Bagaimana NED & IRI Bantu Anwar Jadi PM Malaysia

Oleh AIDC – Sejarah awal penubuhan NED dan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan pada tahun 1983.

Empat Cabang NED : IRI, NDI, ACILS & CIPE

Menurut Reagan, kaedah lama Amerika ‘menawan’ dunia sebelum ini menggunakan CIA (Central Intelligence Agency) dan USAID (United States Agency for International Development) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah ‘hitam’.

Maka, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah ‘putih’ bertemakan ‘demokrasi’ yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

NED adalah badan induk ‘demokrasi’, manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya.

Menurut wikipedia Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai ‘demokrasi’ iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise).

Memandangkan NED dan IRI merupakan subjek yang agak sukar difahami, dicadangkan membaca artikel-artikel yang berkaitan yang pernah disiarkan sebelum ini.

1. Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?

2. NED dan Modus operandi ‘Projek Demokrasi’ dunia

3. NED, NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar

4. NED – Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

5. Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED

6. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

NED & IRI Bantu Anwar di Luar Negara

Anwar mula terlibat aktif dalam NED sejak tahun 2005. Kali pertama dijemput sebagai pemidato utama NED di New York pada 1 Disember 2005. Program itu adalah anjuran NED dengan kerjasama FPA (The Foreign Policy Association).

Ucapan Anwar yang bertajuk “Masa Depan Demokrasi Islam” itu dipengerusikan oleh Carl Gershman, Pengerusi NED.

 

Bukti Anwar budak Carl Gershman yang menyokong Negara Israel

Dalam ucapan itu, Anwar menyeru dunia Islam agar menerima demokrasi dan kebebasan serta menyeru dunia Islam agar menjadi Amerika Syarikat sebagai rakan kongsi yang sejati. Klik di sini

Anwar dianugerah ‘Muslim Democrat of the Year 2005. Turut hadir sama adalah Andrew Natsios , Pegawai Tadbir USAID dan Lorne Craner , Presiden IRI.

Sudah disimpulkan sebelum ini bahawa IRI adalah salah satu cabang NED. Bermakna setiap program yang dianjurkan oleh NED yang melibatkan Anwar, maka secara automatik, IRI juga akan turut serta.

Misalnya pada 22-23 April 2005, Lorne Craner,Presiden IRI, dalam program ‘6th Annual Conference’, Center for the Study of Islam & Democracy (CSID), di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, anjuran NED, berucap memuji-muji Anwar yang dianggap sebagai “hero baru dunia kini”.

Kata Lorne Craner, “Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of our time. Anwar Ibrahim is a hero of our time“.

Pujian daripada Presiden IRI yang mewakili kerajaan Amerika kepada Anwar sudah tentu mempunyai makna besar. Tokoh-tokoh Amerika akan memuji individu yang disukainya seperti Hamid Karzai (Afghanistan) dan akan mengecam individu yang tidak disukainya seperti Saddam Hussein (Iraq).

Lebih menarik lagi pemikiran Anwar dan Amerika sehaluan, kerana Anwar juga mengecam Saddam Hussein dan memuji Hamid Karzai.

Pada 7 April 2006, Anwar dalam wawancara dengan Julia Kirby, Research Assistant, Pew Forum on Religion & Public Life, di Washington memuji langkah IRI, NED, USAID, NDI sebagai usaha menyemai demokrasi di Asia Tenggara, walaupun badan-badan itu menghadapi pelbagai kesulitan.

Kata Anwar, “I know of organizations being harassed, and people are worried that they are identified as a threat simply because of their religious beliefs or cultural background. The government can work to moderate and build trust with the people. I have cited organizations, such as USAID, the National Endowment for Democracy, the International Republican Institute, the National Democratic Institute, the Peace Corps and various other think tanks that take the more liberal, open view without compromising the fundamentals. You see, there is always this difficulty that one small incident will dismantle the entire fabric of our agreement, and this is really difficult for us to accept

Kenyataan Anwar ini mengesahkan peranan agensi-agensi Amerika itu memainkan peranannya di negara-negara Asia Tenggara.

