Saya tidak gembira bekerja di Kelantan – Kickdefella

“Sometime when you sacrifice something precious, you’re not really losing it. You’re just passing it on to someone else.”

-       Mitch Albom ‘The Five People You Meet in Heaven’

Saya telah menulis lama dahulu di blog ini bahawa saya menipu diri
saya jika saya mengatakan saya gembira di Kelantan. Masalah saya d
bermula dari hari pertama saya menjejakkan kaki di Perbadanan Menteri
Besar Kelantan lagi.

Perkara pertama yang dimaklumkan kepada saya oleh pengurusan PMBK
pada pagi pertama saya di situ ialah usaha-usaha sedang dijalankan
supaya saya mendapat ruang kerja di luar bangunan PMBK supaya saya
tidak diganggu oleh menantu Tuan Guru.

Pada bulan March 2008, selepas pilihanraya umum, COO PMBK meminta
saya mengosongkan pejabat saya di PMBK untuk memberi ruang bilik
pejabat itu kepada seorang pegawai baru.

Setahun kemudian, saya tidak lagi dijemput menyertai mesyuarat pengurusan PMBK.

Pada 14 Oktober 2009, saya telah diusir daripada bangunan PMBK oleh
2 pegawai PMBK yang bertindak diatas arahan CEO, ketika saya menghadiri
sessi dialog di situ.

Bila pihak media menanyakan samada saya sedia mendedahkan
penyelewengan di dalam PMBK, jawapan saya ialah, “sekiranya pihak
berkuasa memanggil saya, seperti penjawat jawatan awam, bekas penjawat
jawatan awam dan juga warga negara Malaysia yang lain, adalah menjadi
tanggungjawab memberi kerjasama.”

Saya juga berkata adalah satu amalan yang tidak sihat bila pihak
perbadanan seolah mengambil langkah yang menekan kakitangan bila ada
laporan SPRM dibuat (jika ada dan jika benar dibuat oleh kakitangan).

sumber – kickdefella

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE