 100% sokong YB. PRU13 YB tanding kat Parlimen Hulu Kelang, tumbangkan Azmin Ali.

  26. suka aman says:

    teruskan perjungan yb…isu kalimah Allah sy dibelakang yb..

Leave a Comment

 

— required *

— required *