Feb 8, 10
3:43pm
Mulai hari ini, penyokong PKR dari semua negeri akan diwajibkan bergilir-gilir hadir di perbicaraan kes liwat ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata ekoran usaha itu, pihaknya berharap kehadiran penyokong dapat mencecah angka ribuan dan mencapai kemuncaknya setiap hari Jumaat.
"Kehadiran diwajibkan kepada dua cabang PKR di Selangor, dua cabang di Wilayah Persekutuan dan satu cabang dari negeri-negeri lain akan bergilir-gilir hadir di mahkamah setiap hari," katanya.
Difahamkan, Saifuddin telah mengadakan pertemuan dengan ketua cabang PKR di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya kelmarin bagi membincangkan perkara itu.
Ada pihak yang mendakwa langkah terbaru PKR itu sebagai usaha untuk menarik lebih ramai penyokong hadir memberi sokongan.
Ini kerana penyokong Anwar yang hadir di perbicaraannya kali ini tidak ramai, berbanding perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya 10 tahun lalu.
Memasuki hari keempat perbicaraaan pagi tadi, kehadiran paling ramai penyokong ketua pembangkang itu hanyalah pada hari pertama, Selasa minggu lalu - sekitar kira-kira 100 orang.
Manakala pada hari-hari berikutnya, jumlah kehadiran penyokong PKR kurang daripada itu. Malah hanya kira-kira 30 orang sahaja yang menyertai protes Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Saifuddin menafikannya dan
berkata, rancangan tersebut sudah lama dirancang dan bukanlah
semata-mata disebabkan sambutan penyokong yang kurang menggalakkan yang
hadir mengikuti perbicaraan kes berprofil tinggi itu.
"Tumpuan
parti terhadap program penerangan (kes Anwar) di seluruh negara. Jika
kesannya menggalakkan orang turun ke mahkamah, kita alu-alukan.
"Kita
perhebatkan program penerangan di seluruh negara melibatkan
pimpinan-pimpinan. Itu betul. Tetapi kalau mobilisasi khusus untuk
menggerakkan orang ke mahkamah, bukanlah," katanya.
Menurut
Saifuddin menjelaskan, program penerangan tersebut dimulakan oleh sayap
Pemudanya sejak sebelum perbicaraan bermula lagi, yang melibatkan 38
kali ceramah.
sumber - malaysiakini

Leave a comment