Anwar Ibrahim bahas perbicaraan, isu – isu umat Islam

Oleh AIDC Translate

(CNN) – Anwar Ibrahim pemimpin pembangkang Malaysia,
yang sedang diadili di Kuala Lumpur bagi tuduhan liwat kali kedua,
bercakap kepada wartawan Wajahat Ali berkenaan
kontroversi dan berbahas mengenai konflik etnik dan agama serta masalah
yang dihadapi di dunia Islam.

Wajahat Ali: Dr. Ibrahim, sekarang ini anda hadapi
kontoversi, tuduhan jenayah liwat di Kuala Lumpur oleh bekas pembantu
anda. Perbicaraan itu sedang berjalan ketika kita berbicara sekarang dan
akhbar Malaysia mengelar peristiwa ini ‘Liwat 2′ kerana anda telah
dihukum atas tuduhan sama pada 1998 (kemudian di mana telah digugurkan
oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004). Anda juga telah jalani penjara
selama 6 tahun setelah dinyatakan bersalah pada 1998 kerana korup.
Pertama, jika tiada kebenaran atas tuduhan ini jadi mengapa pembantu di
bawah sumpah kebenaran dan beri keterangan amat terperinci untuk acara
kotor seperti itu dan juga boleh dikatakan penghinaan seperti
itu,memandangkan liwat adalah haram dan sangat tidak diterima di
Malaysia? Kedua, jika tuduhan ini ‘direka-reka’ (oleh parti pemerintah)
dan satu kepura – puraan, seperti anda dan penyokong telah katakan,
mengapa?

Anwar Ibrahim: Kerajaan ketika ini berada dalam
suasana ikhtiar hidup. Merasakan kematian sendiri berlarutan, dan
kehilangan idea-idea yang bolehkan kembali sokongan rakyat, strateginya
adalah merobohkan pembangkang dengan apa jua kos.  Sejak kemenangan
tidak disangka pada Mac 2008, berbagai serangan telah muncul untuk
meruntuhkan kerajaan negeri di bawah pemerintahan kami, mengancam dan 
mengugut para pegawai lantikan kita dan untuk melemahkan kepercayaan
awam terhadap keupayaan kita untuk memerintah.  Anda namakan dan ia
sudah kepada kami……Tuduhan yang dilontarkan terhadap saya harus dilihat
dalam konteks lebih luas. Faktanya ialah plot sama seperti 1998 berulang
kembali di mana mencerminkan kemiskinan tertentu dan kurangnya
kreativiti di pihak mereka. Mereka masih percaya beberapa bahagian
pemilih Melayu-Islam, kemungkinan akan tentukan keputusan Pilihan Raya
Umum berikutnya, akan diasingkan oleh tuduhan-tuduhan ini.  Saya musyki
ini berlaku. Ada undian untuk buktikannya dan ketika kita pergi ke
seluruh negara sekarang bilangan orang kadang-kadang dalam puluhan ribu.
Rakyat Malaysia lebih bijak dan lebih berhati-hati hari ini dan tidak
mudah ditipu.

Adapun sumpah di mahkamah dan di masjid – ini adalah lakonan yang
abaikan proses dan prinsip undang-undang. Dalam mahkamah undang-undang
sebenar, satu keputusan akan bersandar pada bukti objektif, tidak dapat
dipertikaikan. Tapi di Malaysia, menunjukan perbicaraan telah biasa
digunakan untuk memalukan dan menfitnah mereka yang bukan lagi menyokong
mereka. Ini memberi kita lebih semangat untuk berjuang untuk
pembaharuan.

(Kerajaan Malaysia telah tolak tuduhan dan tuntutan yang nyatakan
untuk mengenakan Anwar dan parti politik beliau. Kerajaan juga bantah
tuduhan terlibat dalam kes liwat Anwar.)

