
Oleh gelagat anwar
Pagi ini perbicaraan bermula seperti biasa. Wartawan luar dan dalam Negara sentiasa menantikan untuk mendapat 'ruang' kecil bagi berada di dalam mahkamah. Semakin lama, semakin ramai wartawan. Pimpinan PKR berkurang. Hari ini, kalau tak kerana Karpal Singh dan anaknya - wakil DAP hampir tak ada langsung. Nampaknya, penyokong DSAI di dalam mahkamah cepat berkurang. Sampaikan seorang dari Sandakan pun dianggap bagaikan VIP kepada keluarga DSAI. Daripada tak ada penyokong langsung, biarlah ada seorang dua 'Cina Bukit' yang boleh dijadikan penyokong. Jadilah.
Mahkamah hari ini bermula dengan ditunjukkan hampir 12 sampul yang berisi bahan kes. Lima atau enam sampul pertama lebih kepada apa yang dikumpul di hospital. Kesan 'swapping' di bahagian mulut. Bawah mulut. Titik kiri dan kanan. Sekitar 'dubur'. Dalam dubur (bahagian bawah). Dalam dubur (bahagian tengah). Dan sebagainya. Hakim dan Peguambela nampak berpuas hati dengan bahan bukti. Semuanya tersimpan dengan baik. Dibuka hanya di dalam mahkamah. Karpal dan Sankaran Nair pun tak ada bangkang apa-apa. Semua ditunjukkan.
Bab yang agak menarik apabila tiba ketika KY Jelly sebagai bahan bukti. KY Jelly bahan pelincir. Bagi senang sedikit nak 'masuk'. Senang cerita.
Pendakwaraya mengatakan: 'Saiful, apakah ini KY Jelly yang diperkatakan semalam?'. Ya, jawab Saiful. Petang semalam tak timbul soal KY Jelly. Jadinya, bolehlah kita agak, bahawa KY Jelly ini diperkatakan sewaktu perbicaraan 'in camera'. Karpal dan Anwar cukup takut dengan perbicaraan 'in camera' ini. Tak boleh waima satu ayat pun yang boleh keluar. Contempt kata Karpal. Agaknya, penggunaan KY Jelly ini diterangkan secara menyeluruh sewaktu 'in camera'. Siapa yang pakai, letak di mana. Dalam kedudukan apa. Agaknyalah. Kita pun tak berapa nak tahu. Tapi, bila sebut bab KY Jelly - galeri awam jadi 'ceria'. Maklumlah, wartawan - KY Jelly boleh jadi headlines!
Selepas KY Jelly - dibuka pula bahan bukti, seluar dalam LEVIS milik Saiful. Ok la seluar dalamnya. Warna hitam dan kelabu. Cutting pun boleh tahan seksi. Tak ingat cutting apa - tapi bukan G String, confirmed. Waktu seluar dalam Saiful di 'angkat dan pamir' oleh Polis; kedengaran daripada galeri awam - ayah Saiful meminta Karpal dan Sankaran 'mencium' seluar dalam tersebut. Rasanya, separuh galeri awam dengar ayat itu. Nak best lagi, ayah Saiful siap tambah: 'SURUH ANWAR CIUM'. Berani betul pak cik ni. Dia seorang sahaja keluarga Saiful yang ada. Ada yang tergelak kecil.
Nampak pada wajah Kak Wan dan keluarga tak berapa selesa bila isu KY Jelly dan Seluar Dalam ini dibangkitkan. Kak Wan nampak sugul. Nurul Izzah tunduk setiap masa. Anwar berpaling ke belakang, dan memanggil seorang pegawainya untuk diperkatakan sesuatu.
Sebelum daripada seluar dalam LEVIS; Saiful menunjukkan baju dan seluar yang dia pakai waktu kejadian. Seluar itu, tegas Saiful 'dihadiahkan' oleh DSAI, kata Saiful. Mahkamah bising semula. DSAI diam terpaku.
Selepas semua selesai, Saiful dibenarkan turun daripada kandang saksi. Hakim menangguhkan sidang untuk memulakan lawatan kedua ke kondo (glamour kondo ni...macam Tivoli Villa juga). Selepas Hakim keluar, Anwar menuju ke depan dan bercakap dengan Karpal dan Ram. Anwar tak puas hati. Sungguh tak puas hati. Ada benda yang Anwar harap Karpal dan Ram suarakan, tetapi tidak dilakukan. Semua peguambela terdiam dan terpaku.
Di belakang, Izzah sibuk cerita pasal anaknya. Orang lain pun cerita pasal benda lain. Tak ada siapa nak ulas bab Anwar lagi.
Mahkamah tangguh. KY Jelly tetap berada di dalam ingatan mereka yang hadir. KY Jelly....hmmmmm
sumber - gelagat anwar

Nampaknya KY Jelly dapat iklan percuma hahaha.Liwat season 1 dulu masih nampak samar2 lagi pasal kejadian liwat berlaku dah lama,ada yang bertahun2 sampai si azizan lupa masa bila dia kena hantam di tivoli villa tu.Jadi memang sukar dibuktikan.Itu yang jadi macam caca marba tu sampai dipermainkan penyokong2 anwar.
Tapi kali ni lain,kejadian masih baru sangat,semuanya detail,sangat detail.Sampai pendakwaraya pun cuma pilih kejadian liwat yang terakhir pada 26hb sebagai kes pertuduhan tanpa mencampuradukkan dengan kejadian liwat yg berlaku sbl2 itu.Ini untuk memastikan tidak ada percanggahan fakta dan keterangan daripada saksi oleh sebab salah ingatan atau kekeliruan.
Mampuih kali ni hang nuaq