
Oleh Maharaja Zhou
Anwar mengatakan kononnya bahawa Utusan Malaysia kotor, biadap dan jijik. Utusan tiba-tiba menjadi kotor dan jijik hanyalah kerana tajuk di muka depannya bertulis "Tak rela diliwat lagi" dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.
Asas kepada tuduhan menghina mahkamah hanyalah kerana tiada kenyataan "lagi" disebut.Sekali lagi UMNO dan DS Najib disalahkan dalam hal ini. Sendiri punya masalah,orang lain yang dipalitkan.
Karpal Singh pula mahu merujuk laporan itu sebaga menghina mahkamah, tetapi segera dibingkas oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan menurutnya laporan Utusan Malaysia itu hanyalah "kurang tepat". Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, nasib baik berpijak kepada bumi yang nyata, menganggap tajuk dan laporan Utusan hanyalah sebagai laporan kurang tepat dan mencadangkan pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.
Karya Zunar terbaru di Malaysiakini terang-terang menghina mahkamah dengan menunjukkan DS Najib menunggang Kangaroo yakni mahkamah dengan ditonjolkan kononnya Anwar membawa bukti. Apa bukti yang dibawa Anwar?Anunya barangkali?Tetapi, hairan pula, Malaysiakini melalui kartunis upahannya,Zunar, terang-terang menghina mahkamah dengan melukiskan gambar kangaroo simbol mahkamah kangaroo yang tidak adil dengan DS Najib menunggangnya. Belum apa-apa lagi, mahkamah dituduh tidak akan berlaku adil,padahal hampir semua kehendak pembela dituruti termasuklah perbicaraan tertutup. Walhal, pihak pembangkang ini kononnya hendak semua telus/transparent tetapi bila terkena muka sendiri, mahukan perbicaraan tertutup.
Bagi penulis, sewajarnya penyokong-penyokong Kerajaan dan geng Anti-Anwar melaporkan "kejijikan, kebiadapan, dan kekotoran" Zunar dan Malaysiakini yang bukan hanya salah lapor, tetapi memang sengaja hendak menghina mahkamah.
sumber - Maharaja Zhou


malaysia kini kurang ajar. kena lapor pada polis kerana menghina mahkamah dengan menyiar gambar biadap itu.