Mentor Anwar seorang homoseksual ?

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Dari egroup AIDC

Menurut laporan akhbar Philadelphia Inquirer bertarikh 11 Julai 1987, seorang lelaki kulit hitam Joseph L.Young (juga dikenali dengan nama Islamnya sebagai Yusuf Ali) individu didakwa membunuh Almarhum Ismail Al Faruqi, dalam keterangan di mahkamah memberitahu :  Dia terpaksa membunuh Al Faruqi suami isteri kerana mereka terlibat mendorong kegiatan homoseksual di kalangan para pelajarnya.

Almarhum Ismail Al Faruqi merupakan pensyarah agama di Universiti Temple, Amerika Syarikat. Pada tahun 1981, Al Faruqi bersama anak buahnya, termasuk Anwar Ibrahim, Jamal Barzanji, Abdul Hamid Sulaiman, Taha Jabir Al Alwani telah menubuhkan IIIT (The International Institute of Islamic Thought ) di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat.

Pada 27 Mei 1986,  Dr. Faruqi dan isterinya Lois Lamya al Faruqi telah ditemui mati akibat tikaman di rumahnya di Wyncote, Pennsylvania

Semua keterangan di atas pernah didedahkan dalam buku "Enigma Politik Anwar, Igauan atau Realiti", Johari Ismail, R & S Founder Vission, 1999. Berikut disertakan salinan artikel daripada buku tersebut;


ENIGMA POLITIK ANWAR, IGAUAN ATAU REALITI

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam arena politik negara, label intelektual Islam reformis yang sering dikaitkan dengan cara kepimpinan beliau agak sukar untuk dipertikaikan. Para pemerhati dari kalangan media, masyarakat akademik serta diplomat dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa sekata bahawa inilah label paling cocok bagi bekas pemimpin klon kedua dalam UMNO dan kerajaan itu.

Bagaimanapun pemaparan imej cendekiawan Islam moden secara agak keterlaluan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan tentang personaliti sebenar kepimpinan politik beliau yang penuh enigma - sukar difahami dan sering mengelirukan.

Malah ekoran kemelut politik serta peribadi yang dialaminya setelah tersingkir dari kerajaan dan UMNO serta langkahnya berpaling arah dari seorang pembela kerajaan menjadi penentang yang paling vokal, timbul dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dalam suatu komplot didalangi pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya dari Israel (Mossad)..

Setakat apa yang difahami oleh pengarang melalui sumber-sumber kerajaan, beberapa aktiviti Anwar sebagai seorang pemimpin yang berlabelkan cendekiawan Islam reformasi ini disyaki telah lama diperalatkan oleh kedua-kedua agensi sulit antarabangsa ini (CIA & MOSAD) dalam komplot untuk menimbulkan ketidakstabilan sosial, politik dan ekonomi di Malaysia.

Kebetulan pula adalah difahamkan bahawa kalangan perisikan negara memang telah sekian lama mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk mempercayai bahawa semenjak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ditubuhkan pada tahun 1983 dan Anwar dilantik sebagai Presidennya, pihak CIA dan Mossad telah menjalankan beberapa operasi sulit (covert operations) bagi memperalatkan pengaruh serta kedudukan Anwar itu.

Adalah disyaki bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditunggangi dengan tujuan memudahkan gerakan penyusupan beberapa orang cendekiawan Islam reformis dari Amerika Syarikat ke negara ini.

Penyelidikan yang dijalankan rata-ratanya menunjukkan bahawa kebanyakan kalangan cendekiawan yang dimaksudkan itu adalah kelahiran Arab serta benua kecil India. Mereka dipercayai sengaja dibawa masuk melalui pengaruh yang ada pada Anwar sebagai Presiden UIA dan pemimpin kerajaan dan UMNO supaya dapat bertindak, secara langsung atau tidak langsung, sebagai agen penyuluh rahsia (agent provocateur) atau agen pengaruh (agent of influence) badan-badan perisikan Barat dan Yahudi itu.

Ekoran siri penentangan jalanan yang mengakibatkan beberapa kejadian rusuhan anti-kerajaan di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan penyokong gerakan reformasi pro - Anwar, pihak keselamatan dan ketenteraman awam negara tidak seharusnya menolak kemungkinan bahawa perkembangan tersebut bukanlah secara spontan bahkan didalangi oleh konspirasi tertentu seperti yang melibatkan sebuah badan think - tank pergerakan kebangkitan semula Islam semasa dari AS, dikenali dengan nama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang pernah bertapak di UIA itu.

