Oleh Malaysia-instnct
Malaysia-instnct.com difahamkan melalui satu sumber bahawa kerajaan tidak merancang untuk menubuhkan sebarang Suruhanjaya atau Majlis Antara Agama (IFC) seperti yang dibincangkan dalam blg-blog dan beberapa portal berita pada masa kini.
"Kerajaan tidak akan menubuhkan sebarang suruhanjaya antara agama sebaliknya galakan akan terus diberikan untuk dialog antara agama diadakan," katanya.
Menurut sumber berkenaan, penubuhan IFC yang dilihat akan melemahkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan hanya akan menyemarakkan lagi kemarahan masyarakat Islam di negara ini.
Idea penubuhan IFC hangat kembali apabila timbul isu melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Tindakan mendesak IFC dilihat banyak pihak sebagai mengambil kesempatan daripada isu penggunaan kalimah itu yang menimbulkan pergeseran antara orang Islam dan Kristian di Malaysia.
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon seperti yang pernah tersiar sebelum ini merujuk kepada usaha yang diwujudkan pejabat PM bagi mengadakan dialog secara peribadi antara agama semata-mata tanpa penubuhan sebarang suruhanjaya atau majlis penasihat antara agama.
Penubuhan IFC dilihat tidak akan membawa sebarang kebaikkan dalam hubungan antara agama di negara ini dalam jangka panjang.
Untuk memahami bahaya dan keburukkan IFC, maka kita perlu merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS (Perlis) tidak lama dulu:
"...sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti
sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh
mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut
agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala
keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit."
KRONOLOGI CADANGAN PENUBUHAN IFC SEBELUM INI:
1. Tahun 2000 - Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights Committee - HRC ), Bar Council dan HAKAM telah memberi perhatian terhadap kebebasan beragama dengan menganjurkan "Forum on freedom of religion" pada December 2000.
2. Dalam 2001, Bar Council menubuhkan satu sementara jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council (IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah.
3. Pada 8 Disember 2001, Bar Council menganjurkan satu perayaan 'Festival of Rights' dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel khusus tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF.
5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari diadakan dan diwujudkan Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan dan mencadangkan usul. Presiden Bar Council adalah Mah Weng Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri serta membantah cadangan usul tersebut.
6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman Bukhari.
7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama dengan kerjasama Bar Council, Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation (KAF)telah mengadakan persidangan peringkat Kebangsaan, di Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi mandat kepada jawatankuasa pemandu untuk membawa tindakan selanjutnya. Turut hadir sebagai peserta Dr. Patricia Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah.
8. Februari 2005, Jawatankuasa pemandu dan Bar Council menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak kerajaan, tetapi cadangan itu tidak dilayan. Bar Council ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari.
9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan selama ini konsisten dan tidak pernah menghalang sebarang dialog agama diadakan oleh mana-mana pihak.
Sebenarnya, jika wujud keikhlasan, maka dialog juga mampu memberikan pelbagai penyelesaian yang wajar.
Lagipun, kedudukan agama-agama lain di negara ini terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah ditindas, justeru tidak wujud sebarang keperluan mendesak bagi diwujudkan apa-apa suruhanjaya atau majlis penasihat antara agama.
Dialog sahaja sudah lebih daripada mencukupi asalkan ia dilakukan dengan kejujuran untuk mencari penyelesaian jika wujud sebarang masalah antara agama.
Kewujudan badan seperti IFC hanya akan melemahkanm Islam semata-mata.
sumber - malaysia-instinct

that is the most ridiculous things to do to form a commission for interfaith.see the developed nations such as usa, europe , are there any interfaith organisation as proposed by our ngo. this ngo is too much. stick to your welfare and humanist work rather than interfere with religious issues.
tell me how you are going to address issue about god if you put a Muslim and Christian together on a stage? of course the Muslim will say god is allah, one and only one while the Christian will say god is trinity, one in three and three in one.who will be the audiences? the non Muslims or the Muslims. you will confuse them or your intention is to le the Muslim understand and be convinced about the three in one concept.
Nama Allah adalah selain 99 nama Sifat. Ini jelas dalam Islam. Dalam Bible nama yang dipakai adalah ELOHIM, JEHOVAH, ADONAI, ELSHADDAI, ELI. Nama Allah ini bukan nama Sifat, dan ia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, TAWHID. Nama ini tidak boleh disyirikkan, jadi ianya tidak boleh digunakan bagi Tuhan Triniti. Prof Karl Rahner, penulis buku the DIVINITY OF CHRIST pun tidak percaya dengan divinity Isa (according to ex IFS -Intl Forgiver of Sins - Rev Anthony Perumal - aka Hj Ayub). Jesuits (kawan2 baik Anwar) yang buat kecoh di mahkamah. Kita tahu siapa mereka, dan Saiful sudah maklum mengenai perkara ini.