Anwar Ibrahim tak layak disamakan dengan Rasulullah !

| 1 Comment | 0 TrackBacks

Seperti yang dijangka, ramai pengikut-pengikut PAS yang menurut langkah Nik Aziz memuji-muji serta menyanjung ketegasan Anwar Ibrahim yang kononnya sama seperti Rasulullah saw.

Mereka begitu berbangga apabila Wali tersohor PAS itu sanggup menurunkan taraf Rasulullah semata-mata demi menaikkan imej Anwar yang semakin jatuh merudum akibat dosa-dosa lampaunya.
Kenyataan Nik Aziz ini dilihat sebagai satu sokongan moral buat Anwar yang semakin tertekan didalam menghadapi isu liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan yang sedang berjalan di Mahkamah.

Namun benarkah tindakan Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Nabi ini mampu memperbaiki imej warak Anwar dan mengembalikan simpati rakyat kepadanya? Kesan dari isu liwat Anwar ini terlalu besar dan tak mungkin Nik Aziz atau sesiapapun pemimpin Pakatan dapat menutup keaiban Anwar.

Sebenarnya, tindakan Nik Aziz ini selain dari menjatuhkan maruahnya sendiri, ia juga makin memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap Anwar. Masyarakat melihat tindakan Nik Aziz sebagai satu tindakan yang amat terdesak bagi mencari simpati dari rakyat.

Tambahan pula, layakkah seorang yang takut bersumpah dengan nama Allah seperti Anwar disamakan tarafnya dengan nabi sedangkan Saiful telah membuktikan keikhlasannya dengan bersumpah mubahalah?

Layakkah seorang manusia seperti Anwar yang lintang pukang lari bersembunyi di Kedutaan Turki mendakwa dia diugut bunuh selepas Saiful membuat laporan Polis kes liwatnya diangkat setaraf nabi?

Apakah Nik Aziz mahu menyamakan tindakan Anwar bersembunyi itu sama dengan kisah Rasulullah bersembunyi didalam Gua Thur sewaktu awal Hijrah akibat dari ancaman bunuh puak Quraisy?




Jika begitu, Mat Sabu juga bolehlah Nik Aziz samakan dengan Nabi ketika baginda berkhalwat di Gua Hira' untuk menerima wahyu. Bezanya cuma Mat Sabu berkhalwat didalam bilik 121 bukan untuk menerima wahyu tetapi menunggu bini orang "diturunkan wahyu".

Ini semua hanya permainan politik Nik Aziz yang sejak sekian lama mempergunakan Islam dan menjual nama rasul dan sahabat baginda demi kepuasan nafsu serakah politiknya.

Kalau diteliti semula, semua sifat dan perbuatan pemimpin Pakatan khususnya PAS akan dikaitkan dengan para sahabat serta baginda Rasulullah sendiri. Hinggakan kafir harbi yang memusuhi Islam seperti Lim Guan Eng juga diangkat setaraf dengan Umar R.A.

Tak mengejutkan semua ini menjadi amalan gerombolan sesat ini kerana Nik Aziz sendiri pernah menyamakan dirinya seumpama Nabi apabila menuduh kerajaan menghalangnya menunaikan Umrah tajaan RM 65K dahulu sepertimana kaum Quraisy yang halang Rasulullah mengerjakan haji.

Semua hal ini membuktikan hati perut PAS itu telah semakin busuk hingga ke ususnya dan semakin SESAT didalam kegelapan akibat berkawan dengan syaitan yang sepatutnya dijadikan musuh.

Semoga mereka semua sempat kembali ke pangkal jalan dan diberi hidayah oleh Allah swt.

mykmu

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/2243

1 Comment

A.w.w. sdr/sdri seiman. Politik sebenarnya tidak kotor, tetapi ramai pemain politik yang kotor. Kalau dah tak ada lagi orang lain nak puji, sesama sendiri puji pun jadilah walaupun yang dipuji itu belum tentu layak menerima pujian tersebut. Setakat Nik Aziz puji Anwar dgn menyamakannya spt Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. tidak sedikitpun mencemarkan kemulian dan darjat Kekasih Allah s.w.t. itu. Sebaliknya, spt kejadian golongan kafirun di Barat yg mempersendakan Rasulullah s.a.w. dgn kartun2 yg menjijikkan, ia membawa kesan positif: semakin ramai orang Barat yg mahu kenali dan seterusnya menerima Islam sebagai agama mereka. Dalam cubaan 'desperado' Nik Aziz dan penyokong2 taksub Anwar yang lain untuk memulihkan dan membersihkan kembali imej idola mereka yg semakin hari semakin robek akibat perbuatannya sendiri, ia membawa 'kesan boomerang'. Mengapa tidak? Banyak sekali sebab2nya. Pertama, dalam perjuangan mentauhidkan Islam Rasulullah s.a.w. memang tegas dan tidak sekali2 bersekongkol dgn musuh2 Allah s.w.t. Baginda cukup tegas MENJAUHI seteru2 Allah s.w.t. sebaliknya Anwar pula tegas bukan sahaja MENDEKATI malah BERBAKTI kepada musuh2 Allah s.w.t. Kedua, Rasulullah s.a.w. tegas membawa mesej dan panji2 Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah yang tidak sama dengan agama2 lain tetapi Anwar mengetengahkan konsep pluralisme agama di mana Islam=Kristian=Yahudi=agama2 lain. Ketiga, Rasulullah s.a.w. juga tegas menegakkan konsep kejujuran dan keikhlasan tetapi sebaliknya Anwar lebih selesa dgn konsep hipokrit atau talam dua a.k.a. munafik. Ini jelas ditolak oleh Rasulullah s.a.w. spt yg diriwayatkan menerusi sepotong Hadisnya yg disampaikan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: "Sesungguhnya, sejahat-jahat manusia ialah orang yang bermuka dua." (H.R. Imam Bukhari). Malah, Anwar sekarang bukan sahaja melanggar dasar perjuangan Rasulullah s.a.w. yg berusaha menyatupadukan seluruh umat Islam sebaliknya dia lebih rela melihat Islam dan umatnya berpecah seperti penolakannya terhadap sebarang usaha menyatupadukan umat Islam UMNO dan PAS. Jadi, di manakah dapat kita melihat walau sedikit pun persamaan ketegasan Antara Anwar dgn Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. spt penegasan Nik Aziz itu? Jelas sekali 'kesan boomerang' akan terbukti apabila semakin ramai rakyat Malaysia sedar bahawa ciri2 keperibadian dan sifat Rasulullah s.a.w. iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah sebenarnya tidak dapat dilihat pada diri Anwar. Atau mungkinkah Nik Aziz sebenarnya mempersendakan Anwar di sebalik hamburan pujiannya..... Wallahhualambissawab.

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…