Liwat:Anwar gagal...kes mula 25 Januari ini

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ketepi dan batalkan kes liwat bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan tidak kesampaian. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Selasa tolak permohonannya untuk tujuan berkenaan.  Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah. Kes yang sekian lama tertangguh ini akan mula didengar pada 25 Januari hingga 25 Februari ini.
Saiful sudah sedia beri keterangan, harap Anwar akur keputusan mahkamah

"Saya sudah bersedia beri keterangan. Jangan tangguh lagi. Biar mahkamah tentukan perbicaraan kes liwat ini secara adil,". Itu permintaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpyr pagi Selasa tolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengugurkan pertuduhan terhadapnya.

Bekas pembantu Ketua Pembangkang itu turut menyambut baik keputusan berkenaan dan bersyukur doanya supaya kes itu dibicarakan di mahkamah selepas sekian lama tertangguh dimakbulkan.

Melalui peguamnya Zamri Idrus, beliau memberitahu Agendadaily, Saiful berharap Anwar tidak lagi berdolak dalih mahupun terus berusaha mengagalkan kes itu dibicarakan.

"Saya berharap keadilan diperolehi melalui perbicaraan di mahkamah. Saya sudah bersedia sejak dulu lagi untuk memberi keterangan," ujar Saiful.

Menurut Zamri, anak guamnya itu juga berpendapat tempoh sebulan bagi perbicaraan kes itu seperti ditetapkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencukupi.

Saiful juga katanya berterima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan moral kepadanya dalam penantian sehingga kes itu akan mula didengar Januari depan.

Bagaimanapun Agendadaily difahamkan, peguam-peguam yang mewakili Anwar akan merayu terhadap keputusan Hakim Mohd Zabidin sebelum kes itu bermula 25 Januari.

Jika ini dilakukan, Anwar secara tidak langsung dilihat mahu terus memastikan kes ini digugurkan tanpa memberi ruang satu perbicaraan adil diadakan.

Banyak pihak berpendapat, Anwar sepatutunya membenarkan kes itu dibicarakan ikut proses dengan mendengar keterangan saksi-saksi serta bukti-bukti bukannya berusaha menggugurkan kes itu hanya berdasarkan laporan doktor semata-mata.

Sementara itu, Salful dalam blognya semalam menulis, penangguhan perbicaraan itu jika berterusan dan digugurkan akan memberi implikasi besar terhadapnya.

"Saya boleh disaman tertuduh dan lebih teruk saya pula akan di penjarakan kerana secara tidak langsung ia membuktikan kononnya laporan polis yang dibuat tidak berasas dan menipu," katanya.

Bahkan katanya, beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dengan memberi keterangan serta bukti-bukti di Mahkamah jika ia tidak dibicarakan


sumber - agendadaily

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/269

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…