Wajahat Ali: Malaysia promosi dirinya sebagai aman,
demokrasi, pelbagai etnik, negara Islam. Pada 31 Dis, mahkamah putuskan
bahawa bukan Islam, iaitu Kristian, akhirnya dibenar untuk guna
perkataan ‘Allah’ sebagai ganti nama untuk Tuhan, di mana kerajaan
pantas merayu. Setelah berkuasa, hampir 11 gereja-gereja telah diserang,
orang Kristian telah diganggu, dan juga sebuah kuil Sikh dan beberapa
masjid telah dirosakkan. Kedua-dua rayuan kerajaan dan cara beberapa
Melayu dilihat ke cadangan diskriminasi terhadap tetangga bukan Islam.
Kebanyakan di Amerika menganggap perkara berlaku disebabkan antagonisme
dan elitisme semula jadi Islam terhadap ‘lain’. Bagaimana anda
menerangkan fenomena ini, dan mengapa istilah ‘Allah’ hanya dikhaskan
bagi orang Islam?

Anwar Ibrahim: Cara menangani isu Allah hantar mesej
salah kepada seluruh dunia mengenai Islam. Dalam keadaan semasa
xenophobia di Eropah dan Amerika Syarikat, bagaimana kita boleh sebagai
orang Islam berkata kita lebih baik bila melayan warganegara kita bukan
Islam dengan penghinaan dan tidak hormat? Adalah aneh masalah ini hanya
berlaku di Malaysia dan bukan di Timur Tengah atau bahkan Indonesia.

Dialog dan persefahaman sangat penting. Media utama semuanya dikawal
oleh pemerintah sepatutnya meyediakan sudut pandangan semua dan bukan
hanya pandangan paling extream yang menyokong kerajaan. Isu-isu sensitif
yang sentuh sentimen agama dan etnik harus ditangani dengan hati-hati.
Sebaliknya kerajaan biarkan kes ini melalui mahkamah, dibenarkan
demonstrasi pembakaran awam dan selepas situasi meletup dalam keganasan
para pemimpin mula buat kenyataan untuk lebih mengukur dan memanggil
supaya bertenang. Saya temukan ini menyedihkan.

Di Malaysia bergaya seperti para pemimpin Muslim lebih banyak kaitan
dengan politik daripada agama dan ideologi. Kerajaan pemerintah berharap
dengan mengambil langkah keras ia akan dapat beberapa sokongan daripada
sayap kanan di mana partinya berasas.  Baru-baru ini merotan individu
lakukan hubungan seksual tidak sah adalah juga sebahagian usaha kerajaan
untuk tingkatkan kepercayaan Islam terhadap kerajaan dan gambarkan
pembangkang adalah lemah dan tunduk kepada tekanan antarabangsa.

Saya memahami ada kebimbangan besar terhadap kemampuan masyarakat
Islam kontemporari untuk tangani isu-isu pluralisme dan kepelbagaian.
Malaysia tidak membantu tangani isu untuk mereda rasa takut ini.  Tetapi
terdapat sinar harapan. Kami telah gunakan insiden ini sebagai peluang
untuk lancarkan siri dialog antara agama di seluruh negara. Dan saya
didorong oleh kenyataan daripada Parti Islam SeMalaysia, PAS, di mana
telah keluar sokongan kuat terhadap hak-hak seluruh rakyat Malaysia di
bawah perlembagaan, yang jamin kebebasan bersuara dan agama.

Wajahat Ali: Berkait pada soalan tadi, apakah ada
ruang bagi orang Islam dan bukan Islam untuk hidup harmoni di Malaysia?
Jika parti anda punyai kuasa, bagaimana menangani situasi saat ini dan
kemudian menerapkan perubahan yang akan meminumkan konflik etnik dan
agama di masa depan?

