Penulis terkejut dengan pendedahan beberapa blog yang mengutarakan komentar-komentar yang bernamakan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Republik Sosialis Pulau Pinang.
Di antara komentarnya :-
1. ......kerana dengan silat inilah Melayu begitu angkuh dan kejadian Pemuda UMNO menjulang keris amat ketara perkauman. Dengan diharamkan silat di Malaysia, kami warga cina dan India akan berasa begitu selamat. Kerana kami mementingkan pendidikan daripada membuang masa. (2 hari lepas)
2. Saya berharap semua ahli DAP berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa. Ingat, gerakan kita adalah untuk anak bangsa kita yang selalu dikeji oleh Melayu. Ayuh, bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu. Jangan kita terhutang budi dengan Melayu....(1 tahun lepas)
(klik foto untuk lebih jelas)
(klik foto untuk lebih jelas)
Kata-kata di dalam youtube tersebut amat memedihkan dan memeranjatkan. Ianya terlalu rasis dan sangat memuakkan.
Akan tetapi,
besar kemungkinan Lim Guan Eng Sosialis akan menafikan sekeras-kerasnya
kewujudan komentar yang berbau hasutan tersebut dan menyalahkan parti
lawan kerana membuat fitnah. Beliau juga mungkin akan membuat laporan
polis mengenai isu ini atau membawanya ke mahkamah.
Walau apa pun kesudahannya, mana-mana rakyat Malaysia tidak sepatutnya tergamak untuk menulis sedemikian rupa.
Dan jika kita bandingkan kenyataan di atas dengan definasi sebenar 'Ketuanan Melayu', kenyataan di atas amat buruk sekali kerana kenyataan tersebut bermotifkan merampas hak kaum yang lain.
Negara Malaysia tidak berkehendakkan warganegara sedemikian rupa!
Kita juga tidak mahu pemimpin seperti Lim Guan Eng mempunyai niat seburuk demikian, walau pun sedetik sahaja.
sumber - novandri

A.w.w. sdr/sdr seiman. Dlm banyak perkara, kita bangsa Melayu yg beragama Islam perlu sedar tentang perlunya kita belajar dan memahami sejarah. Sejarah kehancuran kaum Nabi Luth dan Sodom kerana mengamalkan perbuatan terkutuk sodomi a.k.a. amalan seks songsang; sejarah kejatuhan empayar Soviet kerana kelemahan pemimpinnya; sejarah kehancuran kuasa Shah Iran dan Presiden Marcos kerana salah laku mereka dan sejarah kemunduran umat Islam selepas berakhirnya zaman keemasan Islam. Sejarah kejatuhan kesultanan Melaka kerana peranan Si Kitul dan Raja Mandeliar; Lebih penting ialah sejarah kekalahan umat Islam dlm perang2 tertentu kerana lupa diri akibat mabuk kuasa dan haluba harta rampasan dan pengkhiatan kaum2 yg berpura2 berbaik dgn umat Islam dan pemimpin Islam. Walaupun tidak semua kaum bukan Islam berniat jahat, ada segelintir daripada mereka yg berpura2 menyokong kita tetapi di belakang kita mereka mengatur strategi utk menunggu kejatuhan kita atau berusaha secara halus utk menjatuhkan kita. Berhati2lah kerana golongan ini masih wujud dan kita tidak boleh pandang sebelah mata agar masa depan generasi muda kita, agama dan bangsa kita bukan sahaja akan tergugat malah boleh musnah sama sekali. Ingatlah peringatan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. bahawa "Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha mengubahnya". Jadi, tunggu apa lagi, satukanlah hati2 kita yang sedang bercakaran sesama sendiri, satukanlah iman kita yg saling mencurigai akibat dilaga2kan oleh musuh nyata dan musuh dalam selimut sebelum segala2nya terlewat. Wassallam.