Kalimah Allah – Bible BM : Apa Autoriti Anwar Janji Dengan Archbishop Jerusalem, Israel ?


AIDCNews – 25/04/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Miri, Sarawak pada 8 April 2011 mengakui beliau banyak berunding dengan Arbishop-Arbishop luar negara, termasuk Sepanyol, Jerman dan Jerusalem, Israel berkaitan dengan kalimah Allah.

“Bila orang tanya mengenai isu Allah, saya kata, muslim tiada sebab untuk nafikan, nafikan (penggunaan kalimah itu) kepada sesiapa (khususnya penganut Kristian).

“Arbishop Jerusalem, nama Arbishop Jerusalam Atallah Hanna, Kristian. Tapi kalau (dia) datang ke Kuala Lumpur, kena tukar nama dia..Ata ul God Hanna. Sebab tak boleh”, kata Anwar yang memperlekehkan usaha Majlis Agama Malaysia yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian.

“Siapa nama Nabi kami, Muhammad. Siapa nama ayah dia, Abdullah. Nama Allah itu, 70 tahun sebelum Nabi (Muhamad) jadi Rasul…sebelum Islam nama Allah (telah) digunakan.

“Jadi, siapa kita hari ini hendak menafikan penggunaan kalimah Allah (kepada penganut Kristian) ?”, katanya.

Atallah Hanna (kiri), Archbishop dari Jerusalem



Selain dari Kalimah Allah, Anwar juga turut bersetuju Bible diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.

“Kitab Injil…Bible. Kita kata, oleh kerana isu Allah dibolehkan, (maka) kitab Injil (juga) boleh.

“Apa hak kita nak halang. Oh..tak boleh (Bible) dalam Bahasa Melayu. Kemudian, dok promosi Bahasa Malaysia. Berapa tahun merdeka. 50 tahun. BN, 50 tahun merdeka, awak tidak boleh selesaikan masalah isu yang simple berdasarkan bahasa, Kalimah Allah, awak masih berkompromi ikut negeri, ikut politik.

“Saya beritahu awak, jangan percayakan mereka (BN)..kepimpinan parti tidak boleh menyelesaikan perkataan God dan Allah. Mereka tidak boleh dipercayai..” katanya lagi.

Pendedahan Bishop Philip Lok Berkenaan Janji Anwar

Pada 10 Januari 2010, semasa Anwar melawat Gereja Luther, Petaling Jaya, beliau sekali lagi dituntut supaya memperteguhkan janjinya untuk mempertahankan kalimah Allah kepada penganut Kristian.

Dalam ucapan alu-aluan Bishop Philip Lok, beliau meminta Anwar mempertahankan hak penggunaan nama Allah kepada Kristian, kerana beliau tahu Anwar mampu melakukannya berdasarkan pengaruhnya yang kuat dalam parti Islam.

Anwar Ibrahim Program Common Word (dialog Kristian-Muslim), Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Perhatikan logo bertanda bulat yang merupakan logo Jesuit (Persatuan Jesus Sedunia). Adakah Anwar telah dikaderkan menjadi hamba kepada Jesuit ?


Menurutnya Anwar perlu memperteguhkan sikapnya untuk menyokong penggunaan nama Allah dikalangan penganut kristian sebagai memenuhi janji yang telah dilakukan oleh Anwar semasa dialog Kristian-Muslim di University Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun itu.

Dalam dialog di Amerika Syarikat itu, Anwar telah berbincang dan berjanji dengan Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel bernama Biskop Munib Younan untuk membenarkan kalimah Allah kepada Kristian.

Menurut Bishop Philip Lok, ekoran janji Anwar itu, Bishop Younan telah menghantar surat kepada seluruh gereja Lutheran Malaysia dan Singapura untuk mendesak Anwar menunaikan janjinya untuk memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Malaysia.

Dari kiri; Bishop Phillip Lok dari Lutheran Church di Malaysia & Singapore; Bishop Ng Moon Hing dari Anglican (no 3 dari kiri), Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the Christian Federation of Malaysia (CFM); Anwar Ibrahim dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik, Petaling Jaya(paling kanan)


Sebaik sahaja selesai perjumpaan dengan paderi dan aktivis Kristian di Petaling Jaya itu, Anwar telah mengemukakan kenyataan media dalam bahasa Inggeris di Luther Centre (Dataran Gereja Luther) yang antara lain mendesak pihak kerajaan memperteguhkan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Artikel 11, Perlembagaan Negara. Klik di sini

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE