Perjuangkan Sekularisme : Anwar Atartuk Dianugerahkan Pingat Demokrasi

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Anwar Robert Murdock
Robert Murdock dan Anwar Ibrahim dalam Persidangan Sedunia ke 40, IAPC, di Bali, Indonesia pada tahun 2007

Oleh Kumbang, AIDCclub

Ada rakan meminta Kumbang untuk mengulas mengenai Pingat Demokrasi yang dianugerahkan International Association of Political Consultants(IPAC) kepada Anwar Ibrahim petang semalam di Shah Alam. Maka Kumbang ulas mudah perkara ini dengan satu perkara yang sudah lama Kumbang tahu mengenai perjuangan IPAC iaitu demokrasi yang terbahagi kepada dua iaitu sekularisme dan liberalisme.

Jadi tidak hairan Anwar Ibrahim dianugerahkan pingat demokrasi ini kerana beliau sangat lantang menyuarakan bahawa sesungguhnya sekularisme adalah yang terbaik di dunia. Kumbang pernah ulas dua kali mengenai perkara ini di sini dan sini. Pada tahun 2007 Indonesia dianugerahkan Pingat Demokrasi oleh IPAC juga kerana republik itu dikatakan mengamal sekularisme, satu cabang demokrasi yang dianjurkan IPAC.

Perkara sokongan terhadap sekularisme ini dapat dilihat dalam ucapan Anwar Ibrahim di Persidangan IAPC Ke-40 di Bali pada 2007. Kumbang petik laporan Common Ground (CGNews) seperti di bawah. Untuk video penuh ucapan Anwar klik sini;

Seperti Indonesia, negaranya sebagian besar berpenduduk Muslim dan memiliki sebuah struktur pemerintahan yang sama sekali sekuler. Apa yang begitu nyata dan mengesankan tentang konferensi ini adalah jumlah peserta VIP Muslim yang begitu mendukung dan bangga dengan pemerintahan sekuler mereka.

Cara Anwar dan banyak umat Muslim lain melihat berbagai hal, orang yang menganggap bahwa Islam tidak dapat menghindarkan diri jatuh ke dalam ekstremisme merupakan munafik dan/atau bodoh. Mereka menunjuk Turki dan Indonesia sebagai contoh-contoh utama dari masyarakat Muslim yang sangat besar , yang benar-benar merupakan kekuatan politik yang sekuler.

Mereka menunjukan bahwa kaum Islamis di Asia Tenggara tidak pernah memiliki perselisihan dengan sekularisme. "Sama sekali tidak ada perdebatan serius di Indonesia tentang demokrasi sekuler," tegas Anwar.

Untuk pengetahuan semua Sekularisme adalah konsep tegas tentang pemisahan negara dengan agama. Konsep ini mendukung kebebasan beragama dengan jaminan sepenuhnya oleh negara. Sekularisme adalah salah satu komponen dasar demokrasi liberal dan suatu prasyarat untuk memajukan hak asasi manusia. Perkara ini ditentang habis-habisan oleh PAS suatu ketika dahulu tetapi pakatan dengan Anwar Ibrahim dan PKR(Parti Sekular) telah menyebabkan PAS seakan-akan melonggarkan pendirian mereka ini.

IPAC dan Yahudi

Menariknya IPAC ini adalah penglibatan Colin Rubenstein, seorang pelobi Yahudi/Israel di Autralia dan pernah dijemput hadir ke Persidangan Ke-40 IPAC di Bali pada tahun 2007 untuk membela yahudi serta Israel di majlis berkenaan.

Mungkin secara kebetulan Colin ini adalah individu yang berpengaruh di Universiti Monash dan beberapa institut pengajian tinggi di Australia.Klik sini. Secara kebetulan juga Anwar telah dijemput memberi ceramah di Universiti Monash pada 2 minggu lepas. Akhirnya, kebetulan yang sering terjadi adalah Anwar tiba-tiba semalam dianugerahkan Pingat Demokrasi oleh IPAC, pertubuhan yang mana Colin, Pelobi Yahudi Australia ini mempunyai pengaruh kuat di dalamnya.

Bukan mahu menuduh, tetapi peristiwa kebetulan melibatkan Anwar ini sering terjadi apabila Anwar pergi ke luar negeri dan semakin kerap apabila tarikh kes perbicaraan liwat beliau semakin hampir. Jika masih tidak percaya dengan kebetulan yang tidak logik ini, anda boleh taip di enjin carian google nama Colin ini berserta penganjur ucapan Anwar di Australia dua minggu lepas iaitu Royal Melbourne Institute of Technology, Universiti Melbourne dan Universiti Monash. Keputusannya nanti anda boleh lihat sendiri pengaruh Colin Rubenstein di institut-institut pengajian tinggi berkenaan.

IPAC dan Ketuanya Robert Murdoch di peringkat antarabangsa juga mempunyai beberapa kaitan dengan pertubuhan Demokrasi yahudi seperti Republican Jewish Coaltion dan National Jewish Democratic Council. Klik sini. Jadi tidak menghairankan Kumbang, IPAC ini boleh dipengaruhi oleh yahudi untuk memberikan anugerah kepada Anwar.

Khulasahnya, ramai yang menuduh Kerajaan Malaysia mengamalkan pemerintahan sekular. Tetapi persoalannya IPAC telah menganugerahkan Anwar dan Indonesia, Pingat Demokrasi kerana memperjuangkan Sekularisme bukannya kepada Kerajaan Malaysia.

Jika Kerajaan Malaysia sekular kenapa agaknya Syeikh Yusul Al Qardawi selaku pejuang islam tersohor mahu menerima anugerah kerajaan Malaysia dan berjumpa Perdana Menteri? Dalam ceramahnya di Masjid Shah Alam sabtu lepas pun Syeikh Yusul Al Qardawi banyak memerli Anwar dan dikatakan kelibat Anwar lesap sebelum majlis tamat mungkin kerana terasa.

Anda boleh nilaikan sendiri dan rasanya orang PAS lebih mengerti serta faham mengapa perkara ini boleh berlaku.

Sekarang nak dapat pingat dan anugerah cukup senang. Gadai agama dan anda akan dapat satu pingat di majlis gilang-gemilang. Anda mahu cuba ?

sumber - analisisringan

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/425

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…