Klik di sini untuk ikuti wawancara penuh.

NED & IRI bantu Anwar di Malaysia

Anwar Ibrahim bersama Malek Hussein

Dua NGO yang dibantu oleh IRI di Malaysia adalah Merdeka Center (badan penyelidikan) dan MAFREL (badan pemantau pilihanraya).

Kedua-dua NGO ini mempunyai kaitan rapat dengan Anwar.

MAFREL atau ‘Malaysians for Free and Fair Elections’ dahulunya diketuai oleh aktivis reformasi iaitu Abd Malek Hussin yang menjadi Setiausaha Politik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Jonah nama singkatan kepada Khairul Anuar Ahmad Zainuddin , Timbalan Ketua AMK PKR pernah menjadi Setiausaha MAFREL.

Abd Malek sendiri pernah mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI sehingga mampu membayar sewa bangunan pejabat dan tenaga pekerja serta pemantau pilihanraya. Klik di sini

Pengakuan sama turut dibuat IRI yang mengesahkan badan mereka pernah melatih MAFREL dalam kursus-kursus pemantauan pilihanraya. Klik di sini

IRI juga turut menaja badan penyelidikan bebas yang dinamakan Merdeka Center, yang ditubuhkan pada 2001, berpejabat di Bandar Baru Bangi.

Selain mendapat tajaan IRI, badan itu juga turut ditaja oleh dua badan penaja lain iaitu The Asia Foundation dan Fredrich Naumann Foundation (FNF).

Ibrahim Suffian, Merdeka Center (kiri) dan Gayathry Venkiteswaran, CIJ (kanan)

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ialah Ibrahim Suffian yang sering menjadi pengulas politik di Astro Awani.

Berdasarkan penajaan badan penyelidikan ini jelaslah, kesemua penaja itu merupakan penaja Anwar, sebab itu sering disebut Merdeka Center adalah badan penyelidikan di bawah seliaan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Dalam laman web rasmi NED turut menyenaraikan 2 lagi badan yang beroperasi di Malaysia iaitu Mkini Dotcom Sdn Bhd dan Suara Inisiatif Sdn Bhd – SUARAM ($85,000).

Mkini Dotcom Sdn Bhd dan SUARAM walaupun mempunyai pejabat di Malaysia tetapi pusat operasi mereka dipercayai berpengkalan di Bangkok.

Mkini Dotcom Sdn Bhd adalah badan yang menaungi penerbitan media alternatif pro Anwar yang lebih dikenali sebagai Malaysiakini.com, manakala SUARAM pula badan NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

Inner Circle Anwar - Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change), Elizabert Wong, Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Murphy Pakiam (Ketua Biskop Kristian) dan Tian Chua. Mereka berkunjung ke rumah terbuka Anwar pada tahun 2007.

Pemain di belakang tabir SUARAM adalah Cynthia Gabriel (Caram Asia), Premesh Chandran (Malaysiakini), Tian Chua, Elizabeth Wong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez (Tenaganita), Dr Syed Husin Ali dan lain-lain

Senarai pemberian dana didedahkan oleh laman web NED berdasarkan Laporan Tahunan 2009. Klik di sini dan sini

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325 493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED selain disalurkan kepada SUARAM, Malaysiakini, Merdeka Center dan MAFREL turut disalurkan juga kepada CIJ (Center for Independent), SEAPA (Southeast Asian Press Alliance) dan ODC (Open Dialogue Centre).

ODC adalah salah satu think tank Anwar yang baru ditubuhkan sebagai alternatif kepada IKD. Jika Khalid Jaafar menguasai IKD, maka Azmin Ali pula menguasai ODC.

Pada 18 Februari 2006, ODC telah menganjurkan dialog ‘Agenda Ekonomi Baru’ di Pusat Konvensyen KLCC.

Penceramah utama program ODC itu adalah Anwar Ibrahim yang telah menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan dan diganti kepada ‘Agenda Ekonomi Baru’ (AEB).

Dasar penolakkan DEB dan diganti dengan AEB merupakan salah satu menifesto yang diperjuangkan oleh PKR.

