Oleh Maharaja Blogger
Bernama melaporkan hari ini ( 8 Febuari) bahawa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim di tangguh ke esok hari (Selasa 9 Febuari) kerana peguam bela Anwar, Karpal Singh mahukan Hakim Mohammad Zabidin yang membicarakan kes itu menarik diri.
Diantara sebab yang diberikan ialah oleh kerana hakim itu tidak menerima bantahannya terhadap cara penyiaran laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai kes itu dan juga tidak mahu bertindak terhadapnya.
Menurut laporan awal, barisan peguam bela Anwar
Ibrahim d jangka akan membuat pembelaan hari ini dengan pertanyaan
kepada saksi utama Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar .
Inilah babak babak yang sedang ditunggu oleh ramai orang.
Menjelang perbicaraan hari ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang telahpun meminta supaya perbicaraan itu ditangguhkan dahulu sehingga keputusan mengenai pembatalan kes itu dibuat oleh mahakamah.
Oleh kerana telah dapat mejangkakan permohonan itu akan ditolak maka Karpal Singh cuba menyekat perjalanan Mahkamah dengan menimbulkan prasangka buruk awam terhadap pendakwa dan juga hakim.
Tindakan Karpal itu selain dari bertujuan melengahkan perbicaraan adalah juga untuk memburukan sistem perundangan negara ini kepada dunia.
Mahkamah telah pun sejak dua tahun yang lalu menunjukan tolak ansur, menangguhkan kes ini berulang kali sehingga dianggap tidak adil kepada mangsa yang membuat pengaduan diliwat oleh Anwar. Apakah Anwar sahaja yang malu dan pemuda ini tidak tahu malu dengan anggapan buruk terhadapnya tidak dibersihkan oleh mahkamah.
Nampaknya apapun sikap yang ditunjukan oleh pihak mahkamah tidak dapat membuatkan pihak yang dituduh dan juga pembela bersikap rasional dan melihat kewajaran perlunya perbicaraan dan penghakiman kes liwat yang melibatkan personaliti tersohor negara di jalankan.
Apakah adil kepada mata dunia jika kes ini tidak dibicarakan?.
Apakah sikap ini adil kepada Saiful yang mendakwa telah menjadi mangsa liwat?
Apakah jika Hakim Mohamad Zabidin berjaya disingkirkan oleh peguam bela maka Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang demokratik, bebas dan adil.
Selamanya pemerintahan Malaysia, sistem perundangannya,ekonominya dan semuanya tidak pernah akan elok kepada pandangan golongan yang lebih mementingkan politik dari keadilan dan kemanusiaan.
Jika tekanan Karpal Singh ini diterima ,maka sistem perundangan negara akan terbukti kepada dunia boleh dimanipulasi oleh politik. Malaysia akan terlihat tunduk kepada peguam peguam yang terdiri dari pemimpin pemimpin pembangkang dan para profesional tidak dihormati di negara ini.
Pembela Anwar Ibrahim semuanya orang politik. Apakah dunia terlalu bodoh untuk memahami ini atau sebenarnya dunia tidak pun mengambil berat terhadap perisitiwa kes Anwar meliwat ini.
sumber - maharaja blogger

Leave a comment