Malah kemungkinan besar gerakan penentangan anti-Mahathir itu sebagai sebahagian daripada perencanaan strategik kuasa-kuasa luar bagi mencaturi urusan politik negara tidak boleh menolak begitu sahaja. Konspirasi ini dirancang dengan mengambil kesempatan daripada cita-cita politik Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu beliau di dalam UMNO dan kerajaan.

Adalah difahamkan juga bahawa persoalan tentang kemungkinan wujudnya komplot dari Barat dalam bentuk IIIT - yang didakwa telah sekian lama memperalatkan kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu - telah pun dimaklumi oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Disyaki bahawa kebanyakan agen-agen yang bertopengkan golongan cendekiawan Islam antarabangsa mewakili IIIT ini telah sekian lama menjadi kenalan rapat Anwar. Badan yang beribu pejabat di Herndon, yang terletak di negeri Virginia, AS telah dikenalpasti sebagai sayap intelektual yang terpenting bagi pergerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun - sebuah badan pergerakan Islam antarabangsa yang memang terkenal dengan sikap talam dua mukanya, yakni bersikap radikal serta militan dalam menjalankan kebanyakan aktiviti politik sulitnya dan berpandangan modernis ketika ingin mengambil hati pihak pemerintah negara-negara Islam yang hendak dipengaruhi.


DIRESAPI PENGARUH ZIONIS DAN FREEMASON?

Secara rasminya, IIIT dikenali sebagai 'yayasan kebudayaan dan intelek Islam' yang diasaskan oleh Allahyarham Dr. Ismail Faruqi serta beberapa orang tokoh cendekiawan bangsa Arab yang mendapat taraf kerakyatan tetap di Malaysia.

Bagaimanapun kalangan tertentu di kalangan masyarakat Islam di AS difahamkan mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk mempercayai bahawa badan ini pada hakikatnya didalangi CIA dan Mossad. Mereka percaya bahawa kedudukannya yang beribu pejabat di Herndon, Virginia, berhampiran pula dengan Ibu pejabat CIA di Langley - juga terletak di negeri Virginia - bukan merupakan satu kebetulan . Begitu juga dari segi kedudukannya yang terletak berhampiran dengan pusat pemerintahan AS di Washington D.C.

Bagi orang-orang yang mengikuti perkembangan kebangkitan Islam mutakhir sudah tentu sedia maklum tentang kejadian pembunuhan penuh misteri Dr. Ismail Faruqi dan isterinya Lois Faruqi di kediaman mereka di Cheltenham, Philadelphia pada 27 Mei 1986.

Walaupun dari proses menegakkan undang-undang kes ini boleh dianggap telah pun selesai dengan terhukumnya seorang lelaki kulit hitam warganegara AS beragama Islam, kes ini masih banyak menimbulkan tanda tanya yang masih belum terjawab secara memuaskan.

Lagipun, ekoran pembunuhan yang kejam itu terdapat ramai dari kalangan masyarakat Islam di AS, terutama mereka yang rapat serta mengenali Dr. Faruqi, mendakwa bahawa pembunuhan kedua-dua pasangan suami isteri ini bermotif pada balas dendam oleh pergerakan kongsi gelap Zionis anti antarabangsa, Freemason yang mana si mangsa pernah didakwa pernah menjadi anggotanya.

Menurut amalan pertubuhan sulit ini, mana-mana anggota lodge atau "rumah hantu" yang didapati belot perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun supaya tidak meninggalkan sebarang saksi atau bukti.

Kemungkinan pembabitan cendekiawan Islam reformis yang menjadi sahabat akrab Anwar di dalam pergerakan Freemason bukanlah merupakan sesuatu yang mustahil berdasarkan latar belakang kehidupannya yang dipenuhi kontroversi serta tanda tanya. Dakwaan ini, misalnya diperkuatkan berdasarkan kedudukan beliau sebagai tenaga akademi kanan di Temple University, Philadelphia.

Pusat pengajian tinggi berprestij ini memang telah lama dikenalpasti oleh kalangan masyarakat Islam di AS sebagai pusat kegiatan 'lodge' akademik pergerakan Freemason AS anti antarabangsa.

Perlu disebut bahawa pergerakan Freemason telah dikenalpasti oleh para pengkaji sebagai sebuah organisasi gelap berbahaya di bawah pergerakan Zionis Yahudi sedunia. Pertubuhan sulit ini diwujudkan dengan tujuan utama mempengaruhi minda individu tertentu dari pelbagai bangsa dan agama dan seterusnya memupuk mereka kepada kedudukan yang penting dalam masyarakat supaya boleh dimanfaatkan dalam program konspirasi halus kaum Yahudi itu untuk menguasai dunia.