Anwar Ibrahim: Islam Asia Tenggara dikenali dengan
pendekatan inclusivistic. Agama datang ke kawasan ini melalui
pedagang dari Arab dan oleh guru Sufi yang terintegrasi dengan budaya
dan landskap sosial. Sementara Islam secara berperingkat menjadi tamadun
dominan ini tidak dilakukan dengan korbankan kumpulan lain. Bahkan saya
teringat kembali pada tahun 90an kita berkumpul untuk pertama kalinya
persidangan tentang Islam dan Confucianism yang membuatkan penubuhan
sebuah jabatan di Universiti Malaya di atas topik ini. Ini dalam fikiran
saya menunjukan potensi besar kita masyarakat multi etnik.

Ketegangan agama sekarang  adalah fenomena baru bahawa sebahagian
besar mereka merupakan hasil daripada konflik politik berbanding
antagonisme keagamaan. Ini bukan untuk abaikan cabaran Malaysia berwajah
sebagai multi-etnik, masyarakat multi-agama.

Ketegangan keagamaan sekarang yang dipamerkan baru-baru ini adalah
fenomena bahawa mereka adalah sebahagian besar akibat konflik politik
berbanding penentangan mendalam keagamaan. Ini bukan untuk abaikan
cabaran Malaysia hadapi sebagai multi-etnik, masyarakat multi-agama.
Tapi bagi sebahagian besar ketegangan tersebut dapat diatasi melalui
usaha untuk promosi integrasi dan interaksi lebih besar dalam
masyarakat. Ahli politik malangnya telah temui untuk burukkan ketegangan
etnik dan agama sebagai satu alat untuk satu sistem politik yang
menguntungkan segelintir dengan mengorbankan banyak. Kita lihat
usaha-usaha yang disengajakan untuk pancing ketegangan keagamaan untuk
dijadikan alasan untuk tekan kebebasan sivil dan justifikasi
kesinambungan polisi lepas berdasar bangsa.

Penawar untuk perilaku ini adalah kembalikan kredibeliti
institusi-institusi masyarakat sivil. Media harus bebas, ahli politik
harus bertanggungjawab melalui pilihan raya adil dan bebas dan kehakiman
harus berupaya berfungsi tanpa campur tangan dari ahli politik. Ekonomi
juga faktor penting dalam kesamarataan. Ketidaksamarataan pendapatan di
Malaysia merupakan salah satu yang terburuk di dunia. Meskipun puluhan
tahun dasar tindakan afirmatif  direka untuk mengangkat kaum miskin dan
Melayu terpinggir, di Malaysia yang kaya semakin kaya sedangkan yang
miskin tetap miskin dan itu termasuk Melayu, Cina, dan India miskin.

Kita perlu mengkaji semula dasar rancangan ekonomi dan bagaimana
negara membahagikan kesejanteraan dan sumber. Tindakan afirmatif kekal
penting untuk pastikan bahawa masyarakat miskin terpinggir tidak
dilupakan.  Tetapi tiada alasan untuk kecualikan miskin Cina dan India
dari dasar, sebagaimana telah begitu lama berlaku. Endemik rasuah telah
menyebabkan pengkayaan beberapa ahli perniagaan dan ahli politik tetapi
majoriti besar kekayaan mereka tidak pernah menitis ke bawah.

Jika kita dapat atasi beberapa kelemahan yang paling asas dalam
pengurusan dan akauntabiliti saya cukup yakin Malaysia akan berada di
kedudukan lebih baik untuk bina masyarakat damai.

Wajahat Ali: Presiden Barrack Obama diberi tepukan
gemuruh dan standing ovations dan undian menakjubkan daripada
masyarakat Islam di seluruh dunia tahun lalu semasa beliau sampaikan
pidato bersejarah di Kaherah. Setahun kemudian, terdapat penurunan
signifikan dalam undian baik dalam dan luar negeri. Bagaimana
kepercayaan orang Islam terhadap beliau dan Amerika sebagai ‘rakan
sejati’ dalam 2010 banding dengan pemerintahan Bush? Apa yang Obama
harus lakukan untuk dapatkan kembali kepercayaan orang Islam dan capai
pakatan sejati antara Amerika dan orang Islam di seluruh dunia?

