Anwar nafi dibayar CIA

| 1 Comment | 0 TrackBacks

AIDCNews
aidcnews@gmail.com

KUALA LUMPUR - "Saya tahu saya tidak berada dalam senarai gaji CIA", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara oleh FP (Foreign Policy), April 2008. Petikan wawancara adalah seperti berikut. Klik di sini

FP: You got into trouble in the late 1990s once you began to criticize Mahathir, your former political mentor. Did you underestimate him as a political opponent?
[FP: Anda masuk ke dalam kancah masalah sekitar lewat 1990-an apabila anda mula mengkritik Mahathir, bekas mentor politik anda. Adakah anda memandang rendah terhadapnya sebagai lawan politik?]

AI: No, I didn't. But at that time I had strong views. He resented the idea of my rapport and contact with the West, particularly the United States. And I said, I know I am not on the CIA payroll. I have strong views on Iraq. I have very independent views. What is the harm of my treating America as a friend? He expects everyone else to be so anti-American to the point of being irrational.
[AI: Tidak, saya tidak pernah. Tetapi pada masa itu, saya ada pendapat yang kuat. Dia marah terhadap idea dan hubungan baik saya dengan barat, terutama Amerika Syarikat. Dan saya berkata, saya tahu saya tidak berada dalam senarai gaji CIA. Saya ada pandangan yang kuat terhadap isu Iraq. Saya ada pendapat tersendiri. Apa masalah saya melayan Amerika sebagai kawan? Beliau menjangkakan semua orang lain menjadi anti-Amerika (sepertinya) kepada perkara-perkara yang tidak rasional]

Walaupun soalan asal FP bukan bertanyakan berkenaan dengan gaji CIA, tetapi Anwar mengambil kesempatan untuk menafikan bahawa beliau terlibat dalam senarai gaji CIA.

Menurut Anwar, Dr Mahathir marah kepadanya kerana sikapnya menjalinkan hubungan baik dengan barat khususnya, Amerika Syarikat.

"Apa masalahnya saya menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat ?", soal Anwar.

Walaupun Anwar mengakui beliau pro-Amerika, tetapi beliau nafi terima bayaran gaji daripada CIA.

CIA (The Central Intelligence Agency) merupakan badan perisikan Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1947. Badan perisikan ini terlibat secara tersembunyi dalam perisikan dan penajaan individu, organisasi atau parti tertentu di negara-negara luar untuk memastikan semua negara akur dengan polisi Amerika Syarikat.

Pada akhir tahun 70-an modus operandi jahat CIA terbongkar, apabila Oliver Laurence North, seorang pegawai CIA mengakui terlibat dalam operasi di Iran dan Nicaragua yang dikenali sebagai "Iran-Contra Affair".

Di Iran, CIA terlibat dalam penjualan senjata haram kepada Iran untuk menggalakkan peperangan dengan Iraq. Manakala di Nicaragua, CIA memberi bantuan kewangan kepada kumpulan penentang (Contra) untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Anastasio Somoza Debayle.

Kesemua operasi CIA ini berselindung di sebalik nama "Projek Demokrasi".

AnwarNEDboard
NED Board :Dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)

Oleh kerana aktiviti gelap CIA ini terbongkar dan menjadi pengetahuan umum masyarakat di Amerika Syarikat, pada tahun 1982, Presiden Ronald Reagan  telah menubuhkan satu badan baru yang dinamakan NED (National Endowment for Democracy) bagi menggantikan peranan yang pernah dimainkan CIA.

Agen-agen CIA yang pernah dilatih sebelum ini, kemudiannya diserapkan di bawah operasi NED.

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/994

1 Comment

Jangan lah jadi bodoh Anwar, CIA bukan bodoh, mereka tak akan rekrut kamu dan senaraikan dalam penerima gaji. Ada banyak cara duit boleh diberikan kepada kamu, itu semua boleh diatur brother. Bank pun banyak kat dunia, jadi duit boleh masuk kat mana-mana bank kat mana-mana negara. Memang lah kamu boleh nafikan, dan memang lah nama kamu tak ada dalam senarai penerima gaji CIA. Dalam kerja-kerja underground, semuanya adalah OFF THE RECORD, ANGGAP LAH IANYA TIDAK PERNAH BERLKAKU. Itu standard procedure, tak ada bukti, tak ada trace. Dan banyak duit CIA, Soros etc tu yang dibayar kepada pihak2 tertentu secara off record. Yang penting duit dapat beb. CIA ada Black Budget (tak ada dalam rekod USA pun) - bukan kamu tak tahu, dari sumber2 yang tidak diketahui, terutamanya daripada drug trade. Kamu ingat semua rakyat Malaysia ni bodoh belaka, sorry la brother, there are genuises among us, much better than you yang kelulusan tak tinggi mana. Tapi2 cita2 tinggi melambung, nak guna style mafia nak jadi PM, porra lah! Ini Malaysia la brother, bukan negara luar sana.

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…