Perkataan Freemason itu sendiri adalah gabungan dua perkataan bahasa Inggeris. Free, bererti bebas, tidak terikat oleh apa pun dan mason, bererti pekerjaan membangun.

Justeru itu, kesimpulan bagi keseluruhan makna perkataan Freemason adalah perkumpulan para pembangun yang bebas dengan pengertian mereka tidak terikat oleh apa-apa ikatan. Organisasi yang pada asalnya bergelar 'Kekuatan Tersembunyi' ini diasaskan oleh pembangun Baitul Maqdis (Jeruselam) dari empayar Romawi, Harold II yang dibantu oleh dua orang bangsa Yahudi, Shiram Abiyud dan Moar Levi.

Tujuan utama di sebalik penubuhan pergerakan kongsi gelap ini adalah bagi menentang Nabi Isa Al-Masih dan menindas sesiapa sahaja yang percaya kepada nabi itu.

Disini perlu juga disebut secara sepintas lalu bahawa pada sekitar awal tahun 1980-an pihak media tempatan pernah mendakwa tentang terdapatnya Lodge pergerakan Freemason yang bergerak aktif di negara ini. Dakwaan ini dikaitkan pula dengan kewujudan sebuah 'rumah hantu' yang didakwa menjadi markas pergerakan sulit itu di Malaysia sehinggalah kepada dakwaan tentang terdapatnya beberapa orang tokoh pemimpin UMNO turut terlibat dengan aktivitinya.


Lois Lamya al-Faruqi (Lois Ibsen) (July 25, 1926 - May 27, 1986), isteri Ismail al-Faruqi. Mendapat BA dalam bidang muzik di University of Montana (1948) dan master dalam bidang sama Indiana University (1949). Beliau terkenal dalam memperjuangkan feminisme (hak-hak wanita)

Berbalik kepada peristiwa pembunuhan Dr. Faruqi dan isteri, ekoran peristiwa tersebut seorang lelaki kulit hitam Joseph L.Young (juga dikenali dengan nama Islam Yusuf Ali) telah pun ditangkap dan akhirnya dikenakan hukuman mati kerana disabitkan kesalahan membunuh kedua-dua pasangan suami isteri itu oleh mahkamah daerah Montgomery, Philadelphia pada 10 Julai 1987.

Walaupun demikian, perbicaraan seminggu itu telah menimbulkan pula beberapa persoalan yang masih belum terjawab dengan memuaskan . Misalnya, yang kena tuduh ada menyatakan di mahkamah berkenaan langkahnya membunuh Dr. Faruqi dan isteri adalah demi menegakkan maruah dan martabat agama Islam. Beliau mendakwa bahawa cendekiawan Islam moden yang terkemuka itu telah sekian lama menjatuhkan imej agama tersebut dengan cara pembabitannya dengan kegiatan homoseks di universiti tempat beliau bertugas.

Menurut laporan akhbar Philadelphia Inquirer bertarikh 11 Julai 1987 yang turut dipetik oleh akhbar New Straits Times di Malaysia bertarikh 1 Ogos 1987, tertuduh mendakwa bahawa si mangsa (Dr Ismail Faruqi) pernah beberapa kali memaksa beberapa orang pelajar Islam dari Malaysia mengadakan kegiatan homoseks jika mereka ingin mendapatkan biasiswa bagi pengajian mereka.

Young (Yusof Ali) turut dipetik sebagai berkata di mahkamah bahawa tindakan pembunuhan itu dijalankan atas kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang penganut agama Islam.

Walaupun peguambela Young, Stephen G.Heckman berusaha membuktikan kepada pihak juri bahawa anak guamnya itu mengalami gangguan mental yang teruk tetapi beberapa orang pakar psikiatrik yang menjadi saksi perbicaraan berpendapat sebaliknya.

Malah pada akhir perbicaraan itu pihak pendakwa telah membuat kesimpulan bahawa orang yang dituduh itu sengaja berpura-pura dan mengada-adakan cerita tentang penyakit jiwa yang kononnya dialaminya bagi melepaskan diri dari hukuman.

Walaupun ketika ditangkap pada 16 Januari 1987, Young dikatakan banyak memberikan kerjasama kepada pihak polis tetapi dalam masa yang sama beliau dikatakan telah dengan bijaknya "mengenengahkan bibit-bibit alasan psikiatrik bagi membela dirinya".