Anwar Ibrahim: Ketika beliau menang saya berkongsi
kepercayaan tinggi seperti orang lain bahawa pemerintahan beliau akan
wujudkan episod baru dalam hubungan antara Amerika dan dunia Islam. Saya
tidak berharap beliau berseorangan untuk selesai semua masalah. Lagipun
beliau bukan khalifah. Beliau ialah Presiden Amerika, dan terikat
dengan peraturan penting. Tapi beliau jelas lebih baik daripada
kepimpinan terdahulu dan kami hargai pidato Kaherah, di mana merupakan
kenyataan bersejarah dan kukuh persahabatan antara dua tamadun.

Kenyataan beliau – seperti menutup Guantanamo, tamatkan aktiviti
penempatan di Tebing Barat dan galakkan persetujuan dua negara, tarik
diri dari Iraq dan cari penyelesaian diplomatic untuk berurusan dengan
Iran – ialah kenyataan yang tepat. Malangnya beliau belum penuhi
inisiatif utama. Ketika saat ini, beberapa perbezaan dapat dilihat
antara dasar luar negeri beliau dan bawah pemerintahan Bush. Saya tetap
optimis hingga sekarang – terlalu awal untuk beri keputusan akhir.

Saya percaya umat Islam bersedia beri peluang kepada sesiapa pun yang
menduduki Rumah Putih. Umat Islam menghormati Amerika sebagai negara
demokrasi dan ingin lihat dasar yang adil dan konsisten. Kerana ia
menjadi bukti nyata dalam pendekatan pentadbiran Obama ia dilihat dalam
tangani secara adil dalam selesaikan konflik Arab – Israel dan tunjukkan
lebih belas ihsan (ketika) bila berurusan dengan Afghanistan, di mana
ribuan orang tidak berdosa masih dibunuh. Jika tidak saya takut perkara
baik beliau bina akan dilupakan.

Wajahat Ali: Mengapa pendudukan Israel di Palestin
begitu banyak pengaruhi emosi dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia
sedangkan umat Islam juga sangat menderita di Iraq, Afrika, Russia,
Afghanistan dan sebagainya? Bolehkah umat Islam bergerak ‘melampaui’
masalah Palestin?

Anwar Ibrahim: Hal ini sering dilupakan bahawan
Baitulmuqaddis memegang keistimewaan, simbol bermakna bagi umat Islam
sebagai tempat Nabi Muhammad naik ke Syurga. Malah, umat Islam yang
hidup zaman nabi bersolat menghadap arah Bailtumuqaddis sehingga
kemudian diberikan arahan untuk beralih menghadap Kaabah ketika
bersolat. Ini membuatkan Baitulmuqaddis dan semua laluan masuk ke
tempat-tempat suci sangat relevan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Tentu sahaja ada kemarahan mendalam ke atas pencerobohan Iraq dan
Afghanistan. Konflik berpanjangan di negara-negara lain, pengenaan
rejim-rejim bersifat diktator dan warisan kolonialisme dan kemiskinan
berleluasa merupakan faktor-faktor yang pengaruhi hubungan. Tapi konflik
Arab-Israel telah tiba untuk lambangkan rungutan keseluruhan dunia
Islam dengan campurtangan kuasa-kuasa asing dalam urusan kita.

Kekecewaan kami dengan Amerika Syarikat bermula dari ketidakcekapan
menangani konflik. Mempertimbangkan keputusan pilihan raya Palestin yang
diadakan secara demokratik dan bawa Hamas terajui kuasa. Amerika hukum
warganegara Palestin untuk pengundian (dengan) suara hati mereka. Atau
pertimbangkan (Israel) kepungan terhadap Gaza – contoh lain daripada
hukuman kolektif yang digunakan untuk paksa keputusan politik berbeza.
Jika Amerika dianggap tidak konsisten dalam terapkan prinsip-prinsip
kebebasan, keadilan dan penentuan nasib sendiri di Palestin maka umat
Islam di tempat lain akan punyai waktu sukar untuk percaya retorik yang
nyata.

