Oleh Pochong, AIDCclub
Runtuhnya World Trade centre pada 11 September
2001 menyaksikan dunia di momokkan islam merupakan agama yang
menganjurkan keganasan. Tragedi kecelakaan itu menyebabkan Amerika dan
barat menyerang sejauh mungkin agama Islam hingga imej orang Islam
tercemar di seluruh dunia.
Sesiapa yang
mempunyai kaitan dengan islam samada nama atau pelauan akan menghadapi
tindakan dikriminasi dan syak wasangka dari pelbagai pihak di dunia
barat, dalam tempoh ini pelbagai penyesuaian dilakukan negara Islam
bagi membuktikan bahawa mereka bukan tergolong dan pendokong kumpulan
pengganas Islam seperti di bawa oleh barat.
Bermula tarikh itu juga barat seakan menjadikan ia
sebab untuk merangka pelan menguasai dunia Islam kerana menyedari
idealis sosialisme /komunis telah lebur di tangan komspirasi barat dan
tidak lagi mampu menjadi ancaman.
Bermula
dari titik tersebut islam telah dilabelkan dengan pelbagai nama seperti
kumpulan garis keras dan garis lembut. Suatu istilah yang tidak pernah
wujudpun sebelum ini dalam penakrifan Islam. Tatkala dari situ juga
barat secara diam-diam telah mewujudkan kumpulan garis tengah yang
bermatlamat membawa islam liberal atau moderate muslim kepada ruang
yang lebih besar didunia islam.
Modus
operandi rahsia ini dilaksanakan sepenuhnya dibawah agensi yang ada
kaitan dengan institusi tajaan Amerika, ditunjangi oleh National
Endowment for Democracy (NED) sebuah agensi yang mengambil alih peranan
CIA bagi mengaburi mata musuh Amerika.

Melalui NED Istilah Demokrasi telah dijadikan senjata utama kumpulan ini untuk menguasai dunia islam seperti kaedah kapitalis yang digunakan Amerika untuk menghancurkan idelogoli komunis/sosialis di eropah Timur dan Kesatuan Soviet.
Menurut Philip Philip
Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee merupakan
seorang bekas pegawai CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi
perisikan itu pada tahun 1968. Klik sini
Menurut
Agee lagi, CIA telah menghulurkan wang kepada NED untuk menjalankan
kerja-kerja yang pernah dimainkan oleh CIA semasa tahun 70-an. NED hari
ini menurut beliau dikenali sebagai CIA wajah baru yang banyak
menjalankan operasi-operasi sulit di luar negara dengan bertopengkan
"Projek Demokrasi".
Di NED mereka telah
membentuk Kumpulan moderate muslim dari kalangan tokoh-tokoh islam yang
menepati criteria mereka, lingkungan peminpin ini sekiranya ingin
dilihat secara mudah berada di konsvesyen-konvesyen yang dihadiri Anwar
Ibrahim seperti sidang islam dan barat dihadiri Anwar di Doha Qatar,
Perth dan Amerika Syarikat.
Kesemua
tokoh-tokoh ini sekiranya dinilai satu persatu berpaksikan kepada
fahaman Islam liberal dan kebiasaannya mendokong prinsip demokrasi
barat dan sepadu dengan pemahaman hak asasi anjuran barat dan bersifat
pro pluralisme agama. Tokoh intelektual Islam seperti Syed Hossien Nasr
dianggap orang penting kumpulan ini untuk mengerakkan agenda Islam ala
Amerika.
Amerika dan barat melalui
media yang berada dibawah kekuasaannya akan mempromosi tokoh2 yang
wujud melalui kumpulan ini untuk diangkat sebagai hero baru umat Islam
dengan matlamat akhir tokoh tersebut mampu diangkat sebagai ketua
kerajaan di negara Islam.
Melalui NED
dan lingkarannya tajaan diaturkan dengan pelbagai program untuk
membantu kelompok ini mendapat tempat di dunia islam. Di Malaysia cuba
kita perhatikan siapa yang menaja Institut kajian Dasar milik Khalid
Jaafar yang menjadi kumpulan pemikir kepada Anwar, begitu juga dengan
Anwar Ibrahim Club (AIC) kumpulan yang menjadikan Anwar sebagai Idola.
Adalah jelas kedua kumpulan ini dibiayai oleh dua buah yayasan Jerman
yang memainkan peranan yang sama dengan apa yang dilakukan oleh NED di
Amerika.
Akhir-akhir ini terdapat
kecenderungan tokoh islam yang berada diluar lingkungan muslim moderate
ini akan di anggap sebagai kumpulan garis keras dan musuh kepada barat
dan Amerika.
Lantaran
itu ia menyebabkan ramai tokoh Islam mengambil tindakan yang dilihat selari dengan apa dilakukan oleh kelompok muslim moderate kecuali
beberapa pihak seperti Iran yang begitu berani melawan agenda Amerika.
Di Malaysia apa yang berlaku terhadap PAS ia tidak terkecuali, sedikit
demi sedikit muslim moderate mula menguasai.
Sehari
dua ini apabila bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Ahmad Awang
mengecam Ahli Parlimen Bagan Serai kerana keluar dari parti kerana
tidak sependapat dengan isu kalimah Allah yang diperjuangkan Anwar.
Difahamkan Ahmad Awang sanggup solat hajat ke atas YB Mohsin kerana
dikatakan telah khianat perjuangan, oleh itu kita dapati Ahmad Awang
sanggup membela kebobrokan yang dilakukan Anwar dalam isu kalimah Allah
berbanding menyatakan yang hakiki seperti dilakukan oleh Timbalan
Mursyidul Am PAS, Dato Haron Din.
Timbul
satu tanda tanya adakah Ahmad Awang juga menyokong apa yang dilakukan
oleh NED dan Amerika ke atas dunia islam, kerana Anwar merupakan tokoh
yang diljaja oleh NED untuk mempromosi demokrasi di dunia Islam atau
Ahmad begitu takutkan barat kerana isu label terroris cetusan barat hingga terpaksa mengambil perkiraan politik yang salah dengan mengikut apa yang dilakukan Anwar Ibrahim.
Adalah
mustahil tokoh agama itu tidak mengetahui NED dan segala gerak geri
perjalanan Anwar ke NED, kerana Persatuan Ulama Malaysia organisasi
yang pernah dipimpinannya begitu tegas memerangi Islam liberal di
Malaysia.
Tidak guna jika Ahmad dan PUM
hanya berani menghentam Sister in Islam tetapi Godfather Islam liberal
di Malaysia sedikit pun tidak ditentang apa lagi disentuh.
Adakah Ahmad Awang sedang bermain politik demi menyelamatkan kawan baiknya?
sumber - pochong

Leave a comment