9 April, keputusan Anwar ketepikan pembelaan Dr Chandra

| 1 Comment | 0 TrackBacks
Disaster-PM

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 April untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan pembelaan tokoh akademik dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar dalam saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh ketua pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham akan mendengar permohonan itu.
Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Wan Nursalina Wan Abdullah dalam kamar Isnin.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita bahawa Anwar memfailkan permohonan itu memandangkan Dr Chandra telah memfailkan butiran lanjut dalam pernyataan pembelaannya di luar tempoh.

Dr Chandra diwakili oleh peguam Zaharudeen Harun.

Anwar menyaman Dr Chandra berhubung dakwaan mengeluarkan pernyataan fitnah dalam satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac, 2008, yang kemudiannya disiarkan oleh akhbar.

Dalam pernyataan pembelaannya, Dr Chandra menafikan mengeluarkan dengan niat jahat dan secara dusta sebarang komen berbaur fitnah membabitkan Anwar yang kemudiannya disiarkan pada 5 Mac, 2008 oleh dua akhbar berbahasa Inggeris.

Sebaliknya, beliau mendakwa jika kata-kata itu berbaur fitnah, yang dinafikannya, maka ia disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.

sumber - bernama

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/1161

1 Comment

Pembangkang ni adalah jenis confused, kalau mereka dok menuduh orang, itu semua OK, konon freedom of speech la, freedom of press la. Apa orang lain tak ada kebebasan nak bersuara ka? Kalau macam ini, kalau Anwar memerintah, dia akan jadi diktator macam Mao Tze Tung – e.g. lihat Penang sekarang. Dr Chandra expressed his opinion, tak boleh ka? Mengapa Anwar ini bersikap terlalu reactionary dan antagonistic? Dr Chandra nak cakap, that his right, as much as Anwar membuat tuduhan melulu terhadap banyak pihak lain di media alternatif dan blog – kalau nak senaraikan kat sini tak cukup ruang la. Tengok la betapa bagusnya kerajaan sekarang, kena maki hamun hari-hari oleh media pembangkang, kena tuduh hari-hari 247 oleh media pembangkang, so what? Relek la brother Nuar ya? Nama kamu itu sudah SYNONYMOUS DENGAN KES SAMAN MENYAMAN DAN KES LIWAT DI MAHKAMAH. Nanti masa di Akhirat depan Allah Yang Esa (bukan yang satu lagi tu yang 3 in 1), kamu cakap lah dengan Allah, panggil lah Karpal Singh dan barisan peguam kamu suruh defend, dan panggil lah seluruh penyokong kamu dari seluruh dunia minta pertahankan kes kamu tu. Masa tu kamu tak boleh cakap apa2, sebab yang cakap tu anggota2 badan kamu tu... he he he, ragam dunia, tak habis2 sehingga nyawa habis...baru lah habis oi Nuar....

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…