CIJ diketuai Sonia Randhawa dan Gayathry Venkiteswaran.

Pernah menerbitkan siaran radio alternatif yang dinamakan Radiq Radio untuk menyaingi radio nasional, namun projek itu menemui kegagalan.

Kumpulan ini memperjuangkan kebebasan bersuara di Malaysia.

SEAPA ditubuhkan pada bulan November 1998 di Bangkok dengan bantuan Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan, World Press Freedom Committee dan Forum Kebebasan.

Pusat operasinya di Bangkok yang berpaut kepada World Press Freedom Committee, New York.

Majoriti NGO teratas merupakan tenaga penggerak BERSIH. Klik di sini

Sejak tahun 1999, SEAPA juga telah menerima dana tahunan dari NED untuk bekerja di Malaysia. Klik di sini

Hubungan Anwar & Carl Gershman

 

Anwar panel pemikir NED yang bersekongkol dengan agenda Yahudi

Perkenalan Anwar dan Carl Greshman bukanlah baru, sebaliknya sudah terjalin sejak tahun 90-an lagi. Pada 15 April 1998 , Anwar sebagai TPM telah menyampaikan ucapan mengenai ‘The Asian : Economic & Political Implications’ di Washington, tajaan NED.

Pada 19 Mei 1998, Anwar turut menghadiri forum ‘Democracy : Is It Everyone?’ yang dihadiri oleh Carl Gershman (Founder & Presiden NED), Fareed Zakaria (Managing Editor, Foreign Affairs) dan John M. Ollin (Director Institute for Strategic Studies).

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Malaysia, beliau bertemu lagi dalam The Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). Anwar merupakan aktivis CSID manakala Carl Gerhmann merupakan penaja utama badan itu.

Pada 22 hingga 23 April 2005, mereka turut berbincang lagi dalam Persidangan Tahunan CSID Kali Keenam ‘Democracy and Development Challenges for the Islamic World’ yang diadakan di Marriott Wardman Park Hotel, Washington.

Pada hari yang sama, Anwar dianugerah ‘Muslim Democrat of the Year’ yang disampaikan oleh Radwan Masmoudi (President CSID). Turut hadir sama adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden International Republican Institute-IRI).

Dalam program itu Gershman turut menyampaikan ucapan bertajuk ‘Why Muslims Want Democracy’.

Pada 6 September 2005, Anwar dan Gershman menghadiri persidangan ‘From Islamism to Muslim Democracy : The Challenges of Political Inclusion in Muslim Countries’ yang dianjurkan oleh NED dengan kerjasama Woodrow Wilson International Center for Scholars.

Pada 1 Disember 2005, NED menjemput Anwar untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Future of Muslim Democracy’ di New York Democracy Forum.

Ceramah Anwar dalam forum NED itu amat menarik kerana beliau secara terbuka mengecam kerajaan Malaysia sebagai tidak demokratik dan mempelawa Carl dan NED datang sendiri memantau memantau proses pilihan raya yang didakwa beliau tidak adil.

Pada 2 Mac 2006, Anwar bersama Carl menyampaikan syarahan bertajuk ‘Democracy in the Muslim World – Priorities and Syarahan Bulanan CSID di Washington DC.

Pada 2 hingga 5 April 2006, NED sekali lagi jemput Anwar berdiskusi dalam persidangan Fourth Assembly of the World Movement for Democracy, di Istanbul, Turki.

Diskusi bertajuk ‘Advancing Democracy : Justice, Pluralism and Participation.

Pada 7 Jun 2006 pula mereka berdua berdiskusi di Madison Buliding of the Library, Washington sempena 25th Anniversary of Reagen’s Westminster Address.

Tajuk perbincangan adalah ‘The Legacy of Westminster : Democracy Assistance Since the Founding of NED and the Challenges Ahead’.

Berdasarkan tarikh-tarikh pertemuan seperti di atas, jelaslah hubungan Anwar dan Carl Gershman sangat akrab, bahkah tidak melampau jika dikatakan Carl Gershman menjadikan Anwar sebagai budak suruhannya, penceramah utama NED di dunia Islam.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE