Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Kasihani
Assalamu'alaikum.
Selamat Sejahtera.
Ke hadapan Dato Seri yang saya hormat,
Tuan,
Melihat kepada suasana terkini, penentangan keras melalui kenyataan akhbar dan tunjuk perasaan oleh Muslim terhadap isu kalimah Allah SWT, didapati pendirian Dato Seri berbeda dengan arus teramai Muslim seluruh Negara.
Saya, cukup mengagumi ketegasan dan kebijakan berhujah dalam setiap pendirian yang Dato Seri tegakkan, dalam semua isu bermula soal keadilan sosial, kehakiman, persoalan moral dan akhlak sejagat, demokrasi terbuka, urustadbir yang baik & bertanggungjawab, sehingga ke isu korupsi dan penyelewengan.

Namun, dalam isu kalimah Allah, saya minta agar Dato Seri dan
pemimpin-pemimpin yang berugama Islam agar menimbang semula pendirian
daripada bersetuju dengan kebenaran Mahkamah Tinggi kepada penerbitan
Bahasa Malaysia Herald Catholic tentang penggunaan kalimah Allah
sebagai terjemahan perkataan God.
Melalui artikel Kenyataan Media: Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Gereja di lamanblog Dato Seri, mengutip ayat Quran dari Surah Ali 'Imran ayat 64, terjemahan yang dipaparkan ialah, "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. " (Ali-Imran, 3:64).
Berasakan ada kekurangan dengan terjemahan ayat ini yang kerap dikutip dalam hujah-hujah berkaitan isu, semakan dibuat ke atas terjemahan, maka saya sertakan beberapa terjemahan (bukan tafsir) pada ayat tersebut, ayat 64 Surah Ali 'Imran:
Katakanlah:` Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: `Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri (kepada Allah)`. (QS. 3:64) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
64. Say: "O People of the Book! come to common terms as between us and you: That we worship none but Allah. that we associate no partners with him; that we erect not, from among ourselves, Lords and patrons other than Allah." If then they turn back, say ye: "Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah.s Will). (Terjemahan Ali Yusuf di lamanweb Harun Yahya)
Kita harap terjemahan sepenuhnya dapat diterbitkan semula agar terjemahan sebenar ayat 64 Surah Ali 'Imran tidak disalahtafsir oleh segolongan pembaca kenyataan media Dato Seri.
Melihat pula video yang dilampirkan di Youtube melalui akaun Malaysiakini yang bertajuk "Anwar tells supporters not to join protests ", Dato Seri menyatakan bahawa selepas merujuk Ulama'-ulama' yang tersohor di dunia seperti Al-Qardawi, Wahbah, Zuhaili, Sheikh Tahar, tidak ada dalam Islam dan Quran yang melarang penggunaan kalimah Allah, yang dibimbangkan ialah penyalahgunaan kalimah oleh selain Muslim.
Jelas, saya seperti teman-teman yang sedang dilanda kepeningan hujah, saya bukan ahli dalam ilmu Tafsir & hafaz Hadis, persoalan saya ialah, adakah terdapat juga ayat di dalam Al-Quran atau Sunnah dan Hadis atau Sirah Rasulullah SAW, yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh selain Muslim atas tafsiran yang menyatakan bahawa Allah itu dua atau tiga, beranak atau diperanakkan?
Bagaimana dengan penghayatan pada Surah Al-Ikhlas yang kita bacakan ketika solat? Allah SWT telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW, mengungkapkan tafsiran kalimah Allah di dalam Surah Al-Ikhlas bermula dengan ayat pertama iaitu, "Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa."
Sebagaimana yang dikupas oleh Dr. Siddiq Fadzil dalam tulisannya yang bertajuk, "Kontroversi Pemakaian Kalimat Allah: Suatu Pernyataan Keprihatinan" di laman WADAH, menyatakan bahawa Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur'an yang membawa mesej conceptual correction (pembetulan konsep ketuhanan) terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat sebelum-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab Jahiliah dan kaum Nasrani kerana mereka menggunakan nama Allah dalam konteks faham syirik.
Saya secara peribadi, terima dan faham sungguh, hakikat ketuhanan bahawa Allah SWT ialah nama Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Kepada Semua, Yang Maha Esa, Yang Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan. Saya juga menekankan bahawa tidak boleh kita terima sekali-kali kata-kata seperti Shiva itu tuhan Hindu, Jesus itu tuhan Kristen, seolah-olah mengakui ada tuhan-tuhan lain selain Allah SWT.
ADIL itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. ADIL itu lawannya ZALIM. ZALIM itu meletakkan sesuatu TIDAK pada tempatnya. Ke manakah hendak dibawa asas memperjuangkan keadilan jika tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya? Keadilan jenis apa yang hendak diperjuangkan? Jangan-lah kita ter-ZALIM.
Mohon penghayatan terus dan lestari pada Tafsiran Surah Al-Ikhlas dari setiap Muslim.
ALLAHU AHAD,
Yasir Tamizi
sumber - yasirtamizi

Leave a comment