Hati-Hati Strategi Terbaru Anwar

AIDCNews – 11/06/11 – Sebelum Muktamar PAS, kami di AIDC telah dimaklumkan bahawa Pakatan sedang berusaha menonjolkan tokoh baru sebagai Ketua Pakatan selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sudah dianggap sebagai liabiliti yang tidak mampu lagi ditanggung oleh Pakatan, maka proses peralihan menonjolkan tokoh lain perlu dilakukan sama ada secara rasmi atau tidak.

Ketidakhadiran Anwar dalam Muktamar PAS adalah salah satu dari strategi itu.

Anwar perlu direhatkan buat sementara, seperti strategi yang dilakukan sebelum Pilihanraya Umum ke 12, dilihat sedang berehat di luar negara, balik sekali sekala ke Malaysia, yang nampak tidak membahayakan, namun sebulan sebelum PRU 12, peranan Anwar dilibatkan semula dan muncul sebagai Ketua pakatan pembangkang.

Apakah strategi yang sama sedang dilakukan sekarang ini ?

Sebelum PRU 12, satu program besar dianjurkan PAS yang dinamakan BERSIH bertujuan untuk menakutkan pihak kerajaan.

Ketika penganjuran BERSIH sebelum PRU 12, tiada nampak peranan Anwar, namun Anwar muncul sebagai hero di kaca mata media Barat semasa penganjuran itu berlaku.

Kenapa media Barat menobatkan Anwar sebagai hero BERSIH, sedangkan yang berusaha keras dan majoriti ahli yang menyertai demonstrasi itu adalah ahli PAS ?

Mesti ada sebab, pemilihan Anwar oleh Barat sebagai hero, sama seperti kenapa harus dipilih memakai baju kuning yang membayangkan banyak belanja yang dilaburkan untuk menguruskan demonstrasi itu.

Apakah strategi BERSIH 2 meniru strategi BERSIH 1 ?

Demonstrasi Bersih 2 diketuai oleh Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Kalau benar anjuran PAS kenapa perlu buat perjumpaaan rasmi dengan Datuk Ambiga Steenevasan, bekas Presiden Bar Council ?

Ambiga bukan Presiden parti politik. Beliau hanya bekas Presiden Bar Council yang ahlinya terlalu kecil jika dibandingkan dengan keahlian parti PAS.

Namun, tidak semestinya ketua mesti datang dari parti politik. Banyak lagi faktor lain selain keahlian yang menjadi faktor ketua, misalnya jaringan antarabangsa dan dana.

Misalnya apa kaitan Ambiga dengan Anwar Ibrahim dan Bridget Welsh ?

Kalau Mat Sabu pun berketuakan Ambiga, siapa pula ketua Ambiga ? Dan lebih menarik lagi siapa pula ketua kepada ketua Ambiga ?

Semua ini terlalu kompleks, berketuakan yang berlapis-lapis hingga berjaya melindungi dalang sebenar.

Peranan Anwar juga tidak dapat dikesan semasa awal demonstrasi HINDRAF, beliau hanya muncul semasa demonstrasi itu diadakan.

Ketika itu Anwar tidak mempedulikan sentimen orang Melayu yang membenci demonstrasi HINDRAF, kerana Anwar sudah berjaya dinobatkan sebagai hero dalam demonstrasi BERSIH 1.

Kenapa Anwar mesti muncul semasa demonstrasi BERSIH 1 dan HINDRAF dan dinobatkan sebagai ‘hero’, sedangkan beliau ‘tidak kelihatan’ sebelum pengendalian kedua-dua program besar yang terancang itu ?

Benarkah Anwar bukan merupakan ketua kepada kedua-dua program itu, ketua dari erti kata tidak dilihat dengan teknik menonjolkan watak lain sebagai ketua palsu ?

Satu lagi perkara yang perlu difikirkan, antara pengurus demonstrasi dengan pengurus dana, siapakah ketua dalam erti kata sebenarnya ?

Bezanya, perlukah ‘ketua’ muncul semasa program sedang dilaksanakan ataupun sekadar bertepuk tangan di sebalik tabir ?

Semua ini sekadar teknik. Muncul atau tidak bukan persoalan utama, tetapi yang lebih mustahak, impak selepas demonstrasi itu diadakan.

Kami dimaklumkan, pemilihan barisan kepimpinan selain dari Hadi Awang adalah sebahagian daripada strategi itu iaitu untuk mencipta hero baru dalam erti kata melindungi hero yang sebenarnya.

Kemunculan Bridget Welsh yang melarikan diri dari imej Anwar dan menumpukan perhatian kepada pimpinan baru PAS yang dipilih dalam Muktamar PAS juga mempunyai sebab tersendiri. Klik di sini

Welsh kini bergelar Profesor Bersekutu Sains Politik di Universiti Pengurusan Singapura yang sedang menyiapkan penyelidikan yang bertajuk “Gender and Politics in Southeast Asia. ”

Welsh bukan sekadar profesor dari Universiti Johns Hopkins yang berpusat di Singapura, tetapi beliau sememangnya dihantar khusus untuk memantau apa yang berlaku di Malaysia khususnya sebelum PRU 12.

Welsh adalah Konsultan kepada Freedom House, sebuah organisasi berpengaruh di Amerika Syarikat (AS). Freedom House terkenal di seluruh dunia sebagai operasi rahsia CIA yang turut berkait dengan operasi NED.

Welsh juga merupakan Pengarah Malaysia Asia Barometer Project Survey yang menumpukan kajian mengenai demokrasi di Malaysia.

Melalui Asia Barometer ini juga beliau berkerjasama dengan Merdeka Centre untuk menjalankan kajian politik di Malaysia antaranya ialah “Malaysia Country Report: Second Wave of Asian Barometer Survey, yang diterbitkan pada tahun 2007.

Welsh juga kolumnis Malaysiakini. Premesh Chandran (Malaysiakini) bersama-sama Welsh merupakan tetamu Forum Kebebasan Internet di Malaysia anjuran Freedom House dan NED. Klik di sini

Jadi, jangan pandang sebelah mata dengan kehebatan Welsh kerana di tangannya menentukan berapa banyak dana yang perlu disalurkan kepada siapa yang difikirkan berkemampuan menjadi hero di Malaysia.

Hati-hati dengan strategi terbaru ini. Jangan salah sasaran dan silap baca seperti yang berlaku pada PRU 12…

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE