Mahkamah Rayuan tolak permohonan Anwar gugurkan kes - pertuduhan lengkap

| 0 Comments | 0 TrackBacks

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan kes liwat terhadap beliau apabila Mahkamah Rayuan menolaknya sebentar tadi.

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan satu penyahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin yang bersidang bersama-sama dengan hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah.

Mereka membuat keputusan itu selepas selepas mendengar hujah Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagi pendakwaan dan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar minggu lalu.

Pada 1 Disember tahun lalu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, menolak permohonan Anwar supaya pertuduhan liwat ke atasnya digugurkan.

sumber - berita harian

Anwar bawa tiga pakar DNA, forensik luar negara

PUTRAJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan khidmat tiga pakar DNA dan forensik luar negara bagi membantunya dalam perbicaraan kes liwat yang sedang berjalan ketika ini.

Dalam satu kenyataan menerusi e-mel yang dihantar kepada media, peguamnya, Sankara Nair, berkata pemimpin PKR itu sudah mendapatkan khidmat pakar DNA dari Sydney, Australia, Dr Brian Leslie McDonald dan pakar forensik dari Chennai, India, Prof Dr C Damodaran serta Profesor Madya David Lawrence Noel Wells daripada Melbourne, Australia.

Beliau berkata, pakar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jam 9 pagi esok.

Esok, katanya, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengendalikan perbicaraan kes itu akan memberikan keputusannya berhubung permohonan perintah hakim menarik diri, susulan keputusannya berhubung laporan media membabitkan kes itu yang didakwa berat sebelah.

sumber - berita harian

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/920

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…