Campur tangan Satan Besar Amerika Dikecam dalam kes tuduhan Anwar


Tuesday, July 1, 2008

Usaha America campur tangan dalam kes tuduhan liwat Anwar adalah usaha jahat negara yang yang sudah terkenal kejahatan nya di peringkat dunia. Kepada Tom Casey jurucakap US State Department yang menghina kerajaan malaysia dan rakyat Malaysia dari segi sistem bernegara , kita kata kepada Amerika laknatullah , ‘Go to Hell america” atau ‘Pergi jahanam America’.

Percubaan campur tangan America dalam kes domestic atau kes tempatan sesebuah negara ummat Islam telah banyak membawa bencana kepada ummat Islam dan di harap tiada di antara kita yang bertindak bodoh pergi mengadap Emperor Bush untuk mendapat bantuan politik. Lihat saja campur tangan di Pakistan, Afghanistan, Iraq dan Somalia semua nya membawa bencana yang merugikan ummat Islam.


Kes tuduhan liwat Anwar perlu di selesaikan dengan undang undang Malaysia dan sistem pelaksanaan keadilan Kerajaan Malaysia kerana kita tidak ada pelembagaan yang di setujui bersama melainkan undang undang negara walaupun ramai menganggapnya korup dan penuh dengan tidak keadilan.

Jurucakap US state deparment , Tom Casey telah dengan secara ‘direct’ memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan sudah tentu juga rakyat Malaysia agar tidak ‘menyiksa’ Anwar Ibrahim dengan penyiasatan yang’ bermotifkan politik’. Kita rakyat Malaysia menganggap statement in adalah BIADAP dan MENCAMPURI URUSAN negara lain yang tidak ada kena mengena dengan Amerika laknatullah. Kita bukan nya jajahan Amerika dan kita tidak pernah menyuruh Amerika menjadi polis antarabangsa yang menentukan salah dan betul dalam memerintah negara kita.

Amat malang kalau ada pihak rakyat Malaysia sendiri yang menjemput america untuk campur tangan dalam hal ehwal negara kita. So , go to hell america. You yourself deserve to look at how you run justice in Iraq , Afghanistan, Pakistan , Somali and Gauntanamo.

Kes tuduhan liwat Anwar sudah pun di jangka kerana Anwar adalah musuh kepada sesetengah pihak di Malasyia. Tuduhan dari seorang bekas pembantu Anwar juga adalah sensational tetapi walau se sensational mana pun kes ini , ia tidak perlu menjejaskan keamanan negara dengan menjemput Amerika untuk membuat statement mencampuri urusan negara kita. Kita telah merdeka lebih dari 50 tahun dan kalau rakyat dan kerajaan masih lagi tidak tahu menyelesaikan krisis yang di alami maka elok lah kita merasa malu kepada anak cucu kita.

Saya terbaca satu ungkapan pantun di dalam laman blog anwar yang amat menarik. Pantun itu adalah jawapan kepada pemantun terkenal Hashim Gera. Allahyarham YB Hashim Gera, bekas Ahli Parlimen Pas daripada Perak yang petah berpantun tatkala berhujah di Parlimen pada era 60-an dan 70-an. Hinggakan Speaker Dewan pada ketika itu, Allahyarham Tun Syed Nasir juga begitu teruja tiap kali Allahyarham Hashim berpantun menggamat Dewan.

Maknanya lebih kurang kalau hendak di panggil pahlawan muda janganlah risau dengan luka tercalar di badan kerana ia syarat menjadi pahlawan penuh. Hebat sungguh saudara Anwar dalam berpantun. Memang beliau orang sastera.

Anak burung terbang mendada,
Jatuh cedera patah sayapnya,
Andai tersinggung hati ayahanda,
Kemaafan jua anakanda pinta.

Ha.. Ini jawab saya:

Anggerek disuntik si gadis manja,
Disemat kebaya hati ternoda,
Adat berpencak pendekar muda,
Tercalar badan syarat perwira!

ANWAR IBRAHIM

Nah , sekarang maruah Anwar telah tercalar dan Anwar perlu menjadi Pahlawan sebenar dan buat lah yang apa yang patut sebagai seorang Pahlawan Melayu atau Pahlawan Rakyat untuk berjuang mempertahankan maruah. Bersihlah diri dan maruah dengan penuh semangat kepahlawanan dan pasti anda menang dalam pertarungan ini.

Saya pun tidak berapa setuju dengan tindakan saudara Anwar pergi berlindung ke rumah Ambassador Turki. Buat apa kita menumpang ke rumah orang lain. Kan rumah kawan kawan kita banyak. Walau pun terdapat tuduhan bunuh atau tembak, bukan kah dasar pahlawan tidak takut badai dan onak dan duri. Bukankah Pahlawan Melayu tidak takut mati dalam berjuang.

Ada orang menganggap saudara Anwar dengan gelaran Sang Raja Wali. Burung besar yang terbang tinggi dan dapat menyambar kehidupan walau sebesar manusia untuk di makan. Saya tak berapa minat nak gelar orang yang hebat macam mana pun sebagai Sang Rajawali. Cukuplah kita menggelar orang yang berjuang ini sebagai orang yang berjuang dan itu pun dah hebat.

Sekarang Sang Rajawali sudah berdarah di panah dan saya merasakan Sang Rajawali akan mengerakkan kepak nya sehingga berterbangan habuk naik kelangit dan suara Sang Rajawali akan bergema saperti hala lintar.

Bagi saya bukan saja Saiful Bahari patut di dakwa tetapi juga ummi Hafilda ( kalau tak silap nama nya) sepatutnya turut di dakwa kerana menuduh perkara yang sama dan sama berat. Saya pun tak tahu mengapa penuduh liwat di zaman Mahathir dahulu tidak di dakwa termasuk Mahathir sendiri yang menyokong tuduhan itu. Sepatutnya semua mereka yang pernah menuduh Anwar di dakwa oleh Anwar kerana perkara itu sama dari segi kemusnahan maruah dan kesan politik nya kepada Anwar Ibrahim.

Saya harap perkara ini perlu lah di selesaikan oleh polis dan perundangan Malaysia supaya semua pihak yang bersalah , samaada besar atau kecil di hukum dengan setimpalnya. Yang peliknya pula ialah mengapa dalam lapuran polis terkini oleh Anwar lebih banyak berkaitan dengan dakwaan skandal pemalsuan kes melibatkan Patail dan Musa bukan nya kes tuduhan liwat Saiful Bahari .

Hanya Allah yang mengetahui perkara sebenarnya dan kita mendoakan agar Allah menyelamatkan kita dari di fitnah sebegini rupa.

Berikut adalah laporan star berkaitan campurtangan Amerika dalam kes tuduhan liwat ke atas Tan Sri Anwar.

KUALA LUMPUR: Washington has warned Malaysia against any “politically-motivated” investigation or “prosecution” of PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

According to an AFP report, Tom Casey, spokesman for the US State Department, is quoted as saying:

“The main point for us is that the rule of law needs to stand above politics. And we would certainly oppose any use of law enforcement or judicial procedures for anything other than legitimate purposes of the law.”

Adding that Anwar had faced similar charges in the past and his conviction was overturned, Casey added, “So, we would hope that there’s not a pattern here.

“But, certainly, we would be concerned that anything that is done be done in a way that is appropriate, that is a legitimate investigation of charges that might exist under Malaysian law, and would not be anything that was a politically motivated investigation or prosecution.”

baca artikel asal di Tranungkite.net

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE