Khalid Samad: Dari Suara Islam kepada Suara Kafir

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Oleh Maharaja Zhou

Siapa sekarang yang tidak mengenali Khalid Samad? Dari kes kuil hindu seksyen 23 sehinggalah ke kes Kalimah Allah, nama Khalid Samad meniti di bibir rakyat Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu agama yang bersifat kontroversi. Khalid Samad mempunyai nama sebenarnya dalam Gerakan Islam.

Dan mungkin kerana "pengalamannya" dalam Gerakan Islam dari zaman mudanya itu,seolah-olah membuatkan dirinya berasakan mempunyai autoriti malahan boleh menyergah Majlis agama ataupun Jabatan ugama Islam Selangor yang tidak memberi izin kepadanya untuk berceramah.
Di zaman mudanya yakni di zaman ketika Khalid melanjutkan pelajarannya di UK, Khalid dan rakan-rakanya menubuhkan sebuah gerakan Islam di kalangan penuntut Malaysia. Gerakan Islam ini dinamakan sebagai Suara Islam.

Tatkala di masa yang sama,rakan-rakannya seperti Abang Abdullah Abang Ali(sekarang bergelar Dato'), menubuhkan Islamic Representative Council (IRC). Adik Datuk Shahrir Samad ini, tidak seperti geng2 Abang Abdullah, sekembalinya ke Malaysia, terus membubarkan jemaah Suara Islam ini, dan menyertai PAS.

Oleh itu, Khalid tidaklah diragui keikhlasan masa ini oleh pemimpin PAS dari segi fikrahnya. Tetapi, kebelakangan ini, Khalid lebih cenderung kepada rakan-rakannya yang pernah berbai'ah kepada IRC seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Saari Sungip dan Amiruddin Hamzah dalam bab siasah dalam PAS.

Malah, bukan setakat itu sahaja, Khalid lebih meraikan dan merayakan sokongan bukan Islam daripada orang Islam sendiri terutamanya penyokong tegar PAS yang lebih berat atau bahasa jamaahnya syadid dalam hal memuliakan orang yang mukmin melebihi mereka yang kafir. Khalid berbangga berucap di dalam gereja dan beria-ia ataupun bermati-matian mempertahankan kuil.

Padahal, antara sebab musabab turunnya sokongan orang Melayu Islam terhadap UMNO adalah disebabkan persepsi bahawa UMNO lembut terhadap kuil-kuil haram. Khalid lebih senang melayan suara kuil daripada melayan suara-suara Islam.

Oleh itu, tidak hairanlah, Khalid jikalau dikatakan beliau sudah berubah dari zaman mudanya sebagai Suara Islam,(jikalau inilah hampir akhir hayatnya) dia berubah dan gemar pula menjadi suara kafir.

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/651

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…