Ada apa dengan CD Dr Yusof Qaradawi ?

| 0 Comments | 0 TrackBacks

AIDCThinker

Ramai yang tercari-cari CD Dr Yusof Qaradawi yang dilancarkan Anwar baru-baru ini. Anwar kata sekali lagi Al Qaradawi menyokongnya. Sampai dua kali menyokong. Kali pertama ketika datang ke Malaysia, nampaknya tidak berkesan, terpaksa digandakan dengan sokongan kedua, iaitu rakaman sekali lagi di Doha, Qatar, ketika Anwar menghadiri Forum US-Dunia Muslim anjuran Institut Brookings dan The Saban Centre of Middle East.

Ketika CD itu dilancarkan ramai yang teruja, barangkali CD kedua Al Qaradawi ini lebih spesifik membela kes liwat Anwar. Bukan seperti CD pertama yang dirakam di Masjid Shah Alam yang terlalu umum, tetapi telah dimanipulasi oleh penterjemahnya dan Anwar sendiri. Kerana tidak semua rakyat Malaysia bodoh seperti disangkakan, ada di kalangannya yang mahir berbahasa Arab, maka Anwar terpaksa memberhentikan pelancaran CD Al Qaradawi di Masjid Shah Alam dan diganti dengan CD baru Al Qaradawi dari Doha.

Dari segi logik, sekiranya benar Al Qaradawi benar-benar mahu menyokong Anwar khususnya dalam kes liwat, sudah tentu beliau perlu memberi fatwa yang jelas ketika kali pertama datang ke Malaysia dan tidak perlu Anwar membawa Malaysiakini ke Doha untuk rakaman kali kedua.


Maknanya Anwar tidak berpuas hati dengan yang pertama dan terpaksa disusuli dengan kali kedua ?

Ada apa dengan CD Al Qaradawi yang kedua ini ? Adakah ulama itu memberi fatwa yang terang ?

Blogger Panglima Perang Cyber(PPC) yang mahir berbahasa Arab, tergelak sakan apabila menonton CD Al Qaradawi yang kedua ini. Lebih hebat dari Raja Lawak Astro. Klik di sini

Kenapa PPC gelak sakan sampai dinisbahkan dengan Raja Lawak ?. Barangkali sebabnya, Al Qaradawi masih bercakap secara umum, dan tidak menyentuh mengenai kes liwat secara spesifik. Masih seperti ketika berucap di Masjid Shah Alam.

Sebelum ini, kononnya ketika Anwar dan Al Qaradawi bercakap secara personal, Anwar mendakwa Al Qaradawi amat menyokongnya dan dikhabarkan beliau sanggup menggunakan badan ulama antarabangsa untuk membela Anwar, tetapi dalam CD yang disebarkan itu, tiada kata-kata Al Qaradawi seperti itu. Kenapa ?

Sepatutnya kalau benar, Al Qaradawi perlu menyatakan fatwanya secara jelas, walaupun yang jelas ulama itu tidak bersedia menjadi saksi pembela kepada Anwar di mahkamah Malaysia.

Sejauh mana Al Qaradawi mengenali Anwar ? Siapa lebih mengenali Anwar antara Al Qaradawi dengan Dr Haron Din ? Pada tahun 1998, Anwar mempergunakan pengaruh ulama Dr Haron Din, sekarang ulama Malaysia itu tidak mahu diperalatkan lagi, malah Dr Haron Din antara tokoh vokal menentang Anwar khususnya berkaitan dengan isu kalimah Allah.

Kenapa Anwar tidak menggunakan fatwa Dr Haron Din untuk kes kedua ini ? Kenapa mesti menggunakan ulama luar negara yang hanya mengenali Anwar dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun ?

Sudah tentu Al Qaradawi bukan alibi Anwar semasa Anwar dan Saiful berada di Kondominium Mewah, Desa Damansara ? Sudah tentu Al Qaradawi bukan roomate Anwar, ketika Anwar berhijrah selama dua tahun ke Amerika Syarikat, kerana nama Al Qaradawi diblacklist oleh kerajaan Amerika Syarikat. Al Qaradawi tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi Amerika Syarikat, meskipun Anwar sangat bebas, termasuk bebas keluar masuk ke Pentangon!

Berkaitan dengan CD Al Qaradawi, mungkinkah terdapat manipulasi ? Orang yang bertanya kepada Al Qaradawi bertanyakan soalan umum, berkaitan dengan FITNAH, tetapi telah dimanipulasi oleh Anwar seolah-olah menyokong dirinya. Mungkin Al Qaradawi tidak tahu bahawa rakaman itu akan digunakan oleh Anwar untuk mempertahankan dirinya khususnya berkenaan liwat.

Maklumat sahih yang baru diterima semalam, Dr Yusof Al Qaradawi telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia memohon maaf rakaman suaranya telah dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan untuk membela individu tertentu. Duta Malaysia di Mesir telah menemui Al Qaradawi bertayakan benarkan beliau menyokong Anwar dalam kes liwat dan membenarkan fatwanya disebarkan kepada umum. Jawapan dari mulut Al Qaradawi adalah sebaliknya, justeru itu beliau mengutus surat memohon maaf dan surat itu sudah sampai ke Malaysia.

Kita tunggu versi surat pemohonan maaf Al Qaradawi pula yang bakal didedahkan kepada umum.

Dalam ceramah Anwar, beliau berkata, "Kita perlu sebarkan CD ini kepada orang Pas, PKR dan UMNO sekali, kerana kita tidak mahu mereka jatuh kepada kategori munafik dan fasik".

Apa kandungan CD itu ? Berkenaan FITNAH.

Kalau tentang FITNAH, maknanya CD itu ditujukan kepada Anwar, kerana Anwar terkenal sebagai pembohong dan pemfitnah khususnya kepada Dr Mahathir, Najib dan Rosmah

Blogger Korban Demokrasi, sekiranya Al Qaradawi bercakap berkenaan dengan Munafik dan Fasik, tiada tokoh yang paling sesuai menerima gelaran itu kecuali Anwar Ibrahim. Klik di sini

Barangkali sebab itu PPC tergelak sampai terguling-guling apabila selesai menonton CD Al Qaradawi itu..

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/1164

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…