Dan kegagalan untuk capai perdamaian yang bermakna beri kerajaan
Islam autorotarian kesempatan yang mudah untuk capai sokongan politik
daripada penderitaan rakyat-rakyat Palestin. Menyalakan api anti-Amerika
dan anti-Semitisme adalah pengalih perhatian bijak daripada bau busuk
di belakang mereka sendiri, iaitu rasuah berleluasa, pengingkaran
terhadap hak asasi manusia, penyalahgunaan kuasa dan penindasan
masyarakat awam.

Wajahat Ali: Adakah anda berpendapat inilah masa
untuk umat Islam menyesuaikan rungutan-rungutan mereka dan sumber-sumber
mangsa?

Anwar Ibrahim: Apabila Abu Gharib benar belaku
dikutuk sebagai ketidakadilan yang mengerikan dan datang untuk
lambangkan kesalahan tentang pecerobohan Amerika dan penaklukan Iraq.
Tetapi umat Islam harus konsisten. Kekurangan proses wajar,
keadaan-keadaan penjara mengerikan dan rasuah dalam agensi-agensi
penguatkuasaan undang-undang adalah masalah sangat serius dalam
negara-negara orang Islam yang mana harus juga dikutuk. Jadi, ketika
banyak kerajaan Islam serang Amerika mereka adalah hipokrit.

Orang Islam telah nyatakan pandangan jelas mengenai hal ini. (Gallup)
Tinjauan Dunia Islam tunjukkan bahawa majoriti orang Islam lebih
memilih kerajaan yang lebih demokratik, lebih telus dan lebih
berperikemanusian daripada apa ada sekarang ini. Di mana bermaksud ramai
sangat menyokong perubahan dalam kerajaan yang korup dan autoritarian
yang ada di seluruh Timur Tengah. Kehampaan yang ramai orang Islam
dengan Barat adalah Amerika sering nyatakan perkara tentang demokrasi,
tetapi menutup mata terhadap beberapa diktator terburuk. Jadi mereka
tersepit di kedua belah pihak – kerajaan dan mereka sendiri yang disebut
penyelamat dari Barat.

Pendapat saya penindasan dan ketidakadilan harus dikutuk di mana dan
macam mana pun dan umat Islam harus berada di depan dalam perjuangan
untuk keadilan. Kalau tiada apa apa yang kami berharap untuk katakan
kepada dunia tentang nilai-nilai dan etika?

Wajahat Ali: Adakah anda percaya bahawa demokrasi
dan Islam mampu hidup beriringan, terutama sebagai fungsi sistem
kerajaan di era moden? Dilihat daripada sejarah lampau, nampaknya Islam
dan politik tidak dapat dipisahkan.

Anwar Ibrahim: Pengalaman demokrasi di dunia Islam
tidak seluruhnya negatif seperti soalan yang diajukan. Gerakan
kemerdekaan sering berdasarkan parti politik yang menyeluruh di sekitar
prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan. Pejuang kemerdekaan tidak
mengusir penjajah mereka hanya ingin gantikan dengan diktator kejam.
Sebaliknya – ada demokrasi wujud di tempat-tempat seperti Indonesia,
bahkan Iran dan Iraq pada tahun 1950. Pengkhinatan besar terjadi
kemudian, ketika pemimpin atasan secular, atas nama nasionalisme,
sosialisme atau modernisme, merampas kerajaan dan kekejaman dikenakan
lebih buruk daripada apa yang ada di bawah kolonialisme.  Tapi mari kita
lebih jelas – ini adalah gerakan sekular yang gunakan agama hanya untuk
beli kuasa daripada rakyat.

