KUALA LUMPUR - Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang akan diadakan Sabtu
ini dilihat sebagai satu usaha untuk membuktikan parti dalam PR bersatu
dalam satu gagasan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konvensyen ini juga akan digunakan untuk membincangkan isu-isu kontroversi dan sensitif serta menyelesaikannya secara persetujuan bersama.

"Selain
itu, konvensyen ini juga menunjukkan kita serius untuk bersatu dan
komited untuk kepentingan rakyat bersama, kita juga akan memastikan isu
berbangkit diselesaikan bersama," katanya kepada Sinar Harian di lobi
Parlimen semalam.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa maklumat terperinci mengenai polisi PR juga sudah siap dan akan dibentangkan pada konvensyen tersebut nanti.
Ditanya kemungkinan logo PR akan ditunjukkan buat pertama kali pada konvensyen tersebut, Anwar menjawab tidak akan ada logo baru tetapi PR akan lebih mementingkan polisi bersama dahulu.
PR buat julung kalinya Sabtu ini akan mengadakan konvensyen yang menggabungkan ketiga-tiga parti komponen mereka iaitu PKR, Pas dan DAP bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting antaranya pendaftaran parti gabungan PR serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal apabila Biro Tata Negara (BTN) telah menayangkan di Internet beberapa rakaman ucapannya.
Katanya, BTN harus bertanggungjawab dan tidak harus memilih dalam menyiarkan ucapan tersebut.
"BTN juga harus menyiarkan ucapan pemimpin UMNO yang lain.Saya akan mempertahankan kedudukan saya," katanya sambil menjelaskan ucapan itu dibuat ketika beliau di dalam UMNO.
sumber - sinar

Leave a comment