Saya berpegang kepada pesanan Rev Father Henry Vollenberg

| 3 Comments | 0 TrackBacks

[HMA1.jpg]Oleh Hilbert Monte

Saya selalu teringat akan satu pesanan yang pernah dibuat oleh seorang Paderi yang paling lama berkhidmat memimpin masyarakat Roman Katolik di Bahagian Mukah serta sekitar Daerah Dalat Sarawak suatu ketika dulu iaitu Rev. Father Henry Vollenberg seorang warga Belanda.

Antara pesanan beliau yang sentiasa saya ingat hingga ke hari ini ialah "jangan sesekali menyebar atau cuba mengembang ajaran agama Kristian kepada orang yang beragama Islam" ...menurut beliau lagi "adalah salah berbuat sedemikian dan ianya jelas melanggar undang-undang negara(Perlembagaan)" dan beliau juga sering mengingatkan semua penganut Katolik dibawah seliaan beliau agar sentiasa patuh dan hormat kepada pemimpin negeri Sarawak serta Malaysia keseluruhannya.
Rev. Father Henry jujur dengan kata-kata beliau apabila saya sering melihat beliau selalu hadir pada mana-mana majlis yang di rasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sekitar Bahagian Mukah walaupun ianya merupakan hanya satu perjumpaan antara rakyat dengan pemimpin politik yang tidak melibatkan kepentingan agama namun beliau tetap hadir sebagai tanda hormat kepada pemimpin negeri.

Tetapi keadaan seperti itu tidak lagi berlaku selepas Father Henry kembali ke negara asalnya di Belanda dan hubungan antara pemimpin Gereja Katolik pemimpin Kerajaan Negeri mulai dingin dan terus tidak mesra setelah tugas beliau diambil-alih oleh Paderi-paderi yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Perkembangan ini telah menyebabkan Ahli Parlimen Mukah iaitu YB Datuk Sri Dr. Leo Micheal Toyad menjadi semakin tidak selesa dengan pihak Gereja sehingga membawa kepada keputusan beliau untuk meninggalkan agama Kristian dan memilih Islam sebagai pegangan hidup beliau yang baru.

Keadaan hubungan antara pihak Paderi dengan kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri menjadi semakin tidak baik malah lebih teruk apabila pada satu majlis pecah tanah untuk tapak Gereja St. John and Paul di Mukah telah di pulau oleh Paderi baru itu iaitu seorang Paderi yang berasal dari Semenanjung Malaysia.

Mereka bukan saja tidak mahu menghadirkan diri malah pada ucapan di Missa Kudus hari Ahad selepas itu mereka telah mengambil sikap yang sangat bertentangan dengan ajaran Kristian sendiri dengan memperlekehkan orang Kristian yang hadir pada upacara tersebut termasuk YB Dr. Leo, Ketua Menteri Sarawak, Arch. Bishop Dominic Su serta seorang paderi anak watan Sarawak sendiri.


Malah dalam urusan Gereja yang melibatkan soal perbelanjaan atau peruntukkan Gereja mereka telah berani membelakangkan pandangan pihak Catholic Mission yang berpusat di Kuching Sarawak dengan terus berurusan sendiri dengan pihak Mission yang berada di negara Singapura.

Dan inilah antara sebab yang telah menjejaskan hubungan bukan saja setakat antara Gereja dengan kerajaan negeri malah antara Gereja dengan Gereja tertentu juga. Namun apa yang saya dapat tahu kini bahawa hubungan antara Gereja di bahagian Mukah dengan pihak Kerajaan Negeri kembali mesra kembali setelah paderi tersebut ditukar ke tempat lain.


Oleh itu, berbekalkan kepada nasihat yang pernah diberikan oleh Rev. Father Henry itulah maka saya berani mengatakan bahawa dalam mana-mana ajaran Katolik tidak pernah merestui untuk pemimpinnya mengembangkan agama Kristian kepada orang Islam terutamanya kerana jika ini berlaku atau ada sesiapa yang ada usaha ke arah itu bermakna pihak-pihak ini harus dipertanggungjawabkan dan harus diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan.

Walaupun perkara ini(menyebar ajaran Kristian dikalangan orang Islam) belum lagi pernah terjadi di Sarawak, namun semua pihak harus sedar akan apa yang kita hadapi jika ianya terjadi.


sumber - anak merdeka

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/586

3 Comments

edosmera....

Inilah Hilbert yang hang dok tanya ari tuh.Ingat dia ni pura2 jadi Kristian ke? Ini bukan mcm pengikut Anwar Atartuk daa...boleh jadi apa sahaja spt chameleon. Siap ada gambar lagi...kalau pencacai Anwar Atartuk ada berani ke nak tunjuk wajah sebenar?

bagus sekurang kurang nya ada orang kristian yang sedar betapa penting harmoni dan keamanan di negara kita.buka undang undang negara article 3 dan 4 dan 11 baru depa faham bahawa agama islam agama resmi dan agama lain boleh bergerak bebas asalkan menghormati keamanan dan harmoni negara. ini dah berlaku kebakaran dll - itu menghormati keamanan dan harmoni negara ? siapa salah sekarang ?itulah masalah kita peguam banyak kaum india dan article diatas tak di beritahu pada rakayt.kementrian penerangan pun sama juga - menteri sibuk dengan rancangan hiburan.

Hilbert... I am so thankful of your opinion. Yes, we could all live together peacefully without harping on religious matter. Why are some people would like to rock the boat unless there is something fishi... I know many of my christian friends who are aghast with what is happening in our country... tak de sebab nak tukar nama 'God' to Allah... in fact some Christion that I know are not agreeable to this.

Bye Hilbert... hope our path cross one of these days.

Rgds

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…