Zulkifli Noordin tahu perjalanan Anwar ke Sungai Buloh ?

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Zul-Anwar-Azizah1
Gambar kenangan semasa sarapan pagi didalam lokap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan kes liwat pertama tahun 1999.

AIDCNews

KUALA LUMPUR - Ekoran dicabar oleh Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail supaya kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar kembali Wan Azizah supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR kerana kegagalannya memimpin secara berkesan parti tersebut.

"Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH. Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR" kata Zulkifli, dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk "Cukuplah Kak Zah".

Zulkifli turut percaya jika Wan Azizah berterusan menjadi pemimpin boneka, yang sentiasa diperalatkan oleh firaun-firaun kecil PKR, bukan sahaja cita-cita suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya akan musnah, malah peta perjalanannya akan berubah ke Sungai Buloh pula.

Kata-kata sinis Zulkifli ini mempunyai makna yang mendalam kerana Anwar Ibrahim ketika ini sedang menghadapi perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi kerana didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zulkifli yang sebelas tahun dahulu merupakan salah seorang peguam liwat Anwar, dikatakan enggan menjadi peguam Anwar apabila ketua umum PKR itu sekali lagi didakwa melakukan seks luar tabie itu.

Tetapi Zulkifli bersedia menjadi peguam Anwar bagi kes qazaf yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Namun, sehingga ke hari ini, status kelayakan beliau dipertikaikan oleh pihak defendan.

Dalam masa yang sama Zulkifli turut mengingatkan Wan Azizah bahawa Islam tidak hanya terletak kepada pemakaian dan aspek luaran, tetapi mencakupi semua aspek terutamanya niat dan tindakan.

"Islam tidak terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang dipakainya. Saya menghormati pendirian Datin Seri Wan Azizah tidak mahu bersentuhan tangan dengan lelaki bukan muhrimnya, tetapi Islam itu lebih daripada sekadar sarung tangan sutera ala Michael Jackson tersebut", kata Zulkifli.

wanazizahpakai glove
WanAzizahtakpakaiglove

Dua hari lepas semasa Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam, Wan Azizah mencabar ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu meletakkan jawatan kerana "mengambil kerusi yang bukan miliknya".

Mengulas lanjut isu ahli parlimen parti itu yang meninggalkan parti seorang demi seorang, Wan Azizah menyatakan kekecewaannya ekoran tindakan itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

"Pada (menjelang) 16 September (tahun lepas) semua datang. Tetapi apabila saudara Anwar difitnah sekali lagi, siapa yang tinggalkan kita?

"Siapa yang tinggal (bersama kita). Biarkan mereka, biarkan luncai dengan labu-labunya," katanya.


No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/1111

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…