Sheikh Qaradhawi; TokPakir Tak Dapat Bersama Anwar !

| 0 Comments | 0 TrackBacks

BISMILLAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

 

Di Blog Ahli Parlimen Lembah Pantai ada dikeluarkan satu posting yang menarik perhatian TokPakir.

 

Blog berkenaan menyatakan Sheikh Al-Qaradhawi meminta supaya Ummat Tanah Melayu bersama-sama dengan Anwar Ibrahim.

 

Tetapi, ianya tidak menjelaskan skop atau ruang-lingkup untuk bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan pastinya ianya boleh difahami sebagai untuk bersama-sama dalam perjuangan beliau, bukan sahaja kes mahkamah beliau.

 

Sila baca petikan dari Blog berkenaan seperti di bawah;

MONDAY, 21 DECEMBER 2009

Bersama-samalah Anwar Ibrahim- Dr Syeikh Yusuf al Qaradawi

 

 

Pada sebelam malamnya pula, kehadiran ulama tersohor, Syeikh Yusuf al Qaradawi disambut kira-kira 4,000 hadirin yang memenuhi ruang solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk mendengar syarahannya. Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib. Ilmuan Islam asal Mesir itu mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam.

 

" Saya malahan terharu apabila beliau menyebut nama saya, ditambah dengan perkataan "al-muftara alaih" - yang sedang difitnah. Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam". Allah mendedahkan kejelikan mereka kerana menjatuhkan martabat orang lain.

 

Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik. "Mereka menuduh tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.


ANWAR IBRAHIM

- Sekian petikan -

 

TokPakir tiada pilihan dan terpaksa derhaka kepada Sheikh Al-Qaradhawi dan tidak dapat mengikuti permintaan beliau untuk bersama-sama Anwar Ibrahim.

 

Anwar Ibrahim tidak pernah mengkhianati perjuangan beliau sebagaimana dijelaskan di dalam posting TokPakir yang lalu bertajuk ANWAR BUKAN PENGKHIANAT (klik).

 

Dan lagi, Anwar Ibrahim mengiktiraf Dialog Antara-Agama yang tidak diterima oleh Sheikh sendiri seperti di Video di bawah. Anwar Ibrahim bergerak aktif dalam banyak pergerakan Dialog Antara-Agama yang menjadikan Agama Islam setaraf dengan agama-agama lain di Majlis Parlimen Agama-Agama Sedunia pengembang agama baru; Agama Sains sebagai agama tertinggi.



 

TokPakir memohon agar Sheikh Al-Qaradhawi mempertimbang-semula permintaan beliau untuk kami Ummat Melayu Islam Tanah Melayu untuk berada bersama-sama Anwar Ibrahim melainkan beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

 

Firman Allah subhanhu-wa-ta'ala, maksudnya;

 

"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. [23] Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.[24]" (Surah Az-Zumar)

 

WALHAMDU-LILLAHI-RABBIL-'ALAMIIN


TokPakir


sumber - korban-demokrasi

 

 

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/432

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…