Dalam kenyataan bela diri kepada pihak juri, Young berkali-kali meminta maaf atas pembunuhan tersebut sambil melahirkan rasa kesal tehadap apa yang hanya disebutnya sebagai "sistem" kerana tidak tampil ke tengah muncul bagi membela diri beliau.

Young juga ada dilaporkan meluahkan perkataan berikut ketika perbicaraan dijalankan.

"I dont see the terrible tragedy as a punishment to me. I see it as an Almighty thing...You can 't get around what God has for you".

(Saya tidak menganggap tragedi yang buruk ini sebagai hukuman ke atas diri saya. Ia telah menjadi ketentuan yang Maha Agong..Anda tidak boleh melarikan diri dari apa yang telah ditakdirkan oleh Tuhan)

Walau apa sekalipun motif disebalik kes pembunuhan Dr. Faruqi dan isteri, kenyataannya ialah pengasas IIIT ini telah sekian lama dianggap oleh kalangan ulamak tradisional dan sesetengah kerajaan negara Islam sebagai seorang tokoh cendekiawan Islam yang penuh kontroversi serta radikal.

Beliau pernah memberikan saranan bahawa penilaian terhadap mana-mana sistem keagamaan tidak seharusnya dilandaskan semata-mata kepada wahyu (revelation) tetapi perlu juga bertunjangkan penilaian secara sekular.

Tidak cukup bagi seseorang untuk hanya mempercayai bahawa agama Islam sebagai satu sistem agama yang agung kerana menurut Dr. Faruqi, kepercayaan tersebut perlu diasaskan kepada penyelidikan yang bersendikan faktor-faktor persejarahan dan rasionalisme dengan memperalatkan metodologi ilmiah Barat.

Pandangan ini sudah tentunya dianggap kalangan ulamak dan cendekiawan tradisional sebagai sesuatu yang keterlaluan serta amat berbahaya.


KOMPLOT ANTARABANGSA DI UIA

Salah seorang pengikut setia Dr. Faruqi adalah Dr Ibrahim Zein, seorang rakyat Sudan yang pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Usuluddin di UIA. Dr Ibrahim pula dikatakan amat dikehendaki oleh pihak berkuasa keselamatan di negara asalnya kerana kegiatannya menentang pemerintahan rejim Umar Hassan Al-Bashir di Kahrtoum. Cendekiawan buangan dari Sudan ini pula tidak keseorangan di Malaysia.

Seorang lagi rakan seperjuangan beliau dalam kegiatan menentang rejim Islam di Khartoum, Profesor Hassan S. Ibrahim adalah Ketua Jabatan Sejarah di UIA. Sumber-sumber ada mendedahkan bahawa Prof. Hassan diterima di UIA setelah dipecat dari jawatan dekan di Universiti Khartoum. Beliau juga dikatakan dipecat kerana beberapa perbuatan salah laku dalam mentadbir para penuntut di universiti berkenaan.





Anwar dan Rektor UIA by you.
Abdul Hamid Abu Suleyman (Rektor UIA) bersama dengan Anwar Ibrahim (Presiden UIA) dalam satu majlis konvokesyen UIA. Pelantikan Abdul Hamid sebagai Rektor dibuat atas kuasa Anwar Ibrahim sebagai Presiden UIA dan Menteri Pendidikan.


Kedua-dua cendekiawan dari Sudan ini dikenali sebagai aktivis radikal bersayap kiri ketika sedang menuntut di negara mereka. Ketika berkhidmat di UIA pula, kedua-dua mereka dikenalpasti sebagai antara orang-orang kuat kepada Rektor pusat pengajian tinggi itu, Abdul Hamid Abu Suleyman - seorang tokoh cendekiawan Islam dari Timur Tengah yang dikenalpasti sebagai dalang di sebalik aktiviti IIIT merencanakan cita-cita politik Anwar dan mencampuri urusan politik dalaman di Malaysia.

Selepas peristiwa pembunuhan tragis ke atas Dr. Faruqi, teraju kepimpinan IIIT diambil alih oleh seorang cendekiawan kelahiran Kashmir, Dr. Sayyid Muhammad Syeed. Bagaimanapun pengganti Dr Faruqi ini tersingkir kemudiannya dari IIIT kerana dikatakan tidak sehaluan dengan orang-orang kuat Rektor UIA Malaysia itu (Abdul Hamid Sulaiman).

