Dr Novandri Hasan Basri
Seperti bloggers yang lain, penulis berasa amat kecewa dan marah dengan keceluparan Raja Petra yang memperkotak-katik serta menghina sistem Raja Perlembagaan negara ini. Yang lebih mengecewakan ialah beliau secara terbuka mengatakan bahawa sistem Raja Perlembagaan tidak diperlukan lagi!
Di antara terjemahan artikel terbaru Raja Petra :-
"....Sekurang-kurangnya satu ataupun dua generasi perlu berlalu sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan
mengubah Malaysia menjadi sebuah Republik. Ini pasti akan berlaku
kerana sistem beraja, bahkan raja berperlembagaan adalah sistem yang
sudah ketinggalan zaman.
Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan monarki tidak lagi wujud. Pada masa itu, usia saya pun dah lanjut. Mana tidaknya, pada tahun 2010 pun, saya akan mencecah umur 60 tahun. Tetapi ia tetap akan berlaku dan mungkin berlaku lama selepas kita meninggal dunia......"
"Di Perancis, orang Perancislah yang menyingkirkan raja-raja mereka. Di China pula, orang Cinalah yang melakukannya; di India, orang India yang melakukannya. Di Malaysia, usaha ini perlu dikepalai oleh orang Melayu dan bukannya orang bukan Melayu" (seterusnya)
Blog The Unspinners turut melaporkan :-
Kini RPK mula mengajak rakyat membubarkan institusi Raja. Apakah erti teriakan terbaru RPK? Blog WBHim ada menyiarkan mengenai perkara ini di sini. .
Menurut ahli Fakulti Undang-Undang UiTM, RPK telah melanggar undang-undang yang kategorikan sebagai "offense against the state". Hukuman di atas kesalahan ini adalah hukum mati atau penjara seumur hidup. (Baca di sini)
Jika ini adalah yang telah diutarakan oleh penyokong kuat Anwar Ibrahim, tidak salah untuk mengesyaki Anwar pun mempunyai agenda untuk menjatuhkan Raja-Raja Melayu dan menubuhkan kerajaan Republik.
Untuk pengetahuan anda sekalian, Raja Petra juga merupakan salah seorang yang pertama mendedahkan laporan pemeriksaan Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi. Tetapi artikel beliau sangat mengelirukan dan tidak tepat dengan laporan pemeriksaan tersebut!
Penulis telah menulis satu artikel mengenai manipulasi dan pembohongan Raja Petra di dalam artikel beliau. Di antaranya :-
2 kesilapan yang dimaksudkan itu ialah mengenai artikel beliau tentang laporan @ nota kesihatan Saiful di Hospital Pusrawi:-
1. Beliau menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman.
2. Beliau menyalahtafsrikan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Mohamed Osman.
Sila rujuk di sini untuk bacaan seterusnya yang membuktikan bahawa Raja Petra telah berbohong (klik di sini)
Raja Petra dan Suara Keadilan juga pernah di jatuhkan hukuman oleh mahkamah dan terpaksa membayar sebanyak RM7 juta kepada Universiti Utara Malaysia (klik di sini)
sumber - novandri
"....Sekurang-kurangnya satu ataupun dua generasi perlu berlalu sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan
mengubah Malaysia menjadi sebuah Republik. Ini pasti akan berlaku
kerana sistem beraja, bahkan raja berperlembagaan adalah sistem yang
sudah ketinggalan zaman.Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan monarki tidak lagi wujud. Pada masa itu, usia saya pun dah lanjut. Mana tidaknya, pada tahun 2010 pun, saya akan mencecah umur 60 tahun. Tetapi ia tetap akan berlaku dan mungkin berlaku lama selepas kita meninggal dunia......"
"Di Perancis, orang Perancislah yang menyingkirkan raja-raja mereka. Di China pula, orang Cinalah yang melakukannya; di India, orang India yang melakukannya. Di Malaysia, usaha ini perlu dikepalai oleh orang Melayu dan bukannya orang bukan Melayu" (seterusnya)
Blog The Unspinners turut melaporkan :-
Kini RPK mula mengajak rakyat membubarkan institusi Raja. Apakah erti teriakan terbaru RPK? Blog WBHim ada menyiarkan mengenai perkara ini di sini. .
Menurut ahli Fakulti Undang-Undang UiTM, RPK telah melanggar undang-undang yang kategorikan sebagai "offense against the state". Hukuman di atas kesalahan ini adalah hukum mati atau penjara seumur hidup. (Baca di sini)
Jika ini adalah yang telah diutarakan oleh penyokong kuat Anwar Ibrahim, tidak salah untuk mengesyaki Anwar pun mempunyai agenda untuk menjatuhkan Raja-Raja Melayu dan menubuhkan kerajaan Republik.
Untuk pengetahuan anda sekalian, Raja Petra juga merupakan salah seorang yang pertama mendedahkan laporan pemeriksaan Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi. Tetapi artikel beliau sangat mengelirukan dan tidak tepat dengan laporan pemeriksaan tersebut!
Penulis telah menulis satu artikel mengenai manipulasi dan pembohongan Raja Petra di dalam artikel beliau. Di antaranya :-
2 kesilapan yang dimaksudkan itu ialah mengenai artikel beliau tentang laporan @ nota kesihatan Saiful di Hospital Pusrawi:-
1. Beliau menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman.
2. Beliau menyalahtafsrikan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Mohamed Osman.
Sila rujuk di sini untuk bacaan seterusnya yang membuktikan bahawa Raja Petra telah berbohong (klik di sini)
Raja Petra dan Suara Keadilan juga pernah di jatuhkan hukuman oleh mahkamah dan terpaksa membayar sebanyak RM7 juta kepada Universiti Utara Malaysia (klik di sini)
sumber - novandri

mmg semua kita tahu rpk dengan anwar memang tidak boleh pakai , namun tentang institusi raja memanglah harus dimansuhkan atau dijadikan logo sahaja sebagai pembela agama , ini kerana kebanyakkan raja melakukan pembaziran melebihi kadar sepatutnya , kita harap PM Dato seri Najib dapat mengurangkan lagi kuasa atau kekebalan raja2 melayu memandangkan UMNO juga kucar kacir disebabkan Raja contohnya Terengganu dan Perak dan Perlis , masing2 lagak dengan kuasa . Harapan Rakyat Raja usahlah ganggu hal politik , biarlah kerajaan tentukan siapa yang layak memimpin negeri . Jika dilihat sekarang Umno Terengganu sentiasa tegang manakala Umno perlis nampaknya terus Mati ditangan Mat isa . Kami pejuang Umno kecewa dengan sikap raja2 yang mementingkan bisnes mereka dari keamanan negeri . NAMUN KAMI TIDAK BERSETUJU DENGAN RPK DAN ANWAR YANG SENTIASA BAGAIKAN LINTAH .