Awas ! Bahaya Komplot Anwar & Al Gore

Anwar_AlGore2Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.Foto ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan. Klik di sini

Oleh Michael Billington

[AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) yang bertajuk "Gore's Racist Assault Against Malaysia". Artikel asal klik di sini]

Kepada sesiapa yang biasa dengan sejarah perkauman Al Gore, anti-pembangunan, dasar imperialis terhadap negara membangun, ia bukanlah satu kejutan untuk melihat beliau berkempen menentang “ancaman” kepanasan global yang dibuat-buat yang didakwanya berpunca daripada proses perindustrian.

Kebenciannya terhadap mana-mana negara membangun yang enggan mengikuti arahan daripada pembiaya Anglo Dutch, “Washington Consensus” adalah bukti khusus dalam kes Malaysia.

Executive Intelligence Review (EIR) baru-baru ini telah mendapat laporan bahawa Gore sekali lagi mengganggu hubungan dalaman Malaysia, berkonspirasi sekali lagi dengan Anwar Ibrahim (“aset yang dikongsi bersama” antara Al Gore dan Paul Wolfowitz) untuk menurunkan majoriti parti (pemerintah) di Malaysia dan mengambil alih kuasa, mewakili penaja kolonialnya.

Di sini disertakan tinjauan semula sumbangan jahat Gore di Malaysia pada masa lepas :

Pada November 1998, Presiden Clinton tidak dapat menghadiri mesyuarat penting Asia Pacific Economic Cooperation forum (APEC) kerana krisis ketenteraan di Balkan (yang  telah dimulakan oleh Naib Presiden Al Gore dan rakannya, diplomat dan pemilik bank pelaburan Richard Holbrooke).

Clinton telah menghantar Gore mengganti tempatnya untuk mewakili Amerika Syarikat. Dua bulan sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad telah melaksanakan kawalan mata wang dan kadar mata wang tetap, untuk melawan serangan mata wang Asia oleh rakan spekulator yang melindungi nilai wang.

Clinton telah mempertimbangkan cadangan kawalan itu dengan merujuk sebagai “reka bentuk kewangan antarabangsa baru,” yang melihat Malaysia bergerak ke arah kawalan mata wang sebagai model yang berpotensi bagi negara membangun untuk melindungi diri mereka dalam kerangka kewangan baru.

Bagaimanapun, dalam usaha membina hubungan di antara Amerika Syarikat dan Malaysia, Gore melancarkan satu
serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Mahathir, serta membela bekas Menteri Kewangan yang dipecat iaitu Anwar Ibrahim, yang sebelum ini telah mempertahankan syarat-sayarat yang diberikan oleh IMF dan menolak kawalan dasar-dasar Mahathir.

Sebagai Menteri Kewangan (dan Timbalan Perdana Menteri), Anwar telah melaksanakan “dasar kesederhanaan IMF tanpa IMF,” sebelum Mahathir memecatnya.

‘Kita perlu membakarnya’

Gore merupakan penceramah jemputan forum APEC pada 16 November, berkongsi pentas dengan Mahathir. Di luar pusat persidangan, penganut fahaman anarki (demonstrasi) yang menyokong Anwar merusuh di jalanan, menyeru untuk menggulingkan kerajaan. Mendakwa Malaysia tidak dapat mempertahankan keselamatannya, Gore mendesak pengurusan hotel menutup penghawa dingin, dikatakan untuk menghalang musuhnya meletakkan racun dalam sistem aliran penghawa dingin itu.

Kemudian, di hadapan hadirin yang sedang berpeluh, Gore menghasut penganut fahaman anarki :

“Demokrasi dapat memberikan tanda pengesahan bahawa perubahan perlu dalam usaha untuk menjadi efektif, jadi di kalangan negara yang terjejas dalam krisis ekonomi, kami secara berterusan mendengar seruan untuk demokrasi, seruan untuk perubahan dalam banyak bahasa. Kuasa rakyat. Reformasi. Kita mendengarnya pada hari ini, di sini, sekarang, di kalangan rakyat Malaysia yang berani.”

Menteri Perdagangan Rafidah Aziz menamakannya “ucapan yang paling jijik yang saya dengar dalam hidup saya,” sementara Menteri Luar Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Perdana Menteri) berkata :

Malaysia mendapati perbuatan menghasut oleh kerajaan Amerika untuk tidak mengikut undang-undang, menggunakan cara yang tidak demokratik dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara berperlembagaan, menjadi kebencian ramai. Rakyat Malaysia tidak senang dengan leteran kepura-puraan daripada mana-mana pihak asing, khususnya Amerika Syarikat yang diketahui sangat komited dalam pencabulan melampau hak asasi manusia.”

Dr. Mahathir lebih berterus-terang : “Kita perlu bakar dia. Al Gore tidak sayang kepada Malaysia dan juga rakyatnya. Al Gore dan kerajaannya hanya mahu memanipulasi dan mengawal negara kita.”

Gore tidak meminta maaf, tetapi memberitahu Perdana Menteri Rusia, Yevgeni Primakov (sasaran Gore yang lain untuk “pertukaran rejim”), “Ini adalah mesej rakyat Amerika, dan saya bangga untuk menyampaikannya di sini dan ke mana sahaja saya pergi. Bergerak ke arah abad ke-21 dengan ekonomi yang kukuh benar-benar memerlukan demokrasi dan kerajaan sendiri.”