Bagi sesetengah cendekiawan Islam di negara ini. Abdul Hamid serta kuncu-kuncunya di dalam IIIT adalah merupakan sekumpulan ahli akademik yang penuh tanda tanya, baik dari segi tingkah laku, pergaulan, gaya hidup mahupun fahaman politik yang dianuti.

Misalnya, gaya hidup mereka yang jelas menonjol serta mewah dikatakan dibiayai oleh beberapa orang ahli perniagaan kaya-raya dari Arab Saudi dan Kuwait yang pernah dibabitkan di dalam pelbagai skandal politik antarabangsa melibatkan CIA.


Anwar Ibrahim meraikan Dr A. Hamid Abu Sulaiman dan Dr Jamal Barzinji di kediamannya, Bukit Segambut. Kedua-dua mereka hadir semula ke Malaysia pada tahun 2008 setelah diberi anugerah oleh pihak UIA sebagai bekas tenaga pengajar di universiti itu.




AnwarIIIT by you.
Dr Annas al Sheikh Ali (IIIT UK), Anwar Ibrahim (IIIT Malaysia) dan Jamal Barzinji (IIIT USA) dalam program Brookings Conference, di Doha, Qatar 2009, anjuran Institut Brookings dan the Saban Center for Middle East Policy. Kedua-dua badan pemikir Amerika Syarikat ini adalah kepunyaan Yahudi.


Seperti juga halnya dengan Dr Faruqi, Abdul Hamid telah menjalin perhubungan yang rapat dengan Anwar sejak awal tahun 1980-an lagi, yakni sejak zaman Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menerajui ABIM.

Dilahirkan di Arab Saudi pada tahun 1936, Abdul Hamid dikatakan menjadi kebencian kalangan ulama di negara kelahirannya itu dan juga di Pakistan, India dan Afrika Selatan kerana ajarannya yang penuh kontroversi tentang ajaran yang boleh dianggap sebagai 'Islam Protestan' atau 'Islam reformis' yang berkiblatkan Amerika Syarikat.

Setakat buku ini ditulis, apa yang menjadi tanda tanya di dalam memperkatakan tentang perhubungan antara Abdul Hamid dengan Anwar ialah peristiwa di sebalik 'kehilangan ' rektor itu secara misteri sejurus selepas rakan penaungnya itu dilucutkan jawatan di dalam Kabinet dan dipecat sebagai ahli UMNO.

Menurut beberapa orang kakitangan akademik di UIA, Abdul Hamid telah meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa sejurus selepas peristiwa pemecatan tersebut dengan memberikan alasan kesihatan.

Bagaimanapun menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kehilangannya itu adalah bagi menyelamatkan diri dari sebarang tindakan pembersihan yang dikhuatirinya akan dijalankan oleh pihak berkuasa keselamatan negara Malaysia ekoran kemelut politik yang dihadapi Anwar.

Ketika menghilangkan diri di luar negara itu Abdul Hamid didapati mengambil kesempatan untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu di peringkat antarabangsa.

Kempen yang dijalankan di seberang laut ini ternyata banyak melibatkan unsur memburuk-burukkan kepimpinan negara di bawah Dr. Mahathir dan jelas mencampuri urusan politik dalaman di Malaysia.

Kegiatan ini dilakukan dengan cara memperalatkan jaringan pergerakan intelektual Islam reformis atau Islam Protestan yang telah sedia berakar umbi di AS serta beberapa buah negara Eropah dan juga Timur Tengah.

Maklumat mutakhir yang diperolehi menunjukkan bahawa usaha Abdul Hamid mendapatkan sokongan bagi Anwar di luar negara turut didalangi serta dibantu oleh golongan pembangkang intelektual Arab Saudi. Golongan pembangkang Arab ini pula telah sekian lama dipercayai sebagai antara beberapa boneka CIA yang ditugaskan menjalankan operasi sulit bagi mempengaruhi politik dalaman di beberapa buah negara Islam.

Walaupun Pengarang difahamkan bahawa siasatan terhadap kegiatan golongan cendekiawan Islam reformis ini masih belum muktamad, tetapi dengan terserlahnya perkembangan yang amat membimbangkan yang melibatkan seorang rektor UIA ini, maka adalah wajar buku ini menumpukan perhatian terhadap mengesan susur-galur mainan politik Anwar yang memperalatkan imejnya sebagai seorang tokoh pemimpin intelektual moden.

Anda ingin membaca artikel-artikel lain, sila daftar di egroup AIDC. Klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Dua Wajah Anwar : ABIM di Malaysia, IIIT di Amerika Syarikat

2.
Anwar, ICG terlibat dalam operasi CIA ?

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/342

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…