Ada-ada saja...nak minta tukar hakim pula

| 0 Comments | 0 TrackBacks



Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan sekejap saja pagi Isnin dan terus ditangguh ke pagi esok.

Ini kerana peguamnya Karpal Singh mohon tukar hakim yakni Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ditukar.

Beliau membuat permohonan itu atas dakwaan wujudnya elemen berat sebelah hakim.

Antara alasan yang diberikan ialah hakim itu enggan ambil tindakan menghina mahkamah keatas akhbar Utusan Malaysia.

Mahkamah mula bersidang jam 10 pagi dan beliau terus buat permohonan itu.

Maka esok mahkamah akan dengar permohonan itu dulu sebelum sambung dengar keterangan.- 8/2/2010




Terpaksa seru penyokong datang mahkamah...

TERBARU : Dari pemerhatian hanya sekitar 20 orang saja yang muncul di mahkamah pagi Isnin.Ada kot tiga orang yang nampak berbaju oren.Kawasan sekitar mahkamah tenang-tenang saja.

Mari semarakkan api reformasi!!!, hadir ke mahkamah Jalan Duta,jam 9.00 pagi,Isnin, 8 Feb 2010. Pastikan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak lagi dipenjarakan!. Itu laungan tertulis di blog Penasihat PKR itu mengajak para penyokongnya hadir bagi sokongan moral dalam menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang masuk hari ke empat Isnin.

Setelah gagal mengumpul penyokong untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan lepas solat Jumaat lalu usaha terus dibuat untuk tujuan itu. Ahad malam dalam ceramah di depan ibupejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya yang turut dihadiri oleh Anwar, pihak juruacara telah meminta penyokong beramai-ramai datang ke mahkamah berpakaian baju warna oren.

Ikut ceritanya kalangan pemimpin PKR semakin gundah melihat jumlah penyokong yang datang ke mahkamah semakin berkurangan hari demi hari. - 7/2/2010


Saiful lalui pusingan pertama dengan tenang...apa pula lepas ini?

Sesiapa sahaja yang berada dalam kamar Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti perasan dan mengakui betapa tenangnya Mohd Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan diliwat bekas majikannya itu.

Malah, berbual dengan Zamri Idrus, peguamnya yang juga jadi peguam pemerhati dalam perbicaraan berprofil tinggi itu, beliau berpuashati anak guamnya itu dapat melepasi hari-hari awal perbicaraan tanpa sebarang gangguan.

Bercakap kepada Agendadaily, Zamri percaya semua itu diharungi Mohd Saiful dengan tenang kerana beliau sudah lama bersedia memberi keterangan serta bukti-bukti penting kes tersebut.

Bagaimanapun, katanya, Mohd Saiful harus lebih bersedia ketika pihak pembelaan yang mewakili Anwar mula menyoal balasnya selepas selesai memberi keterangan.

"Setakat ini, alhamdulillah, beliau memberi keterangan dengan lancar. Kita kini bersedia apabila pihak pembelaan akan menyoal balas," katanya.

Sebenarnya, Mohd Saiful sudah bersedia sejak 18 bulan lalu untuk mendedahkan apa yang berlaku kepadanya.

Namun, pelbagai cara untuk mengenepikan kes itu dan melewat-lewatnya menyebabkan beliau terpaksa menunggu sebelum dapat hak dan keadilan bagi menyuarakan tekanan jiwanya selepas mendakwa diliwat Anwar.

Ianya bukan proses yang mudah kerana selepas bersumpah laknat, masih ada pihak meragui kebenaran dakwaan itu malah tidak kurang juga yang mencacinya termasuk menuduh terbabit konspirasi menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Malah, dalam usaha terakhirnya, Anwar masih mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan serta Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes itu malah bersedia menghantar sapena meminta kedua-dua mereka hadir ke perbicaraannya.

Mengimbas kembali perbicaraan sepanjang tiga hari lalu, Mohd Saiful sudah mendedahkan bagaimana beliau diperlakukan Anwar seperti dalam pertuduhan.

Bermula dengan Anwar bertanyakan 'Can I F**k You Today', lawatan hakim ke kondominium tempat kejadian, pendedahan mengenai pelincir KY Jelly, seluar yang dihadiahkan tertuduh dan tawaran untuk Mohd Saiful menyambung pelajaran dengan gaji serta elaun penuh mengisi ruang perbicaraan.

Perkara lain adalah mengenai pengakuan Mohd Saiful bahawa doktor Hospital Pusrawi memberhentikan pemeriksaan perubatan apabila beliau memberitahu kena liwat juga penting.

Malah, doktor Mohd Osman tidak memberitahu beliau hasil pemeriksaan setakat itu.

Ini sekaligus menjawab persoalan yang dibangkitkan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menyiarkan di blog Malaysia Today kononnya laporan doktor terbabit yang tidak membuktikan Mohd Saiful diliwat.

Bagaimana doktor berkenaan boleh membuktikannya kerana dalam perbicaraan, Mohd Saiful memberitahu doktor itu menasihatkannya ke hospital kerajaan kerana hospital Pusrawi tidak cukup peralatan untruk pemeriksaan kes liwat berkenaan.

Timbul persoalan, konspirasi siapa sebenarnya dalam hal ini hingga Raja Petra sanggup dipercayai mengeluarkan laporan perubatan palsu?

Terpulang pada pihak berkuasa menyiasatnya kelak.

Berbalik pada perbicaraan kes ini, Mohd Saiful ternyata sudah melepaskan segala tekanan perasaan yang membelenggunya ekoran kejadian itu.

Kini terpulang pihak pembelaan menyoal balas pengadu Mohd. Saiful.

Anwar pastinya berusaha seboleh mungkin memenangi kes ini apabila melantik peguam Karpal Singh mengetuai barisan pembelaannya selain Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabhakaran, S.N. Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd. Razlan Jalaluddin.

Perbicaraan ini sepatutnya 'straight forward' kata peguam Mohd Saiful.

Namun, Karpal sejak perbicaraan lalu, cuba mencuri perhatian dengan membangkitkan soal laporan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa berniat jahat dan gambar-gambar lawatan ke kondominum yang dilihat sebagai jalan melewat-lewatkan perbicaraan.

Sepatutnya peguam-peguam tersohor Anwar tidak perlu membuang masa dengan soal remeh temeh ini sehingga Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah juga tidak bersetuju cara Karpal mempersoal perkara itu.

Mohamad Zabidin sebaliknya menyarankan pihak Anwar melaporkan kepada polis jika tidak berpuashati dengan laporan akhbar berkenaan.

Sebenarnya, sudah tiba masa semua pihak berpijak di bumi nyata termasuk Anwar sendiri.

Jika Moha Saiful yang baru setahun jagung berani bersemuka di mahkamah, mustahil Anwar, bekas timbalan perdana menteri, pemimpin politik dan dianggap 'Sivaji The Boss' takut berdepan dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan Mohd Saiful di mahkamah.

Rakyat mahu melihat satu proses perbicaraan yang adil dengan Mohd Saiful dan Anwar boleh membuktikan siapa benar, siapa salah.

Anwar dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dibantu oleh timbalan-timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.-8/2/2010 .

sumber - agendadaily



No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/823

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…