
Parti
Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat khas Biro Politiknya
Selasa depan bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar
Bharu, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah. Sementara
itu Khalid nampaknya tidak ambil kisah dengan laporan polis yang dibuat
oleh Zulkifli dan sebaliknya tetap berpegang dengan kenyataannya
sebelum ini kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan pendirian
rasmi Pas dan PKR.
Setiausaha
Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Agendadaily,
mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zulkifli
yang merupakan Ahli Parlimen PKR hari Sabtu membuat laporan polis
terhadap Khalid kerana kenyataannya mengenai isu kalimah Allah
disifatkan boleh mengelirukan umat Islam.
Ini
bukan kali pertama Zulkifli bertelagah dengan Khalid kerana sebelum ini
mereka berdua pernah saling melemparkan kenyataan sehingga menyebabkan
Zulkifli pernah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR.
Ditanya
lebih lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan di
peringkat Biro Politik terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi
mengenainya dibuat.
Beliau juga mempersoalkan kepada Ahli Parlimen PKR itu tidak buat
laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik
Mat kerana mempunyai pendirian yang sama dengannya.
Khalid hairan kenapa Zulkifli berminat sangat dengan dirinya. - 24/1/2010
Zul PKR cabar Khalid keluar PAS isu dakwa enakmen agama Iapuk...
'Perang' dua pemimpin dalam Pakatan Rakyat antara ahli parlimen PKR
Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin dengan ahli parlimen PAS Shah
Alam, Khalid Samad berterusan.
Ianya
semakin panas apabila Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid
ekoran kenyataan Yang Di Pertua PAS Shah Alam itu yang berpendapat
enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan
perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.
Kenyataan
Khalid yang disiarkan sebuah portal pro pembangkang antara lain
menyebut melaporkan, perkara itu perlu dibuka kepada perbincangan
semula.
"Bagi
pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya
dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia
dibincang, untuk dibuka untuk dibincang," kata Khalid seperti disiarkan
portal itu.
Kenyataan itu mengundang rasa tidak puashati Zulkifli yang sebelum ini sudah beberapa kali bertelagah pendapat dengan Khalid termasuk isu Baiah talak tiga yang diamalkan pemimpin PAS.
Zulkifli
membuat laporan di Balai Polis Jalan Masjid India, petang Sabtu antara
lain mendakwa pendapat Khalid itu boleh menyebabkan umat Islam semakin
keliru berhubung isu Kalimah Allah dan pihak berkuasa perlu menyiasat
perkara itu di bawah Akta Hasutan.
Bagaimanapun, katanya beliau membuat aduan berkenaan bukan atas kapasiti pemimpin PKR sebaliknya sebagai orang Islam.
Bercakap kepada media kemudiannya, Zulkifli sekali lagi mencabar Khalid keluar daripada PAS.
Katanya, jika Khalid ingin terus bersama pakatan rakyat, lebih baik beliau menyertai PKR ataupun DAP.
"Ataupun dia boleh sertai parti atas pokok," tegas Zulkifli.
Dalam pada itu, beliau
juga meminta pakatan rakyat membuat keputusan rasmi berhubung isu ini
supaya orang ramai tidak keliru dengan pendirian parti dalam pakatan
tersebut.
Menjawab soalan, Zulkifli berkata, beliau bersedia dikenakan tindakan oleh PKR berhubung tindakannya mempertahankan Islam.
Sebelum
ini, ahli parlimen PKR itu pernah menyatakan, antara parti dan Islam,
beliau akan memilih Islam dan akan terus mempertahankan hak-hak Islam
walaupun mungkin ada pemimpin PKR dan pakatan yang tidak bersetuju
dengan pendiriannya. sumber - agendadaily Ini bab Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota pula...
Masalah
dengan Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu,Kedah Zulkifli Nordin satu
hal....kini timbul pula bab Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota,Pahang Azan
Ismail.Azam mengumumkan dalam sidang akhbar hari ini beliau letak jawatan
sebagai Timbalan Pengerusi Dua PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian,
berkuatkuasa serta merta. Beliau membuat keputusan mengejut itu kerana
kecewa dengan pentadbiran PKR negeri yang dipimpin oleh Datuk Fauzi
Abdul Rahman.

Leave a comment