UMAT ISLAM mestilah mengatasi ketidakadilan dan rasuah dalam negara mereka sendiri sebelum mereka boleh menuding jari kepada barat, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim di Melbourne semalam.
''Bagaimana Islam merawat kumpulan minoriti adalah berlebihan, tiada persoalan - Penganut agama Hindu, Buddhists, Kristian, Yahudi. Kita tidak boleh menerima ketidakadilan. Kita mesti kritik kekejaman ke atas kumpulan minoriti dalam masyarakat-masyarakat Islam dan penentangan umat Islam terhadap persatuan-persatuan Kristian,'' KataAnwar dalam Parlimen Agama-agama Dunia itu.
Kini Anwar adalah pemimpin pembangkang utama di Malaysia, berkata negara Islam menghadapi Islamophobia sangat besar, termasuk pendekatan Amerika Syarikat yang tidak sama kepada Israel dan Palestin dan mengenai pengawalan senjata nuklear dengan sesetengah negara tetapi bukan orang lain (rujukan kepada Israel).
Tetapi Anwar memberitahu dalam sesi mengenai Islam dan politik itu : ''Anda (Muslim) tidak boleh bercakap sepanjang masa tentang ketidakadilan barat itu jika anda mempunyai ketidakadilan dalam bumi anda sendiri, seperti ketidakadilan ke atas orang-orang Kristian dan penganut agama Hindu di negara-negara Islam.
''Umat Islam kecewa dengan rawatan banduan di Abu Ghraib [di Iraq], tetapi
bagaimana dengan syarat-syarat dalam penjara-penjara Negara Islam. Kalau kamu
menolak untuk diperkatakan maka anda tidak mempunyai hak untuk memperkatakan
yang pertama.(ketidakadilan Barat)''
Anwar berkata tidak ada sebab mengapa parti-parti Islam tidak harus terlibat dalam proses pengundian pilihanraya. ''Terdapat syak wasangka terhadap parti politik Islam akan menggunakan demokrasi seperti alat dan, apabila mereka berkuasa, mereka meminggirkan kelompok-kelompok lain serta membatalkan pilihan raya. Maka suatu masa nanti akan menjadi 100 peratus undian.
Tetapi terdapat pihak Demokrat Kristian, parti-parti Hindu dan parti-parti Buddha, manakala negara Islam seperti Indonesia, Malaysia dan Turki telah nyata terdapat garis panduan perlembagaan. ''Jadi mengapa mesti umat Islam mempunyai kumpulan fundamental sekular? Apa yang penting adalah untuk memastikan parti-parti Islam itu tidak berpuak atau tidak adil apabila mereka berkuasa.''
Abdullah Saeed, profesor Pengajian Islam di Melbourne University, menyatakan persoalan Islam dan politik merupakan salah satu topic paling hangat yang dibahaskan dalam kalangan Muslim sejak pertengahan abad ke-19.
''Pada hujung perdebatan itu terdapat pandangan bahawa benar-benar penting untuk Muslim menubuhkan sebuah negara Islam, yang Islam adalah agama sebuah negara, walaupun orang Islam tidak pernah merasai keunggulan idea ini.
''Dan pendapat yang lebih ektrim, Islam adalah satu-satunya satu sistem moral yang beretika, satu perhubungan antara manusia dan Tuhan, dengan tidak memerlukan politik.''
Professor Saeed berkata pengkritik-pengkritik menyatakan bahawa sebuah Negara Islam bukan idea original tetapi dicetuskan pada abad yang ke-20, manakala kerajaan-kerajaan Islam cenderung menindas wanita dan bukan Islam, autokratik dan melakukan tak hormat hak-hak asasi manusia.
Tariq Ramadan , salah seorang jurucakap utama Islam di Eropah, berkata demokrasi dan Islam adalah serasi sepenuhnya, tetapi ramai umat Islam salah faham berkenaan sekularisme sebagai makna tiada agama. Sekularisme dalam negara-negara majoriti Islam tidak bermaksud demokrasi, tetapi bertentangan: diktator.
''Ia persoalan kuasa. Bila berkaitan dengan hak peribadi, kuasa Tuhan kuasa telah menguasai hak peribadi anda. Apabila berkaitan dengan bidang umum, ia sepatutnya dirundingkan terlebih dahulu denganantara orang awam.'' Dr Ramadan berkata idea kolektif itu (perundingan kuasa) berasas kepada ajaran Nabi Muhammad, yang mengikuti pendapat majority.
Wakil dari Iran, Mahdi Mostafavi menyatakan kerajaan-kerajaan perlu memenuhi tujuan utama penciptaan manusia dan memastikan masyarakat patuh kepada Tuhan.
Dia berkata umat Islam tidak sepatutnya akur untuk apa-apa kuasa yang menentang kehendak Tuhan itu, yang memberi pengesahan kerajaan-kerajaan mereka.
''Kerajaan itu seharusnya berusaha ke arah kemakmuran tetapi juga untuk kemuliaan lelaki dalam kemanusiaannya. Malangnya perkara ini diabaikan dalam kebanyakan kerajaan. Dalam rangka kerja Tuhan itu undang-undang, rakyat seharusnya diberikan kebebasan.''
Apabila ditanya oleh Rachel Woodlock, ketua Muslim Melbourne, berkenaan dengan rawatan kumpulan agama Baha'is di Iran, Dr Mostafavi menafikan mana-mana minority agama di Iran dilayan secara diskriminasi. Woodlock menjawab balas: "Anda tidak mempunyai kredibiliti langsung.''
AIDC menterjemah artikel The Age. Artikel asal klik di sini






Leave a comment