Oleh itu sangat bersejarah melihat demokrasi kembali muncul di
tempat-tempat seperti Indonesia dan Turki. Transformasi aman di
Indonesia kepada demokrasi Islam terbesar di dunia merupakan satu
perkembangan paling penting di dunia. Begitu juga, Turki telah mengambil
tempatnya sebagai satu demokrasi bersemangat. Dan apa lebih menarik
ialah di Indonesia dalam pilihan raya umum baru-baru ini parti Islam
lebih konservatif dibenar untuk berkempen secara terbuka – dan mereka
telah diberi kekalahan. Ini tidak perlukan mereka dikunci dalam penjara.
Sebaliknya rakyat sendiri memilih untuk sebuah sistem yang inklusif,
demokratik dan masa sama sedar keagamaan negara dan warisan kebudayaan.

Wajahat Ali: Anda sangat aktif dalam media baru
dengan profil Facebook popular dan aliran berterusan tweets
daripada akaun Tweeter anda. Bahkan, anda dan ramai penyokong anda telah
tweeting sepanjang perbicaraan. Tahun lalu, rakyat Iran
berjaya mengunakan Twitter untuk mengajar dunia tentang bantahan harian
terhadap tindakan kerajaan seterusnya keputusan pilihan raya yang
kontroversial. Pertama, apa anda ingin capai oleh tweeting
sepanjang perbicaraan anda? Kedua, adakah anda percaya media baru dan
internet adalah kenderaan tranformasi bagi umat Islam di abad ke 21
untuk rebut kembali suara politik dan keagamaan mereka, yang telah
didiamkan atau dirampas oleh orang-orang mendakwa benar dan berkuasa.

Anwar Ibrahim: Media baru telah jadi batu penjuru
kepada pembangkang untuk berkomunikasi. Akhbar perdana di Malaysia telah
dikawal sepenuhnya oleh kerajaan tetapi Internet tetap percuma. Usaha
tahun lalu untuk perkenalkan penapisan Internet telah cepat dibantah,
tidak hairanlah, dengan respons yang sangat besar pengguna Internet di
Malaysia.

Liputan perbicaraan saya telah cukup baik di media antarabangsa,
tetapi di tempatan anda akan terkejut betapa kejam dan hina fakta
menjadi manipulasi. Kami harus aktif ke udara dan bina cara-cara
inovatif untuk capai konstitusi online dan offline untuk imbangi defisit
maklumat.

Dan kami juga sedara ada generasi baru Malaysia yang masih terlalu
muda untuk ingati gerakan Reformasi yang bermula satu dekad lalu.
Mengapai kepada mereka akan berlaku sebahagian besar daripada teknologi.

Saya tidak pernah percaya teknologi adalah ubat mujarab. Tetapi ia
jelas menukar arah politk dan dasar di seluruh dunia. Presiden Amerika
Syarikat bertungkus lumus kempen secara talian dan bersambung sementara
di pejabat, tapi punyai kumpulan ekstremis. Parti-parti pembangkang di
Malaysia aktif tarik pengundi di atas talian. Yang pada akhirnya
keuntungan daripada teknologi bergantung kepada dua sebab – strategi
pelaksanaan dan kualiti mesej. Maklumat cenderung untuk pergi dengan
pantas dengan apa cara pun jika ada permintaan untuk kandungan.

Wajahat Ali ialah penulis drama, wartawan, peguam, pelawak dan
perunding. Beliau ialah seorang peyumbang untuk The Washington Post, The
Guardian, Huffington Post, McSweeney’s Quarterly Journal, Counterpunch
dan Chowk. Beliau adalah Editor Bersama dari majalah atas talian Muslim
Amerika Altmuslim.com dan editor majalah Illume. Beliau juga hasilkan
sebuah blog: “Goatmilk: An Intellectual Playground”

sumber: http://www.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/03/04/malaysia.anwar.interview/index.html?iref=allsearch

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE