Apa yang digeruni oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim sejak di tangkap kerana disyaki melakukan liwat ke atas seorang pemuda "jambu" hampir dua tahun lalu sekarang sedang dilaluinya.
Inilah lorong yang dia telah berhempas pulas,bermati-matian mahu mengelakkannya sejak kira-kira dua tahun lalu termasuk menggunakan saluran politik untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan awam tetapi takdir dan keadilan mengatasi segala-galanya.
Sekarang seluruh dunia tahu bahawa dia sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful dengan berbagai cerita lucu, kotor dan jijik.
Walaupun perbicaraan telah bermula sejak Rabu lalu dan disambung semula sekarang namun peguamnya meminta supaya perbicaraan ditangguhkan dahulu sehingga rayuan untuk membatalkan terus kesnya itu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat ini.
Sebabnya tentulah kerana takut yang lebih lucah,lebih kotor dan lebih menjijikkan akan terdedah atau pun semakin banyak bukti yang tambah meyakinkan terdedah yang akan menyebabkan orang ramai berfikir tidak wajar ditangguhkan atau dibatalkan terus.
Apabila perbicaraan sudah dimulakan sebenarnya kesan kepada Anwar sendiri "nasi sudah menjadi bubur"
Kita tidak tahu mengapakah peguam peguamnya yang terkenal sebagai tokoh dan jaguh yang memperjuangkan ketulusan dan keterbukaan tiba-tiba mahu mengetepikan hak rakyat untuk mengetahui sepenuhnya.
Bagaimana kalau perbicaraan kes tuduhan membunuh yang dihadapi oleh seseorang tiba-tiba dibatalkan di tengah- tengah perbicaraan kerana permintaannya.. Jika ini berlaku maka habislah kredibiliti sistem keadilan negara kita. Akan nampak benar ada keistimewaan kepada orang-orang yang special .Jika tidak mahu diteruskan janganlah dimulakan dari awal.
Walaupun perbicaraan ini hanya baru beberapa hari sahaja tetapi berbagai cerita yang kotor dan jijik (meminjam kata-kata Anwar sendiri) telah pun menarik perhatian orang ramai. Sebenarnya kesah jijik dan kotor inilah yang menggerunkan Anwar sama ada benar atau tidak kerana di mahkamahlah terletak kredibiliti dan keyakinan orang ramai.
Selain dari itu perbicaraan ke atas kes itu yang mungkin terhebat di tahun ini, telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah hilang glamour dan karismatiknya, tidak lagi sehebat dan segagah dahulu terutama apabila dia dibandingkan dengan Saiful Bukhari yang kacak dan jambu.
Yang sudah pasti wajah Saiful Bukhari memang menarik sekali kepada mana-mana pun homoseksual( bukan Anwar Ibrahim).
Selain dari itu yang juga menarik perhatian dalam proses perbicaraan ini ialah orang ramai yang hadir sebagai penyokong kepada bekas pemimpin besar negara itu hanyalah sekumpulan orang tua lelaki dan perempuan yang sudah tak ada gigi dan yang tidak kuat lagi sehingga kerana emosi pun boleh tak sedar diri.
Lebih buruk lagi dan tentunya amat menekan perasaan Anwar sendiri ialah tak sampai tiga puluh orang yang menyertai tunjuk perasaan untuk menyokongnya selepas sembahyang Jumaat.
Anwar pun sudah kelihatan lebih tua dari umurnya walaupun memakai cermin mata hitam dan walaupun cuba menunjukkan wajah ceria dan lain-lain lakonan untuk menampakkan keyakinan diri.
Yang paling terserlah dari perbicaraan ini ialah media yang paling ditakuti oleh Anwar Ibrahim ialah Utusan Malaysia jika dibandingkan dengan lain-lain akhbar. Ini membuktikan ke tidak berkesan dan kegagalan kempen pakatan rakyat terutama DAP dan Keadilan supaya dipulaukan akhbar ini. Rakyat tidak menerima dakwaan mereka bahawa Utusan Malaysia pembohong, bias dan tidak berkredibiliti.
Kerana Utusan Malaysia berada di puncak keyakinan rakyatlah maka barisan peguam Anwar mengambil berat terhadapnya,mereka takut dengan kebenaran berita yang disiarkan oleh akhbar ini, fobia mereka terhadap Utusan Malaysia sehingga mereka tidak nampak akhbar-akhbar lain terutama berbahasa Cina dan Tamil lebih sensasi dalam penyiaran gambar dan berita mereka.
Ini adalah suatu pengiktirafan yang tinggi kepada Utusan Malaysia sehingga Anwar Ibrahim sendiri tidak lagi dapat menahan keberkesanan siaran berita yang menarik dan menggemparkan mengenainya.
sumber - malaysia aktif

Leave a comment