Oleh gelagat anwar
Pagi tadi, Sankara sampai lewat. Karpal pun lewat. Sebaik sampai, Sankara memanggil DSAI yang sedang berdiri tersandar di bahagian utama galeri awam. DSAI berbual dengan YB Azan (Indera Mahkota) dan Chua Jui Meng. Apa yang Anwar bualkan adalah soal strategi perundangan yang bakal mereka laksanakan.
Dalam pada Sankara yakin untuk menyoal Saiful - Karpal pula mohon tangguhkan sidang. Mana satu ni? Strategi siapa nak pakai? Keluarga dan penyokong Anwar bersorak gembira kerana berjaya menangguhkan kes. Apakah ini memang strategi yang mereka mahukan?
Jadi apa perlunya untuk mereka nak tangguhkan kes kalau TAK SABAR nak soal Saiful? Mana logiknya? Kenapa minta tangguh. Kenapa tidak meneruskan soal jawab dan membenarkan Saiful disoal jawab secara terbuka? Kenapa takut?
Wartawan di belakang ada yang rasa kecewa sedikit. Mahunya tidak,
mereka datang awal hari Isnin untuk menyaksikan 'soalan-soalan panas'
daripada pihak peguambela. Sayangnya, panas tidak - suam pun tidak.
Peguambela Anwar rasa terancam pula dengan kesungguhan dan ketelitian Saiful. Kenapa jadi begitu?
Rakyat pada umumnya nak tahu FAKTA sebenar. Anwar rasanya diberikan
ruang yang cukup untuk menidakkan kenyataan Saiful sebelum ini. Kenapa
tak gunakan ruang perundangan yang ada? Kenapa takut? Anwar rasanya tak
kurang 'saksi yang kuat'. En Hasanuddin ada (owner condo) di mana
kejadian berlaku. Kalau betul Anwar tidak 'berkhalwat' dengan Saiful
pada waktu itu; Hasanuddin mesti tahu.
Katanya, dikhabarkan oleh seorang ahli keluarga Anwar di galeri awam - Hasanuddin ada belikan 'karipap daging' pada petang Anwar bermesyuarat di kondo tersebut. Kalau betul, Hasanuddin boleh confirm kepada mahkamah samada mereka ada dalam bilk atau di ruang tamu. Kenapa tidak mahu teruskan perbicaraan?
Ada juga ahli keluarga Anwar yang sebut, bahawa mereka belum bersedia kerana belum dapat momentum sokongan. Soalnya, apa perlunya momentum sokongan ini. Yang perlu, adalah keadilan terlaksana di dalam mahkamah. Soal ramai atau tidaknya orang di Masjid Wilayah tak ada kena mengena.
sumber - gelagat anwar


I think he is buying time and thinking to flee the country looking for countries that could accept his asylum,yes!, he is thinking to ask for suaka politik silap2 ke turkey tapi most probably countries yang takda duta di Malaysia!