Rakan-rakanya cuba menyelamatkan Anwar

Dua hari selepas kecaman Gore 1998 di Kuala Lumpur, Asian Wall Street Journal memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dalam muka surat editornya, untuk Anwar menunjukkan kesetiaan kepada IMF dan dasar penjajah :

Tulis Anwar, “Selain menuding jari kepada spekulator dan menyalahkan ‘desakan yang tidak realistik’  yang diatur oleh agensi antarabangsa bertindak sebagai peminjam yang merupakan usaha terakhir, pertama sekali negara- negara Asia perlu meletakkan parlimen mereka dalam kawalan. Negara-negara Asia perlu menamatkan “rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil,” menyatakan komitmen mereka “untuk membersihkan rasuah dan nepotisme,” menamatkan jurang tarif dan membasmi subsidi, monopoli dan pilih kasih…Terlalu banyak kepentingan menjadi taruhan. Melainkan angin kencang kemusnahan kreatif dilepaskan terhadap aktiviti korporat yang parasit [sebagai contoh industri nasional], ekonomi Asia tidak lagi akan mencapai perkembangan seperti sebelumnya.”

Maksudnya sangat jelas; “perkembangan seperti sebelumnya” semasa era penjajahan, dengan penjajah menyediakan bahan mentah dan kos buruh yang murah, tetapi penjajah tiada “rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil” dalam kepentingan mereka sendiri.

Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu “kroninya” dengan membelanjakan ekonomi:

“Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata George Soros.

Pada Ogos 2004, apabila Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan rasuah dan liwat selepas 14 bulan perbicaraan, rakannya Al Gore, pada masa itu dalam bahang kempen Presiden melawan George W. Bush, mengambil masanya untuk bersuara lantang tentang kedaulatan undang-undang di Malaysia :

“Saya amat terganggu dengan keputusan yang diumumkan di Malaysia dalam kes Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim…. Perbicaraan yang diadakan dipaksa untuk mempertahankan standard keadilan antarabangsa yang olok-olok.”

Rakan-Rakan Anwar di Washington

Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, dia disambut oleh dua sekutu rapat di Barat, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

Paul Wolfowitz ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika
menghabiskan masa tiga jam melawat Anwar di Munich. Banyak benda yang
dibincangkan antara mereka berdua yang mengakibatkan selepas itu Anwar
telah berhijrah dan bermastautin di Amerika selama dua tahun (2005-2007)

Barangkali Wolfowitz, pada ketika itu sedang melaksanakan versi tentera “penukaran rejim” di Iraq, telah mengaturkan Anwar untuk mendapatkan jawatan di John Hopkins University School for Advanced International Studies (SAIS) di mana Wolfowitz pernah menjadi dekan di SAIS universiti itu.

Anwar juga telah mendapat jawatan di St. Anthony’s College, Oxford, England, ketika dia bertemu Gore, pada masa itu sedang melaksanakan perlindungan nilai kewangan di London, di bawah Generation Investment Management.

Anwar juga telah menghabiskan masa dengan rakan lamanya daripada oligarki (sekumpulan kecil orang yang berkuasa dalam pentadbiran) British, Chris Patten, bekas gabenor tertinggi Hong Kong, dan Gordon Brown, Perdana Menteri sekarang.

Kemudian Anwar kembali ke Washington, beliau mendapat jawatan yang menguntungkan antara lain, bekerja untuk Wolfowitz di Bank Dunia, mengenakan syarat terhadap negara membangun yang menolak bentuk “demokrasinya” yang telah rosak. Dia juga terlibat dalam sebuah projek yang dipromosikan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya, Liz Cheney, iaitu satu kegiatan yang bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada di dunia Arab yang dinamakan Foundation for the Future .

Apabila Wolfowitz perlu mencari tempat untuk menghantar teman wanitanya (Shaha Ali Riza), disebabkan potensi konflik kepentingan di Bank Dunia, Anwar menerimanya dengan tangan terbuka, mengalihkan hala tuju “anti-rasuahnya” ke arah yang lain apabila Wolfowitz mengaturkannya untuk membayar Shaha Ali Riza dengan gaji yang banyak tanpa cukai atas nama Bank Dunia.

Wolfowitz tidak lama kemudian disingkirkan daripada jawatannya kerana kelakuan hipokrit itu, walaupun wakil daripada negara membangun di Bank Dunia mempunyai sebab yang lain yang lebih serius untuk membuangnya keluar dari Bank Dunia.

Pada Februari 2006, Gore berkongsi pentas dengan Anwar di Jeddah Economic Forum, Arab Saudi. Gore berkongsi kedudukan dengan rakyat Malaysia yang lain pada 2007 : Gore dan Dr. Mahathir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan. Walaupun Gore menang, untuk cerita-cerita bohong genosid dalam filemnya, “An Inconvenient Truth”, Gore telah melaksanakan “Keamanan untuk Kubur” kepada berjuta-juta orang miskin di dunia.

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu
kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah
Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland
1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab
Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah
Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix,
badan pemikir Amerika di Timur Tengah. Ketiga-tiga mereka adalah anak buah Al Gore, mewakili Dubai, Malaysia dan Ireland.

Anwar Ibrahim kembali dalam politik sekarang. Dia telah menyatukan semua pembangkang dalam satu pakatan di bawahnya, dengan parti fundamental Islam dan parti kaum yang mewakili pecahan minoriti Cina dan India, yang enggan bekerjasama dengan pakatan kerajaan.

Walaupun parti- parti ini memenangi dua pertiga daripada kerusi parlimen, yang lebih daripada apa yang dimenangi oleh pembangkang dalam pilihan raya sebelum ini, Anwar telah bercakap besar bahawa dia boleh “memujuk” beberapa Ahli Parlimen untuk beralih pihak.

Adakah Al Gore, fasis hijau yang merupakan sebahagian daripada usaha pujukan Anwar itu?

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE